Seminar : Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat
Posted by thinker on 12/07/2009

Hizbut Tahrir Malaysia dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat. Seminar ini akan di adakan seperti butir- butir di bawah:
Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka, TIngkat 4, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi
Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma
Anjuran Bersama : Khilafah Centre & Hizbut Tahrir Malaysia
Sebarang pertanyaan:
infoseminar4u@yahoo.com
ahmus@yahoo.com
www.mykhilafah.com
Sedikit review untuk seminar ini:
Seminar ini akan membawa perbincangan tentang realiti demokrasi dan keharamannya. Realiti yang dimaksudkan di sini adalah definisi demokrasi, sejarahnya, konsepnya, janji manisnya, penipuan dan kerosakan serta kedurjanaan yg dibawanya selama ini. Juga akan terangkan bagaimana umat Islam selama ini ‘tertipu’ oleh demokrasi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Selepas tu, akan diterangkan tentang keharaman demokrasi dengan nas-nas syarak yang jelas.
Seminar ini juga akan menerangkan perbezaan antara demokrasi dengan Islam, khususnya dengan syura. Kita juga akan terangkan pendapat ulama yang mengambil demokrasi berdasaran kaedah syara’ yang salah. Juga akan dibedah, didedah dan diperjelaskan bagaimana kaedah yang salah ini telah dipergunakan oleh umat Islam untuk menghalalkan demokrasi.
Seterusnya akan dterangkan tentang sistem Khilafah yang bertentangan sama sekali dengan demokrasi. Membongkarkan ketakutan Barat terhadap Khilafah dan usaha mereka agar umat Islam tetap berpegang kepada demokrasi. Akan diterangkan bagaimana Khilafah dahulu menjadi peneraju dan penyelamat dunia termasuk pendedahan kisah kehidupan orang-orang kafir zimmi di dalam Daulah yang sayangkan Daulah Islam. Daulah menjaga mereka sepertimana hak-hak kaum muslimin berbeza dengan realiti hari ini yang mana Barat menindas umat Islam yang ada di negara mereka.
Akhirnya adalah pendedahan bahawa di seluruh dunia umat Islam sudah mula sedar bahawa demokrasi hanyalah menipu dan menindas mereka. Disertakan bersama bukti-bukti bahawa umat Islam di seluruh dunia telah mula menolak demokrasi dan mencari alternative lain iaitu Khilafah. Hanya Khilafahlah yang akan menjadi penyelamat dan usaha untuk mengembalikan Khilafah semula memerlukan sokongan dari seluruh umat Islam.
Jadi, marilah kita beramai-ramai, membawa rakan taulan ke seminar ini yang sungguh menarik ini. InsyaAllah akan membawa pendedahan perspektif baru akan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai rahmatan lil alamin di Malaysia dan di seluruh dunia.




samurouh said
salam,ana datang nanti dengan iqbal insyaallah dapat bersua muka nanti
p/s oh ya iqbal kata enta dah nak nikah bila tu ? hehe