Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Non Muslim Join Parti Islam?

Posted by thinker on 26/03/2008

Soalan: Dalam keghairahan beberapa Parti berasaskan Islam dunia hari ini melibatkan diri dalam pilihan raya untuk mendapat tempat dalam pemerintahan, mereka mula mencanangkan keahlian kepada non-Muslim. Soalan saya ialah apakah pendapat Hizbu Tahrir berkenaan dengan keanggotaan mereka ini dalam parti Islam dan saya memandang seperti ada benda yang tidak kena?Jawapan: Tidak dibenarkan secara syarei bagi sebuah parti Islam menerima keanggotaan non-muslim. Ia berdasarkan kepada firman Allah SWT :

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.” [TMQ Ali ‘Imran (3) : 104].

Berkaitan dengan ayat di atas, Syaikh Abdul Hamid Al-Ja’bah dalam kitabnya Al-Ahzab fi Al-Islam berkata :

فكلمة ” منكم ” في الآية تمنع أن تكون الجماعة أو الحزب من غير المسلمين و تحصر ذلك في المسلمين فقط

“Maka kata “minkum” (di antara kamu) dalam ayat di atas mencegah sebuah kelompok atau parti dari (menerima keanggotaan) orang-orang non-Muslim, dan membatasi keanggotaannya kepada orang-orang Muslim sahaja.” [Syeikh Abdul Hamid Al-Ja’bah, Al-Ahzab fi Al-Islam, hal. 120].

Syeikh Ziyad Ghazzal menyatakan pendapat yang sama dalam kitabnya Masyru’ Qanun Al-Ahzab fi Daulah Al-Khilafah (RUU Parti politik dalam Negara Khilafah) di dalam fasal berkenaan keanggotaan parti politik (syuruth al-‘udhwiyah fi al-ahzab as-siyasiyah) hal. 46 :

أن يكون مسلما لان الحزب السياسي يستهدف العمل السياسي عامة دون تخصيص فهو يقوم بانتقاد الأحكام الشرعية التي تبناها الخليفة وأعوانه بالمعروف وينهاهم عن المنكر ويقوم اعوجاجهم إذا انحرفوا عن الشرع ويشهر السلاح في وجه الخليفة إذا ظهر الكفر البواح وغيرها من الأعمال السياسية فهو يستهدف العمل السياسي عامة وهذا يحتم أن يكون الأعضاء من المسلمين لان طبيعة الأحزاب السياسية واعمالها فرضت ذلك

“[Anggota parti Islam] hendaknya seorang Muslim, kerana parti politik [Islam] bertujuan untuk melakukan aktiviti politik secara umum, tanpa pengkhususan. Tugas parti politik Islam adalah bertujuan untuk mengkritik terhadap hukum-hukum syarak yang diadopsi oleh khalifah dan para pembantunya, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap mereka, meluruskan penyimpangan mereka jika mereka menyimpang dari syarak, dan mengangkat senjata di hadapan khalifah jika khalifah menampakkan kekufuran yang nyata, serta aktiviti-aktiviti politik lainnya. Jadi, parti politik (Islam) bertujuan melakukan aktiviti politik secara umum. Ianya mengharuskan angggota-anggotanya mesti dari kalangan kaum muslimin, kerana karakter parti-parti politik (Islam) dan aktivitinya telah mewajibkan hal itu (keislaman anggotanya).” [Syaikh Ziyad Ghazzal, Masyru’ Qanun Al-Ahzab fi Daulah Al-Khilafah, Dar Al-Wadhah li An-Nasyr, 2003, hal. 46].

Oleh yang demikian, menurut Syaikh Ziyad Ghazzal, keislaman anggota parti politik Islam adalah suatu kewajiban, kerana merupakan tuntutan yang muncul dari karakter dan aktiviti parti politik Islam. Sebagai contoh, aktiviti parti politik Islam adalah melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Dan ayat al-quran telah memastikan, bahawa amar ma’ruf nahi mungkar ini adalah karakter khas umat Islam, bukanlah non-Islam. Firman Allah SWT :

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَر وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ ِ

“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” [QS Al-Imran (3) : 110]

Banyak ayat lain yang menerangkan, bahawa amar ma’ruf nahi mungkar adalah ciri khas umat Islam, dan bukan bagi non Islam. Misalnya Surah Ali ‘Imran : 114, Surah A-A’raaf : 157, Surah At-Taubah : 71, dan Surah At-Taubah : 12. Sebaliknya, orang non Islam, khususnya Yahudi, tidak saling melarang berbuat mungkar (Surah Al-Ma`idah : 78-79), dan orang munafik bahkan menyuruh yang mungkar dan mencegah dari yang ma’ruf (Surah At-Taubah : 67). Jadi tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar tidaklah akan mampu dipikul, kecuali oleh umat Islam.

Dengan demikian jelaslah, bahawa secara syarei haram hukumnya bagi sebuah parti politik Islam menerima keanggotaan dari non muslim. Wallahu a’lam

9 Responses to “Non Muslim Join Parti Islam?”

  1. msredzuan said

    SIAPA KATA NON-MUSLIM TIDAK BOLEH JOIN PARTI ISLAM??hizbut tahrir shj!!theheh…

    kerajaan islam madinah yang di asaskan oleh nabi muhammad saw juga terdapat rakyatnya yang non muslim yang berbaiah kepada kerajaan islam…samalah dgn keadaan skrg.

    malah kafir itu boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kafir harbi dan kafir zimmi….

  2. msredzuan said

    The recently concluded 53rd Muktamar of PAS @ Islamic Party of Malaysia, held in Kota Bharu , State of Kelantan had a special guest speaker addressing the 1,125 delegates from all over the nation.

    The Chairman of the Chinese Community Supporters of PAS Club , Mr. Hu Pang Chaw was given the honor of speaking to the largest gathering of PAS leaders in the heart of the only Opposition run state in Malaysia.

    He expressed his gratitude to PAS for giving the club members the platform to engage with the PAS leadership in matters concerning the Chinese community and for working together with them in holding various activities for the Chinese in Kelantan.

    PAS through it’s Social Unity Unit has held many events such as taking part in the Moon Cake Festivities, Dinners and Dialogues with the Chinese community in Kelantan.

    Picture shows the Kelantan Menteri Besar and PAS Spiritual Head, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat attending a Chinese New Year celebration event.

    Mr.Hu asked PAS leaders to be more proactive in reaching out to the Chinese community throughout the nation as the main media has been portraying a wrong image of PAS to the people all these while and he promised to do more on his part to share the actual situation with PAS to the Chinese in the state and throughout the nation.

    Mr.Hu Pang Chaw, an ex journalist with a Chinese daily in Kota Bharu has published a local Chinese newspaper called Re Min Shi Shi which from an initial 5,000 copy print out has now increased to more than 50,000 copies daily distribution.

    This goes to show Chinese in Malaysia not to just believe in all the media hype about PAS being an ultra this or that party.

    PAS stands for a fair just government that gives everyone their share of progress and mutual prosperity.

    The Chinese in Kelantan find doing business there much more easier because there isn’t much of a corruption problem in the state.

    From the looks of things, PAS is finding support from the most unexpected sources as the GE looms around the corner.

    The BN will naturally go all out to see to it that PAS doesn’t get an easy win with this new growing support coming from the Chinese and Indian Malaysians.

    PAS needs to capitalize on this healthy trend by doing more for all Malaysians. Insya Allah.

  3. msredzuan said

    Semalam ada sahabat menghubungi saya bertanyakan hukum mengundi dan menyertai pilihanraya . Di bawah saya perturunkan satu catatan ringkas dari Tuan Guru Hj. Harun Taib .

    Menegakkan Pemerintahan Islam

    Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

    “mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

    Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

    “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

    Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

    Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

    Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

    “Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

    Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

    Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

    Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

    Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

    Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

    Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

    Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

    Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

    “Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

    Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

    Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

    Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

    Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

    Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah ‘ammah’ di masjid Al Nabawi.

    Baiah ‘ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

    Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

    Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

    “Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

    Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

    “Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

    Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

    “Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

    Firman Allah lagi, maksudnya:

    “Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

    Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

    “Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

    Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

    “Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

    Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

    Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

    Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

    Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

    “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

    Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

    Kesimpulan dan Penutup

    Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

    Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

    “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

    -ust. nasruddin hassan tantawi

  4. thinker said

    Salam,

    Syukron di atas ulasannya. Semoga niat anda adalah utk mencari kebenaran dan bukan yg lainnya.

    Maaf, tidak keterlaluan jika saya katakan bahwa ulasan anda tidak nyambung dan tidak relate dgn apa yg anda mahu ketengahkan. Ulasan dan diskusi yg baik adalah tatkala ulasan hujahnya itu nyambung dan terkait dgn perbahasan. Apabila satu ulasan itu tidak link dgn kenyataan awal, maka bertabur sudah objektif penyampaiannya.

    Seharusnya anda baca dulu artikel saya, lalu quote dan ketengahkan hujah anda, mana dan apa yg anda rasakan bertentangan dgn paradigma dan garis syariat. Tetapi sy tidak menemukan quote dan link dr artikel saya. Apa yg saya temukan adalah berupa kata2 sinis dr anda. Maaf, jika anda klaim bahwa hanya Hizbut Tahrir shj yg mengatakan non-muslim tidak blh join Parti Islam, saya tidak pasti krn saya belum menganalisis seluruh parti dan jemaah yg ada di seluruh dunia.

    Saya akan cuba membahas apa yg anda ketengahkan dan kecacatannya. InsyaAllah, tidak ada niat yg tersembunyi di hati saya, hanya Allah sahajalah sebaik2 pendengar dan maha mengetahui hati2 hambanya.

    Perhatikan statement anda:

    kerajaan islam madinah yang di asaskan oleh nabi muhammad saw juga terdapat rakyatnya yang non muslim yang berbaiah kepada kerajaan islam…samalah dgn keadaan skrg.

    Saya tegaskan! Parti dan kerajaan adalah tidak sama. Definisi dan takrifnya saja sudah tidak sama. Apatahlagi fungsi dan praktisnya. Oleh kerana anda tidak memahami materi pembahasan, maka terjadilah kontradiksi pemahaman dlm pemikiran anda. Adakah di dlm parti anda memerintah? adakah di dlm Parti anda berhak mentabani hukum agar dilaksanakan oleh rakyat seluruhnya? adakah kerjaan Islam Madinah sama dgn konteks Parti?

    Maka untuk lebih jelas, nantinya kita akan mendiskusikannya dgn lebih detail dlm hal ini. Saya ambil quote dan kenyatan anda sendiri utk kita sama2 diskusikan:

    Kenyataan anda:

    “malah kafir itu boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kafir harbi dan kafir zimmi….”

    Tidak hanya 2, tetapi bg HT, jenis2 orang kafir itu ada 4.Kafir Harbi, Musta’min, Mu’ahid, Adz-Zimmah.

    Berkenaan artikel anda yg intisarinya adalah mengungkapkan kewajiban tentang menegakkan daulah islamiyah adalah wajib! Persoalannya, siapa yg menafikannya??? Tiada seorang pun yg berani menafikannya, kecuali bg mereka2 yg sekuler dan benci ttg islam. Tetapi tidak HT. So, sekali lg saya katakan bahwa kenyataan dan hujah anda tidak link dgn apa yg kita ingin diskusikan.

    Petikan artikel anda:

    Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

    Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

    “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

    Kaedah dan qiyas yg disalahgunakan amat berbahaya kesannya kpd umat islam. kerana qiyas di atas, tidak sesuai pd konteksnya. Saya berikan contoh biar anda mudah faham. Adakah sah berwudhu’ menggunakan air yg najis? Kerana kita mengatakan air itu tidak ada, lalu dgn adanya air kencing yg najis, anda klaim bahwa ia blh menyempurnakan wudhu’ itu, lalu menggunakan air kencing menjadi wajib!!! Ia bahaya, sungguh bahaya, kerana kaedah syara’ yg disalahgunakan…

    Moga dpt difahami… Wassalam…

  5. msredzuan said

    theheh…
    saya baca akhbar khilafah 4 m/s jumaat lepas mengenai kes fatimah tan abdullah..
    untuk maklumat lanjut sebenar mengenai kes tersebut silalah ke laman youtube…ada ulasan dari peguam terbabit…HT selalu serkap jarang sahaja.

  6. thinker said

    Salam,

    pertama sekali sy ucapkan sekali lg di atas ulasan anda. Semoga ia diniatkan utk mendapatkan redha ilahi.

    ada kejanggalan di atas komen anda. Jujur saya katakan bahawa catatan ulasan anda tidak matang dan perlu dimuhasabah semula. Semak semula ulasan anda:

    saya baca akhbar khilafah 4 m/s jumaat lepas mengenai kes fatimah tan abdullah..
    untuk maklumat lanjut sebenar mengenai kes tersebut silalah ke laman youtube…ada ulasan dari peguam terbabit…HT selalu serkap jarang sahaja.

    1) Anda mengatakan anda sudah membaca akhbar khilafah. Padahal nama sebenar bg artikel tersebut adalah Sautun Nahdhah (suara kebangkitan).

    2) Dilihat dari cara penulisan anda, seolah-olah anda tidak membaca artikel dr Sautun Nahdhah tersebut, tetapi mengaku membacanya. Jika anda sudah membacanya, tidak akan muncul saranan anda bg kami utk melihat semula ucapan peguam yg anda maksudkan adalah Ahmad Jailani tersebut. Ini kerana artikel tersebut sendiri telah membahaskan sikap dan pendirian ahmad jailani serta hukum murtad dr persepektif islam.

    3) Status serkap jarang yg anda maksudkan tidak penting bg saya atau HT itu sendiri. Kerana saya yakin. Allah itu selalu bersama orang2 yg benar.

    Saya yakin, jika anda benar2 ikhlas. Maka bertaqwalah kpd ALlah, dan hindarkanlah cemuhan yg tidak kena pd tempatnya. Smeoga kita terhindar dr segala bisikan syaitan. Ameen

    Wassalam…

  7. Lintar said

    assalamualaikum,

    Ana berminat nak tahu bagaiamana Rasulullah dibaih oleh orang kafir. sedangkan Ijmak ulama salaf menjelaskan bahawa orang kafir tidak berbaih dan yang berbaih adalah orang Muslim sahaja. (bab rukun baiah).

    Msredzuan ini ada ilmu atau main hentam sahaja dalam berhujah, sekarang kita nantikan hujah ilmiah dari beliau

  8. insyirah said

    Sekadar renungan bersama..
    “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
    bertawakkal kepada NYA.”[Ali Imran 3:159]

  9. thinker said

    renungan bermakna…. syukron

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: