Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Jenayah ragut di KL membimbangkan

Posted by thinker on 16/05/2009

KUALA LUMPUR 6 Mei – Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan bahawa jenayah ragut di ibu kota meningkat 99 peratus dan ia merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini.

Berdasarkan statistik yang diperoleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebanyak 1,915 kes ragut dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,058 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Terdapat beberapa daerah yang meningkat kadar jenayahnya. Antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, mencatatkan peningkatan sebanyak 170 kes kepada 269 pada tahun ini berbanding 99 kes pada tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberitahu, IPD Brickfields turut menunjukkan peningkatan yang banyak iaitu 110 kes pada tahun lalu kepada 322 kes bagi tahun 2009.

Menurutnya peningkatan juga berlaku bagi IPD Cheras yang mencatatkan kenaikan 244 kes daripada 80 kes tahun lalu kepada 324 kes tahun ini.

Bagaimanapun, bagi IPD Sentul ia menunjukkan penurunan sebanyak 63 kes daripada 239 tahun lalu kepada 176 kes tahun 2009.

Walaupun berlaku penurunan di kawasan Sentul, secara keseluruhannya jenayah ragut di sekitar ibu kota dilihat kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Orang awam terutamanya wanita dilihat mudah menjadi mangsa ragut berikutan sikap mereka yang gemar memberi peluang.

“Peningkatan kes ragut ini dipercayai disebabkan sikap ingin memperoleh wang dengan cepat dan mudah,” katanya.

Pihak polis kini giat menjalankan operasi bersepadu khas bagi mencegah jenayah di ibu kota termasuk jenayah ragut.

[Utusan Malaysia : 15 Mei 2009]

Apa Yang Lebih Patut Dibimbangkan?

Apa yang dilaporkan oleh PDRM tentang kenaikan graf statistik ragut di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur bukanlah suatu perkara yang asing dan menghairankan sesiapa. PDRM sendiri mungkin sudah sedar akan hal ini, sebelum ia dipaparkan di dalam media lagi. Ini kerana, mereka adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam menangani semua kesalahan dan pelanggaran hukum di dalam Malaysia. Tetapi, bagi seorang muslim yang beriman, seharusnya kita sudah menyedari hakikat ini sebelum terjadinya keburukan tersebut di depan mata kita. Ini kerana kita meyakini bahawasanya hanya perundangan dan peraturan yang datangnya dari Allah SWT sahajalah yang mampu membimbing manusia ke jalan yang benar. Dan bencana (semua permasalahan yang berlaku) pada sebelum dan saat kini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka.

Apa yang lebih patut dicengangkan dan dikhuatiri oleh kita bukanlah setakat memandang satu masalah atau dua masalah sahaja yang berlaku, tetapi kita harus memandang secara menyeluruh terhadap apa yang menimpa kaum muslimin di seluruh dunia pada saat ini. Mereka dibunuh, dihina dan dirampas hak-hak dan maruah mereka dengan senang lenang tanpa adanya pembelaan dari penguasa-penguasa muslim. Bahkan yang lebih menyedihkan adalah, mereka-mereka yang bergelar penguasa kaum muslim bertekuk lutut dan memperhambakan diri kepada musuh-musuh yang nyata bagi kaum muslim seperti Amerika Syarikat dan British.

Ingatlah, bahawasanya kemuliaan Islam itu akan segera terzahir dan akan menggegarkan seluruh dunia dengan keagungan sistem dan keadilan hukum yang diterapkannya. Dan bukan seperti yang dikhabarkan oleh pihak-pihak kuffar berkenaan sistem Khilafah Islamiyah yang bakal menghancurkan kebiadaban dan penghinaan mereka selama ini terhafap kaum muslim di seluruh dunia.

Ya Allah, jadikanlah kami di antara hamba-hamba-Mu yang soleh yang akan memperjuangkan kalimah-Mu sehingga nafas yang terakhir.

3 Responses to “Jenayah ragut di KL membimbangkan”

  1. zam said

    Saya mencadangkan agar kerajaan MELARANG semua MOTOSIKAL membawa penunggang(lelaki) dan pembonceng(lelaki) bersama dikawasan BANDAR dan TAMAN. Ini kerana jenayah ragut dapat dilakukan dengan mudah secara berduaan iaitu seorang memandu dan seorang lagi meragut. Jadi dengan MNEGHARAMKAN penunggang(lelaki) dan pembonceng(lelaki) menaiki MOTOSIKAL bersama dapat mengurangkan kes ragut ke tahap yang paling minimum.

    • musa alkazim said

      Teruknya pemikiran Zam di atas, orang yang meragut. Penunggang motorsikal yang miskin jadi mangsa.Bodoh punya idea

  2. berita unik…

    [...]Jenayah ragut di KL membimbangkan « Lautan Pemikiran[...]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: