Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Tragedi Zakat – Bukti Kerosakan Sistem Kapitalis

Posted by thinker on 18/09/2008

Pada 15 September lalu, terjadi satu peristiwa yang menyedihkan sekali gus tragis apabila 21 orang mati gara-gara ingin mendapatkan zakat dari keluarga hartawan H.Syaichon. Penulis tidak ingin membahaskan kronologi peristiwa yang menyedihkan tersebut, kerana ia telah disiarkan dan maklumat telah diperoleh di pelbagai koran dan website di kebanyakan di Indonesia dan Malaysia (rujuk : detik.com). Namun, penulis berasa terpanggil untuk menulis dan membahaskan sedikit berkenaan kejadian tersebut dalam perspektif ideologi, iaitu dalam perspektif yang apa dan mengapa kejadian yang seumpama itu boleh berlaku, bagaimana penyelesaiannya dalam islam. Apakah kejadian seperti itu kita hanya melihat sebagai penonton, dan hanya boleh berduka tanpa memikirkan apa di sebalik peristiwa-peristiwa yang semakin hari, malah kejadian seperti itu menimpa kaum muslimin di seluruh dunia. Penulis yakin, ia adalah kerana olah dari tangan-tangan manusia itu sendiri, kerana tuhan Sang Pencipta Alam tidak pernah menzalimi hamba-hambanya, inikan pula melibatkan transaksi pembayaran zakat yang mencakup skop ibadah.

Seperti yang kita ketahui, bahawa sesungguhnya Negara Indonesia adalah salah satu negeri kaum muslimin (bilad islam), di mana pemerintah dan keamanannya berada di tangan kaum muslimin. Cuma saja, Indonesia seperti negara-negara kaum muslimin lainnya tidak menerapkan islam secara kaffah secara bernegara dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai darul islam (pemerintah, keamanan dan hukum adalah islam). Ketika ditanya kepada keluarga H.Syaichon, mengapa mereka tidak menyerahkan sahaja kepada pemerintah untuk dibahagi-bahagikan kepada golongan dhu’afa tersebut, mereka menjawab bahawa mereka tidak mempercayai kepada pemerintah dan amanah yang mereka pegang akibat dari fakta dan kenyataan bahawa Negara Indonesia yang terkenal dengan angka rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang ada. Dari kenyataan yang ada, ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sistem kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akar penopang akidahnya sudah semakin jelas kerosakannya dan tidak mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat, khususnya kaum muslimin.

Paradigma yang lain, kita dapat melihat bahawa angka kemiskinan di Indonesia adalah semakin hari semakin meningkat dan menyengsarakan walau ada pihak yang telah membuat bancian bahawa bilangan orang-orang miskin telah menurun sebanyak 1-2 persen pada penilaian lepas, namun penulis tetap yakin bahawa angka-angka tersebut tidak boleh mengaburkan mata umat bahawa kehidupan kini adalah sangat menyengsarakan. Umum mengetahui, bahawa kekayaan bumi Indonesia adalah sangat lumayan besarnya. Hasil bumi, bahan mentah serta kekayaan alam amat tinggi dan besar di Indonesia, namun disebabkan distribusi yang digunakan adalah menggunakan kaedah kapitalis, maka kekayaan tersebut tidak sampai ke tangan umat, tetapi hanya sampai kepada golongan tertentu sahaja yang dinisbatkan sebagai golongan kelas atas.

Jadi, penulis menyeru kepada kaum muslimin seluruhnya untuk segera melihat tragedi ini sebagai momentum untuk segera memperjuangkan penerapan syariah di dalam kehidupan. Cukuplah dengan apa yang telah menimpa kaum muslimin sehingga saat ini. Problematika yang menimpa ini adalah bukti bahawa jika kita tidak akan menjadi umat yang terbaik jika kita tidak menjadikan islam sebagai penyelesaian kepada manusia (mu’allajah lil masyakil lil insan). Oleh itu, penulis berharap agar kaum muslimin seluruhnya agar segera bangkit dengan asas kesedaran islam. Wahai teman-teman, para mahasiswa, para karyawan dan semuanya… ayuh, bangun dan bangkitlah untuk segera menyahut seruan islam. Allahu Akbar!

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: