Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Bolehkah Non-Muslim Menjadi Wakil Rakyat Bagi PPI?

Posted by thinker on 17/06/2008

Soalan:

Apakah hukum bagi non-muslim menganggotai sekali gus menjadi wakil rakyat bagi sesebuah parti politik yang berideologi islam? Adakah dibenarkan oleh syara’ atau sebaliknya?


Jawapan:

Keberadaan ahli non-muslim di dalam ppi (parti politik islam) pada dasarnya adalah salah satu bentuk dari kesalahan, bahkan menyalahi syara’. Pada dasarnya, larangan untuk bermuwalah (berkawan rapat dan bersepakat) dengan orang-orang kafir mencakup juga larangan untuk mencalonkan mereka untuk menduduki jabatan-jabatan yang boleh digunakan oleh kaum kafir untuk menguasai kaum muslimin. Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa sesiapa saja yang bermuwalah dengan orang-orang kafir, maka ia telah murtad (keluar dari Islam). Allah SWT berfirman:

“Siapa saja di antara kalian mengambil mereka (orang-orang kafir) sebagai wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Qs. al-Mâ’idah [5]: 51).

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah untuk menyeksa kalian?” (Qs. an-Nisâ’ [4]: 144).

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan henti-hentinya berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. (Qs. Ali-‘Imran [3]: 118).

Sa’id Hawwa dan Sayyid Quthub dalam al-Wala’ menyatakan bahawa, seorang muslim yang memberikan wala’nya kepada misionaris dunia kufur, atheis dan murtad, dengan seluruh sifat-sifat kemanusiaannya, juga tidak dipandang sebagai seorang muslim. [Sayyid Hawwa & Sayyid Quthub, al-Wala’; Loyaliti (ketaatan) Tunggal Seorang Muslim, edisi endonesia; m/s.7, 2001]

Ketika menjelaskan tentang wala’ yang diharamkan, Sa’id Hawwa menjelaskan bahawasanya salah satu tanda wala’ yang diharamkan di dalam islam ialah; memberikan bantuan, ketaatan, dan keterikatan penuh (seumur hidup) dengan orang-orang kafir. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT, “Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab, ”Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami. selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, pasti kami akan membantumu.” (Qs. al-Hasyr[59]: 11). Termasuk ke dalam wala’ jenis ini ialah perbuatan para politikus yang menyokong, mengangkat, dan membela orang-orang kafir, musyrik, dan munafik, baik sebagai individu, kelompok, atau sebagai parti/jemaah. Juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan orang-orang yang menjadi anggota, simpatisan, setuju, atau menyokong satu parti, organisasi atau lembaga sesat yang tegak di atas landasan selain islam. [ibid, hal.35-36]

Adapun hujah bagi mereka yang membolehkan bagi non-muslim untuk menyertai ppi dengan merujuk tindakan Rasulullah saw yang memasukkan orang kafir dalam piagam Madinah, di mana status orang kafir (dzimmi) tersebut adalah sebagai wakil untuk menyatakan aspirasi non-muslim yang berada di Madinah. Lalu, mereka membuat kesimpulan bahawasanya boleh bagi sebuah parti politik islam untuk mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat pada pilihan raya. Jawapan bagi argumentasi tersebut adalah sebagai berikut:

Pertama, konteks Rasulullah saw ketika menetapkan piagam Madinah adalah sebagai ketua negara, bukan sebagai pemimpin sebuah parti politik, atau gerakan. Walhasil, tidak benar jika kita menganalogkan sebuah hukum, yang faktanya berbeza. Fakta pemimpin negara berbeza dengan pemimpin sebuah parti politik. Apakah kita akan menyatakan bahawa seorang pemimpin parti politik boleh merejam pelaku zina, hanya kerana berpedoman kepada perbuatan Rasulullah Saw yang pernah menjatuhkan sanksi rejam kepada seorang penzina muhshon. Tentunya, kita tidak boleh menjatuhkan sanksi kepada pezina muhson tersebut. Sebab, konteks Rasulullah Saw ketika menjatuhkan sanksi harus dilihat bahawa beliau sebagai seorang ketua negara, bukan sebuah pemimpin gerakan. Walhasil, piagam Madinah tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk membolehkan sebuah parti mencalonkan orang kafir sebagai wakil rakyat. Sebab, konteks yang ditunjuk oleh peristiwa itu (piagam Madinah) adalah negara, bukan parti. Jadi, bila piagam Madinah —konteksnya adalah negara— diqiyaskan dengan parti, maka ini tidak dibenarkan secara ushul, sebab konteks perbincangannya berbeza.

Kedua, argumentasi jika penduduk muslimnya sedikit, maka seorang kafir boleh dicalonkan sebagai wakil rakyat, sedangkan jika penduduk muslimnya banyak, kaum kafir tidak boleh dijadikan sebagai wakil rakyat, adalah argumentasi yang tidak didukung sama sekali oleh dalil, bahkan tidak memiliki dalil sama sekali. Sebab, keharaman memberikan wala’ kepada kaum kafir tidak didasarkan pada sedikit atau banyaknya jumlah kaum muslimin. Buktinya, ketika jumlah kaum muslim di Quraisy masih sangat sedikit, rasulullah saw menolak tawaran kekuasaan dari orang-orang Quraisy.

Ketiga, untuk menetapkan status hukum boleh atau tidaknya seorang muslim menjadikan orang kafir sebagai wakil rakyat, juga tidak boleh dikaitkan dengan, ”Apakah mereka mendatangi, dan meminta dicalonkan sendiri, atau tidak.” Atau, “Mereka hanya menjadi wakil rakyat ADUN atau tidak.” Sebab, pertimbangan seperti ini bukanlah dalil syara’. Jika kaum kafir dilarang menjadi penguasa, atau wakil rakyat, maka walaupun mereka meminta sendiri hukumnya tetap haram, tidak berubah.

Secara teknikalnya, ketika parti Islam telah menempatkan kaum kafir sebagai wakil rakyat, bererti bukan individu kafir itu yang mencalonkan dirinya sebagai wakil rakyat, akan tetapi parti itu sendiri. Walaupun proses awalnya, orang kafir itu yang memohon sendiri. Ketika seseorang telah menjadi wakil rakyat Parti Islam X, maknanya, orang tersebut telah dipilih dan dicalonkan oleh Parti Islam X untuk menjadi anggota legislatif, bukan orang itu mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi wakil rakyat. Sebab, orang itu tidak boleh disebut wakil rakyat Parti Islam X jika tidak dicalonkan oleh Parti Islam X sendiri.

Keempat, benar dalam pandangan Islam, seorang kafir boleh menjadi anggota majlis ummat. Akan tetapi, mereka hanya memiliki hak untuk melaporkan keburukan-keburukan pelaksanaan syariat Islam, serta kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh penguasa Islam. Sedangkan untuk memberikan aspirasi dalam hal membuat hukum, dan aturan mereka sama sekali tidak boleh dilibatkan. Namun demikian, majlis umat adalah representasi dari badan sebuah negara, bukan badan sebuah parti atau gerakan. Parti politik Islam ditubuhkan untuk memperjuangkan hukum-hukum Islam, dan mengubah masyarakat sejajar dengan ‘aqidah Islam. Oleh kerana itu, anggota parti politik harus memiliki ‘aqidah Islam, alias muslim. Dengan kata lain, parti politik Islam tidak boleh beranggotakan orang-orang kafir. Sebab, bagaimana mereka boleh mengubah sistem yang tidak Islami menjadi sistem yang Islami, sementara itu mereka tidak memiliki ‘aqidah Islam?

Tatkala, sebuah parti Islam mengangkat orang kafir menjadi wakil rakyat (calon legislatif), sama ertinya parti tersebut telah mengangkat orang kafir menjadi anggota gerakannya. Padahal, keanggotaan orang kafir dalam sebuah gerakan adalah tindakan bid’ah yang menyimpang dari tuntunan agama yang lurus.

Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: