Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Rakyat Perlu Sedar?

Posted by thinker on 22/08/2008

Rakyat Perak perlu sedar kesilapan, itulah salah satu tajuk berita di dalam Utusan Malaysia bertarikh 22 ogos 2008 yang mengutip penuturan komentar dari Sang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ucapan beliau, “‘‘Saya fikir makin lama mereka memerintah lagi banyak masalah akan timbul, saya harap rakyat Perak akan sedar mengenai perkara ini dan kerajaan ini perlu ditukar” (Utusan Malaysia 22/08/08). Jika diperhatikan apa yang diucapkan oleh Ahmad Zaidi tersebut, beliau secara tepatnya mengatakan bahawa jika rakyat memilih barisan kepimpinan BN, maka kesengsaraan tersebut akan hilang serta merta. Samaada, beliau belum pernah menganalisis fakta-fakta terdahulu ataukah pernah, tapi persoalan yang muncul adalah; “Apakah kerajaan terdahulu (BN), boleh dikategorikan sebagai yang terbaik dan tidak mengamalkan praktik rasuah serta bersifat kronisme? Jawapannya sudah ada pada sang pembaca yang budiman sekalian. Jadi, rakyat harus bagaimana? Tukar pemimpinkah? ataukah tukar kerajaan? atau bagaimana?

Penulisan kali ini ingin mengajak para pembaca sekalian untuk berfikir secara mendasar dalam melihat setiap isu yang terpampang di hadapan kita semua. Apatahlagi ianya isu lokal yang beritanya sangat dekat dengan kita. Bukan hanya itu, ia adalah isu yang bersangkut paut pada aspek pengaturan hidup kita. Benarkah dengan memilih semula BN dalam tampuk pemerintahan, maka kehidupan kita akan lebih baik dan sejahtera? Penulis berasa perlu untuk mengsikapi isu ini seringkas mungkin kerana ia agak tipikal bagi yang bersetuju kepada Sang Menteri. Sesungguhnya, Islam adalah deen yang berbentuk ideologi (way of life). Ideologi yang memberi solusi dalam setiap permasalahan kehidupan. Bukan hanya itu, ideolgi ini juga dibawa oleh Sang Rasul tercinta. Melalui bagindalah kita belajar tentang islam sesungguhnya. Walau tidak ada dalil penunjukan samaada kita perlu memilih siapa dalam hal-hal pemerintahan, tetapi sungguh, bagi sesiapa yang memahami islam sedalam-dalamnya, maka kita akan dapat kebenaran itu di depan mata kita secara hakiki. Dalam hal ini, amatlah jelas bahawasanya bukanlah siapa yang memerintah, tetapi dengan hukum apakah Sang Pemerintah bakal berhukum? Apakah dengan hukum islam ataukah selainnya? Jika islam yang menjadi panutan dan idea dasarnya, maka siapapun mereka kita patut taat. Tapi dengan syarat ia haruslah melalui metode bai’at. Dan inilah yang syar’i berdasarkan dalil-dalil yang disepakati ulama’. Apakah BN atau selainnya, jika mereka tetapi berandalkan dengan hukum-hukum selain islam dan melalui sistem demokrasi yang sememangnya bertentangan dengan islam, maka di manakah letaknya islam? Padahal demokrasi itu adalah idea sekuler yang memisahkan wahyu ilahi dengan kehidupan manusia. Maka dari itu, jalan yang sebaiknya untuk mensejahterakan umat adalah dengan mengganti sistem yang ada (kapitalisme) dengan sistem islam. Ya, tentu saja sukar dan susah. Penuh onak dan duri, dan perjuangan ini bukanlah magik yang boleh ditiup bakal menjadi. Tetapi perlu tawakal dan usaha dibarengi dengan doa’ kepada ilahi.

Penulis berasa pada peringkat awal dan kedepan, umat islam pada awalnya perlulah memahami islam itu secara daqiq (mendasar) sehingga mereka memahami segala permasalahan dalam perspektif islam dan bukan yang lainnya. Setelah kesedaran terbentuk, dan ilmu sudah ada di dalam diri umat islam, maka perjuangan seterusnya adalah untuk menyampaikan dan menyebarluaskan kepada umat-umat lainnya agar wujud kesedaran yang bersifat kompak (dampaknya besar) dan akan memberi kesinambungan yang baik kepada dakwah. Setelah itu, barulah akan kita lalui bersama fasa yang bakal menjadi tantangan kepada kita setelah umat menerima islam, dan pemimpin juga memberi sokongan sepenuhnya termasuk militer untuk segera menerapkan Daulah Islam (manhaj nubuwah). Ini kerana daulah yang bakal tegak nanti tentunya akan mendapat tantangan yangs seru daripada musuh-musuh adidaya saat kini seperti Amerika…

Selamat berdakwah! Wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: