Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Nuzul Al-Quran – Adakah Kita Cintakan Al-Quran?

Posted by thinker on 18/09/2008

Pada 17 September yang lalu, bersamaan 17 Ramadhan 1429 adalah hari Nuzul Al-Quran. Jika di Selangor, para karyawan akan bercuti pada hari tersebut, manakala di negeri-negeri lain tidak. Kenapa ya? Ah, lupakanlah. Saya sempat menghadiri ke beberapa majlis Nuzul Al-Quran pada hari tersebut. Pada sebelah petang pula, saya menghadiri program yang sama di Akademi Pengajian Islam, anjuran Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang bertajuk Perpaduan Menurut Al-Quran. Tidak seperti malam sebelumnya, majlis pada kali ini kurang mendapat sambutan, melihat dari kapasiti mahasiswa yang hadir. Penceramah jemputan adalah Y.Bhg Prof. Madya Dato’ Haji Mohd Mokhtar Bin Haji Shafii sebagai Ahli Fatwa Negeri Selangor, dan penceramah kedua adalah Prof. Madya Fauzi Deraman selaku pensyarah dari jabatan Al-Quran dan Hadis.

Hari Nuzul Al-Quran adalah hari di mana hari diturunkannya Al-Quran. Menurut pendapat yang kuat, Al-Quran diturunkan secara lengkap ke Bait[ul] izzah, lalu diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah mengikut peristiwa dan kejadian. Allah SWT berfirman:


“Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan , bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (natara yang hak dan yang bathil). Karena itu barangsiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu”(QS Al-Baqarah [2]: 185)

Pada bulan yang penuh barokah ini, kita melihat banyak orang yang membaca sekali gus mengkhatamkan al-quran. Di kaca-kaca televisyen pula, menampilkan tayangan filem-filem yang berbaur Ramadhan, demi untuk masyarakat tahu bahawa bulan ini adalah bulan Ramadhan dan hari ini adalah hari Nuzul Al-Quran. Melihat dari apa yang berlaku di dalam masyarakat kini, penulis terasa terpanggil untuk menulis walau seringkas mungkin berkenaan tentang hari yang mulia ini. Apa dan bagaimana sikap kita sebagai seorang muslim ketika melalui dan menyambut hari dan bulan yang mulia ini. penulis bukanlah bermaksud untuk membuat satu propaganda dan menyalahkan amalan-amalan yang mulia seperti membaca al-quran dan membuat majlis-majlis peringatan nuzul al-quran dan seumpamanya, kerana amalan-amalan tersebut amatlah mulia di sisi agama, dan pelakunya akan mendapat pahala di sisi Allah SWT. Cuma, penulis berasa ada sesuatu yang kurang dan perlu diperhatikan oleh kita semua ketika hari dan bulan yang mulia ini hadir dalam hidup kita, agar kita menjadi umat yang berpedoman.

Ada beberapa masalah yang terjadi di dalam masyarakat kita, yang mana masalah ini akan menyebabkan suatu kenistaan yang buruk terhadap umat islam seluruhnya jika tidak diperhatikan. Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah:

  1. Umat islam begitu menjaga fizikal al-quran, sehingga jika kita mendapati ada orang yang merosakkan fizikal al-quran, maka umat islam akan berasa marah dan naik emosinya, kerana mereka menganggap al-quran adalah sesuatu yang perlu dijaga, malah ada yang menganggap al-quran (fizikalnya) mempunyai kuasa mistik dalam kehidupan. Ini terbukti ketika berlaku penghinaan terhadap al-quran, yang dilakukan oleh tentera US di Guantanamo pada tahun lepas. Umat islam berasa marah, dan membuat tunjuk perasaan hampir di seluruh dunia kerana isu tersebut. Namun, adakah perasaan dan emosi kita sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita cintakan al-quran?
  2. Jika dilihat di seluruh dunia, kita menyaksikan bahawa ramai mahasiswa dan graduan yang menghafaz dan mempelajari al-quran dari sudut bacaan dan hafazan. Ramai ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Pusat Tahfiz dan Sekolah Agama, demi anak-anak mereka agar boleh menguasai pembacaan al-quran dan sekali gus menghafaznya kelak. Namun, adakah ketika kita pandai, lalu berjaya menghafaznya sudah membuktikan bahawa kita cintakan al-quran?
  3. Umat islam begitu struggle membaca dan mengkhatamkan al-quran, terutama pada bulan Ramadhan. Ada yang khatam 1, 2 dan 3 pada satu bulan di bulan Ramadhan ini. majlis-majlis tilawah dan tadarus diadakan hampir di seluruh masjid dan surau di seluruh dunia, khususnya di negeri-negeri kaum muslimin. Namun, adakah membaca dan mengkhatamkan al-quran sudah cukup membuktikan bahawa kita cintakan al-quran?
Ketiga-tiga reaksi dan perbuatan di atas adalah perbuatan mulia di sisi agama, dan pelakunya akan mendapatkan pahala di sisi Allah SWT, jika mereka ikhlas dalam melaksanakannya. Namun, penulis ingin merungkai permasalahan ini lebih jauh dari itu. Benar, sikap kita ketika al-quran diperlekehkan dan dihina oleh manusia lain, adalah perlu untuk kita marah dan bereaksi ke atas perbuatan tersebut. Namun, mereka perlu sedar bahawa sesungguhnya al-quran itu bukan hanya perlu dijaga fizikalnya, tetapi al-quran juga perlu dijaga isi kandungan dan ketentuan yang ada di dalamnya. Benar, kita wajib mempelajari al-quran serta mendalami tajwidnya. Tetapi, membaca dan menghafaznya tidaklah cukup jika kita tidak menjadikan al-quran sebagai hukum yang patut diterapkan di dalam kehidupan ini. begitu pula apabila kita membaca dan mengkhatamkan al-quran berkali-kali, ia tidaklah cukup untuk menunjukkan kecintaan kita jika hanya sekadar itu niat kita. Namun lebih jauh dari itu, kita juga harus meletakkan al-quran sebagai pedoman dan standard di dalam kehidupan, yang bilamana kita mengamalkannya secara keseluruhan, kita tidak akan sesat selamanya. Rasulullah saw bersabda:

“Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” [HR Muslim].

Firman Allah SWT:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah (2):185].

Imam Al-Qurthubi ketika menerangkan tentang al-quran adalah sebagai petunjuk dan pembeda, beliau menegaskan bahawa sesiapa yang mengamalkan al-quran maka dia adalah berpetunjuk, dan siapa yang tidak mengamalkan al-quran adalah sesat. Oleh sebab itu, al-quran bukanlah suatu ajaran yang bersifat spiritual semata, yang di dalamnya hanya sebatas menerangkan tentang tatacara solat, zakat, puasa dan haji. Tetapi al-quran menerangkan kesemua tatacara yang ada dalam kehidupan kita. Allah SWT menghina bagi orang yang tidak menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup di dalam firmannya:

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

Oleh itu, dengan hadirnya bulan Ramadhan dan hari Nuzul al-quran yang telah berlalu, maka penulis berharap agar ia dijadikan momentum kepada kita untuk segera menjadikan al-quran sebagai panduan hidup. Semoga kita tergolong sebagai hamba-hambanya yang memuliakan al-quran. Ameen.

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: