Kuala Lumpur, 12 November 2010 – Bersempena dengan musim haji yang telah tiba, sekali lagi Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan satu seruan di perkarangan Masjid Negara setelah selesai solat Jumaat, dengan disaksikan para jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari itu. Seruan dibacakan oleh aktivis muda HTM, saudara Abu Imtiyaz. Beliau membicarakan tentang kemuliaan ibadah haji dan pengorbanan yang dilakukan oleh para pelakunya sebagai ibadah penyucian bagi sesiapa yang mendapat haji mabrur, jika hajinya itu dapat mempengeruhi amalnya baik ketika atau setelah ibadah haji itu selesai dilaksanakan.
Seruan tersebut juga menekankan tentang pengajaran-pengajaran yang seharusnya difahami oleh umat Islam di seluruh dunia tentang ibadah haji. Empat pengajaran yang disebutkan di dalam bacaan seruan itu ialah;
Pertama, ibadah haji mengajarkan erti pengorbanan.
Kedua, ibadah haji mengajarkan ketundukan dan ketaatan secara total kepada Allah.
Ketiga, ibadah haji mengajarkan persamaan dan persaudaraan.
Keempat, ibadah haji juga mengajarkan penyatuan kaum Muslimin di seluruh dunia. Read the rest of this entry »





26 Julai 2009, Ahad – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah dengan jayanya menganjurkan satu seminar yang bertajuk, “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat”, bertempat di Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi. Promosi yang telah dilakukan secara besar-besaran sebelumnya telah berjaya menarik peserta hampir mencecah 800 orang. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 petang, akhirnya dapat disudahkan pada jam 2.30 petang setelah selesai sesi soal-jawab.