Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Akta Hubungan Kaum – Bolehkah Bersatu Dalam Sistem Sekuler?

Posted by thinker on 19/09/2008

PUTRAJAYA 18 Sept. – Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.

Katanya, akta itu sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet. Saya fikir idea kewujudan akta ini adalah baik untuk mewujudkan suasana hubungan baik antara kaum berasaskan agama dan budaya yang berbeza-beza.

(Utusan Malaysia : 19 September 2008)

Jika dilihat sepintas lalu, apa yang dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu tersebut adalah “demi” untuk menjaga perpaduan dan keharmonian antara kaum. Kita pula sememangnya memerlukan hal yang sedemikian dalam sesebuah negara majmuk seperti di Malaysia. Namun, jika kita teliti dan melihat agenda ini dalam perspektif yang benar, iaitu menjadikan islam sebagai standard dalam bertingkah laku, dapat kita lihat bahawasanya apa dilakukan tersebut luarannya seakan baik, tapi sudah mencerminkan kerosakan yang ada di dalamnya. Konklusi dari apa yang dicadangkan tersebut,memperlihatkan kepada kita bahawasanya sistem yang ada sekarang belum mampu untuk menyatupadukan manusia di antara kaum yang ada. Ini kerana, jika sistem yang ada telah berjaya menyatupadukan kaum yang ada, sudah barang tentu akta-akta yang semisalnya tidak perlu ada dan diaktakan.

Persoalan yang timbul dari akta yang dicanangkan tersebut adalah, adakah cadangan tersebut, yang kemungkinan bakal diaktakan mengikut perlembagaan bakal menyatupadukan dan mengharmonikan masyarakat yang selama ini diklaim bercerai berai? Kalaupun ia suatu yang murni untuk disokong, apakah panduan dan standard yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai hal yang mengganggu ketenteraman suatu kaum atau tidak? Bagi pihak yang prokerajaan, mereka tentu akan menyokong bulat-bulat cadangan dan ketentuan yang dibuat oleh ahli pimpinan mereka. Manakala pihak yang lain pula (pandangan penulis), akan merasakan hal berbeza sekali gus tidak menyokong hal yang sedemikian dengan dakwaan bahawa akta yang dicadangkan tersebut hanya memberi kesempatan pihak kerajaan untuk “menundukkan” lawan mereka.

Bagi seorang muslim yang mempunyai akidah rasional yang disandarkan kepada wahyu ilahi, kita seharusnya tahu dan yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan manusia bukanlah dengan sia-sia. Tetapi penciptaan manusia berserta dengan apa yang ada di bumi adalah disertakan panduan (guide) oleh Allah SWT melalui Rasulullah saw. Allah SWT berfirman:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (QS Al-hujuraat[49]: 13)

Demikian lah Islam sebagai agama yang dapat menyelesaikan segala permasalahan yang muncul dalam kehidupan manusia termasuklah dalam masalah interaksi di antara manusia. Sebelum kedatangan islam, sesungguhnya masyarakat arab jahiliyah adalah masyarakat yang sangat parah dan tidak pernah hidup dalam perpaduan. Mereka bercerai berai dalam kelompok-kelompok tertentu. Mereka saling membanggakan nasab dan keturunan, serta saling mencerca nasab yang lain. Padahal, tanpa mereka sedari semua itu adalah suatu ikatan semu yang akan membinasakan mereka sendiri. Setalah itu datanglah islam, yang tidak mengenal erti ras, kaum, kabilah serta genetik manusia dalam pengabdiannya kepada Allah SWT. Ini kerana, islam tidak mengenal ikatan itu semua dalam erti perpaduan. Apa yang menyatupadukan manusia adalah ikatan akidah itu sendiri dengan semangat spiritual yang menjadikan individu itu seorang yang bertakwa di sisi tuhanNya.

Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya apa yang menimpa ketika ini iaitu kemunduran dan perpecahan adalah disebabkan kita telah jauh dari landasan sebenar. Kita telah mengabaikan penerapan islam di dalam kehidupan selam lebih 84 tahun setelah runtuhnya Daulah Islamiyah (Turki Uthmani) di tangan agen British Mustafa Kamal laknatullah (alaih). Oleh itu, untuk menyatupadukan semula umat manusia ini haruslah kita melihat bagaimana Rasulullah berjaya menyatupadukan manusia pada satu ketika dulu dalam satu sistem yang menjamin ketenteraman akal dan jiwa iaitu sistem islam. Sistem yang menerapkan islam secara kaffah dalam bernegara dan bukan menerapkan islam secara sebahagian-sebahagian.

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: