Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Pengkid Diharamkan, Yang Lain Bagaimana?

Posted by thinker on 25/10/2008

Gambar adalah hiasan semata
KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. (utusan Malaysia : 24 Oktober 2008)Apa yang dilakukan oleh Majlis fatwa tersebut amatlah baik dari pandangan islam kerana mengharamkan apa yang sememangnya diharamkan oleh islam. Perbuatan menukar watak dan kelakuan di antara lelaki dan wanita diharamkan syara’ berdasarkan hadis dari Rasulullah saw:

“Allah melaknat lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan wanita yang mengenakan pakaian lelaki.” (H.R. Abu Daud dan Hakim)

Dan di dalam hadis lain yang senada dengannya:

“Rasulullah SAW melaknat wanita-wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita.” (H.R. Bukhari)

Oleh itu, jelas bahawa sesungguhnya sebarang perlakuan yang sama ada lelaki atau wanita yang cuba menyerupai jantina lawan jenisnya, maka perbuatan tersebut dilarang sekali gus haram dan dilaknat oleh Allah SWT.

Ubahlah Semuanya

Namun di sebalik apa yang dilakukan oleh Majlis Fatwa tersebut, haruslah diketahui bahawa sesungguhnya apa yang dilarang Allah SWT bukan hanya perkara. Misalnya riba yang telah mengakar dalam sistem perekonomian kita, sistem sosial yang tidak menggunakan sandaran syara’, sistem pendidikan yang sekular, sistem pemerintahan kapitalisme dan banyak lagi yang perlu diperhatikan. Konklusinya, sistem yang diguna pakai oleh negara Malaysia kini adalah sistem sekular ciptaan penjajah atau lebih lebih tepat ciptaan akal manusia semata. Apa yang pasti, semua perkara (yang saya sebutkan di atas) tidak dapat dirubah serta-merta. Usaha untuk merubahnya pula bukanlah tugas majlis fatwa sahaja, tetapi ia adalah tugas kaum muslimin seluruhnya.

Perjalanan sebuah masyarakat di dalam sebuah negara adalah ibarat sebuah kapal yang sedang berlayar menuju sebuah destinasi bersama. Enjin, para pendayung, kualiti materi kapal dan layar kapal haruslah mempunyai kualiti yang tinggi untuk membawa penumpang yang ada di dalamnya dalam pelayaran yang aman dan cepat sampai ke tujuan. Ketinggian dan kualiti peradabannya pula adalah bersandarkan kepada sistem yang diguna pakai oleh sesebuah negara itu pula. Sebuah peradaban tidak akan muncul tatkala sebuah negara itu tidak mempunyai sistem ideologinya tersendiri. Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan British dan tidak lepas dari khazanah peninggalannya iaitu sebuah sistem yang telah menyingkap peradaban Eropah setelah zaman kegelapan iaitu sistem kapitalis yang berakidahkan sekularisme.

Mengubah semua apa yang disebutkan tadi haruslah dimulai oleh satu kelompok yang sedar (parti politik) akan tanggungjawab untuk mengemban dakwah di dalam masyarakat. Maka dalam hal ini, kelompok dakwah yang menyeru masyarakat ini haruslah mempunyai ciri-ciri khas agar mereka tidak hanyut oleh mainan politik yang ada, yang justeru akan mengakibatkan kelompok tersebut hilang ruhnya sebagai pembangkit umat. Ciri-ciri khas tersebut adalah:

Pertama, kelompok islam itu harus mempunyai fikrah (thought) islam untuk membangkitkan umat. Fikrah ini tidak boleh tercemari oleh fikrah-fikrah lain selain islam yang akan menghilangkan kemurniaan fikrah islam itu sendiri. Fikrah-fikrah yang sesat dan dilarang di dalam islam seperti sekularisme, pluarisme, demokrasi, HAM, separatisme dan lainnya haruslah ditangkis dan dijauhkan dari kelompok pembangkit (hizb an-nahdhah).

Kedua, mempunyai tharikah (metode) perjuangan yang jelas untuk membangkitkan umat dan mengharungi liku-liku perjuangan. Fikrah dan tharikah ini haruslah menyatu dan digenggam erat oleh kelompok islam tersebut tanpa adanya kompromi, walaupun secara lumrahnya bahawa parti islam akan dihadapkan oleh berbagai-bagai macam tawaran yang menggiurkan dan mengghairahkan. Dalam hal ini, kita haruslah melihat contoh agung sepanjang zaman iaitu Rasulullah saw. Beliau menolak tawaran kompromi kafir quraisy dengan sabdanya yang tegas, “Wahai paman, demi Allah, seandainya matahari diletakkan di tangan kanan-ku dan rembulan di tangan kiri-ku agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini. Aku tidak akan meninggalkannya hingga agama ini tegak atau aku mati kerana-Nya (membelaNya).

Ketiga, kelompok islam tersebut harus diemban (diperjuangkan) oleh orang-orang yang benar-benar sedar akan tanggungjawab (berdakwah) ini serta mereka haruslah mengenal fikrah dan tharikah perjuangan kelompok islam tersebut.

Keempat, anggota-anggota yang ada di dalam kelompok islam haruslah terikat oleh ikatan yang kiat dan benar sehingga mereka tidak mudah goyah dan berpecah. Ikatan yang kuat di antara anggota-anggota para pengemban dakwah inilah yang akan memperkuatkan lagi perjuangan di dalam kutlah (kelompok) tersebut.

Islam Itu Syumul

Oleh itu, untuk mengubah kualiti masyarakat kini yang sememangnya telah jauh dari islam adalah dengan mengubah cara hidup keseluruhannya. Sistem kapitalis yang bersandarkan akal semata ditukar dengan sistem islam yang bersandarkan wahyu ilahi. Sejarah telah membuktikan sepanjang 800 tahun dahulu bahawa umat manusia pernah melewati zaman yang penuh gilang-gemilang di bawah naungan pemerintahan islam. Baik muslim atau non-muslim, mereka diperlakukan dengan seadilnya mengikut ketentuan hukum yang datangnya dari Allah SWT. Negara-negara lain pada saat itu banyak yang datang ke dalam Negara Islam untuk belajar apa sahaja yang telah ditemukan oleh ilmuwan islam.

Islam adalah agama (deen) yang lengkap dalam segala aspek dan tidak perlu mengambil fikrah luar untuk memperlengkapnya, kerana hal itu akan menjerumuskan umat islam dalam kehinaan seperti yang dialami saat ini di seluruh dunia. Umat islam di seluruh dunia menjadi permainan barat (baca : musuh islam). Ketika barat melaungkan slogan-slogan itu dan ini, apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin islam adalah membebek dan mengikut telunjuk mereka, dan mereka terikut rentak yang dirancangkan oleh mereka ke atas kaum muslimin. Para politikus pula hanya asik sibuk dengan kepentingan masing-masing tanpa melihat perjuangan mereka yang sebenar untuk membangkitkan umat ini. Masyarakat islam pula yang menjadi objek tuduhan adalah yang menjadi mangsa dan mengakibatkan kelompok-kelompok yang ikhlas dan berjuang di pihak kaum muslimin dituduh dengan pelbagai label yang negatif agar opini dunia tidak memihak mereka.

Wahai kaum muslimin, marilah kita mengorak langkah untuk membangkitkan umat yang sedang layu dan nyenyak dalam buaian lena ini agar bangkit untuk memperjuangkan deen islam ini. Jangalanlah hanya mengambil satu dan meninggalkan yang lainnya, tetapi ambillah semuanya apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Haramkanlah apa yang diharamkan oleh Allah SWT, dan halalkanlah apa yang dihalalkan oleh SWT pula. Marilah kita menuju sebuah kebangkitan yang sebenar iaitu denagn merubah tahap berfikir yang rendah dengan tahap berfikir yang tinggi dan cemerlang iaitu dengan cara berfikir islam. Menggunakan landasan dan kaedah yang telah digariskan oleh syara’ tanpa adanya kompromi. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: