Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Forum Perdana : Mahasiswa – Mukmin @ Munafik

Posted by thinker on 13/09/2008

Hari isnin yang lalu, saya menghabiskan masa di Library Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk membuat beberapa rujukan. Sehingga waktu untuk library tutup, saya masih di sana kerana hendak menggunakan wirelesss di fakulti untuk online sebentar. Rezki datang, tiada yang menduga. sahabat saya sms saya, dan memberitahu bahawa ada forum perdana di Fakulti Alam Bina. Saya belum tahu tajuk forum tersebut, sehinggalah saya usai solat tarawih di sana bersama-sama dan dimaklumkan bahawa tajuk yang akan dibincangkan adalah seperti yang saya paparkan di atas. Forum ini adalah anjuran AKRAM (Akademi Ramadhan) dan PMIUM.

Saya berbuka puasa bersama teman di Kolej 11 dan solat maghrib di API (Akademi Pengajian Islam). Setelah bertadarus sebentar, saya terus bergegas bersama-sama teman ke Fakulti Alam Bina agar bisa solat tarawih berjamaah. Ternayata tepat dari sangkaan, bahwa setelah sampai di sana para mahasiswa sudah mulai banyak yang hadir untuk berjamaah sebelum berpartisipasi dalam forum yang bakal diadakan itu. Setelah menyelesaikan solat Isya’, tarawih dan witir secara berjamaah, hadirin dijemput untuk terus masuk ke dalam dewan agar bisa terus memulakan acara, sambil menunggu 2 pembicara utama untuk ke acara kemuncak.

Pembicara pertama, iaitu Dr Mohammad telah membahaskan isu Mahasiswa dari sudut yang sangat global dan membuat saya sendiri berfikir tentang reality dan permasalahan umat islam kini. Beliau mengupas isu mahasiswa dari 3 aspek: (1) Realiti mahasiswa sebagai bahagian dari umat islam yang semakin hari semakin mundur, (2) Realiti kaum muslimin di masa lalu, iaitu mereka adalah koir ummah (sebaik-baik ummat), (3) Jalan/Metode untuk segera membangkitkan umat agar menjadi umat yang terbaik semula dalam segala aspek, dan Islam tegak sebagai ideology (way of life). Menarik, sungguh menarik. Perbahasan yang tidak stagnan pada permasalahan mahasiswa sahaja, tetapi merangkumi seluruh aspek yang ada di sekeliling kita. Beliau menegaskan, bahwasanya untuk membangkitkan kembali umat kini adalah dengan mengamalkan semula ajaran islam dalam segenap kehidupan, dan berusaha segenap tenaga untuk membawa kembali umat ini ke arah yang diredhai oleh Allah swt.

Pembicara ke-2 iaitu Dr. Zulkifli pula membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh mahasiswa untuk menjadi mahasiswa yang kreatif, dinamik dan berwawasan seperti yang pernah dialami oleh beliau sendiri, pada saat beliau memegang tampuk kepimpinan mahasiswa di Universit satu ketika dului. Langkah-langkah ini perlu diawali dengan niat, ikhlas dan amanah apabila mahasiswa memegang tampuk kepimpinan, dan kepimpinan itu perlu dipegang dengan penuh tanggungjawab dan konsisten. Jawatan, bukan setakat kemegahan, tapi ianya perlu disandang dengan penuh gigih dan optimize agar orang-orang yang dipimpin mendapat rahmat kepemimpinan tersebut.

Majlis selesai pada jam 11.15 malam, dan saya sempat berjumpa dengan teman-teman lama, dan berkenalan dengan beberapa teman baru yang sudi menjalin ukhwah. Barokallahu Lakum Akhi, semoga apa yang kita lakukan pada waktu itu menjadi saksi dan bekal kepada kita di akhirat kelak, Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: