Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Children Of Heaven – Filem Evergreen Buatku

Posted by thinker on 02/12/2008


Jika ditanya kepada saya, filem apakah yang pernah membuat saya ‘terkesan’ ketika menontonnya, dek kerana jalan ceritanya yang sangat menyentuh hati dan mengesankan. Saya tidak ingat waktu sebenar saya menontonnya satu ketika dulu, maybe sekitar tahun 1999 iaitu setahun setelah filem tersebut ditayangkan dan mendapat award. Walau ia cerita yang sudah agak lama, namun filem tersebut masih di dalam ingatan saya. Saya, satu ketika dulu menontonnya di rumah teman, dan terasa auranya sehingga kini. saya mendapati bahawa filem ini tidak menggunakan dana yang tinggi seperti filem-filem hollywood atau bollywood. Namun, sinopsis dan plot ceritanya sungguh mengagumkan. Jika ada tanggapan bahawa filem yang bermutu itu perlu biaya yang besar, maka filem Children Of Heaven ini telah membuktikan sebaliknya sekali gus memberi jawapan sebenar, apa makna sebuah filem yang bermutu itu. Ia bukanlah terletak pada aktor dan aktresnya yang tampan dan jelita, atau keindahan latar tempat yang disunting seperti kebiasaan filem-filem grand hollywood dan bollywood, tetapi kunci kepada kesuksesan filem itu adalah terletak kepada bagaimana filem itu berjaya ‘hidup’ di sisi psikologi kehidupan manusia. Ah, terlalu berbasi basi. Saya tidaklah layak memberi komen lanjut berkenaan sesuatu filem, kerana saya bukanlah ‘ahlinya’, Cuma saya adalah salah seorang pengamat filem antarabangsa, haha. Kren banget bahasanya kan.

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi filem yang penuh dengan nilai-nilai kehidupan di tengah-tengah kesempitan hidup dan liku-liku kehidupan di Iran. Jangan sampai filem yang bagus ini tidak pernah didengar oleh kita, walhal filem-filem yang kosong alias tidak bermutu berlambak di pasaran dan digemakan oleh media massa, sehingga anak-anak kita semua mengenalnya. Walau ini adalah cerita yang dihasilkan di timur tengah sana, namun ia selayaknya kita mengetahui dan menontonnya.

Guys, its very dramatic. Ia bermula apabila Ali (seorang budak – watak utama) berjumpa dengan tukang kasut untuk memperbaiki kasut adiknya. Dalam perjalanan pulang, Ali singgah di kedai runcit untuk membeli barang, dan meletakkan k
asut adiknya (yang baru dibaiki) di celah-celah kotak luar kedai runcit tersebut. Tanpa disedari, kasutnya itu telah dipungut oleh pemungut sampah. Di sinilah titik dan babak yang menghidupkan cerita ini. Disebabkan kasut adiknya yang hilang tersebut, kasutnya pula terpaksa digunakan oleh adiknya untuk ke sekolah (pada sebelah pagi), dan adiknya akan berlari sepantasnya untuk digunakan oleh Ali ke sekolah pada sesi petang. Semua ini berlarutan tanpa pengetahuan orang tua mereka, walaupun pernah sekali adiknya iaitu Fatimah akan memberitahu ayahnya tentang kehilangan kasutnya itu, namun ia hanya sekadar ucapan, kerana dia tidak sanggup melihat ayahnya susah dan meminjam wang kerana masalah mereka. Wow, babak ini telah menyentuh hati saya.

Pada suatu hari, guru disiplin sekolah Ali, telah bersedia untuk menghukum Ali yang telah beberapa hari ia perasan akan kelewatannya. Dia menyuruh Ali pulang dan menyuruh orang tuanya berjumpa dengannya untuk membincangkan masalah kelewatan Ali, hampir setiap hari. Walau Ali menangis dan merayu agar dimaafkannya dan tidak mengulanginya, tetapi guru disiplin tersebut tetap menyuruh ia pulang. Namun guru kelasnya yang kebetulan terserempak di luar, cuba berbincang dengan guru disiplin tersebut agar dimaafkan, dengan alasan bahawa Ali adalah seorang budak yang baik dan cemerlang di dalam kelas. Ali pernah mendapatkan sebatang pen yang elegan dari gurunya kerana markah ujiannya yang tinggi di dalam kelas. Lalu, pen tersebut diberikan kepada adiknya, untuk memberi kegembiraan sementara kepada adiknya kerana ia merasa bersalah di atas kehilangan kasut adiknya itu. Di antara adegan yang saspens di dalam filem ini ialah ketika Fatimah berlari pulang dari sekolah (sebab nak cepat bagi kasut pada abangnya), tiba-tiba kasutnya terlucut masuk ke longkang dan dihanyutkan sehingga sangkut di dalam ‘terowong longkang’. Ia menangis sedih. Nasib baik ada seorang tua menolongnya menjolok kasut yang tersangkut itu, lalu dikaup oleh pembersih longkang.


Suatu hari, Fatimah ternampak seorang yang memakai kasutnya yang hilang itu ketika dalam perhimpunan di sekolahnya. Lalu, dia mengekori perempuan itu sehingga ke rumahnya. Niat untuk meminta kasutnya itu dibatalkan oleh mereka berdua yang datang pada waktu lain, kerana melihat kondisi ayah perempuan itu yang buta. Di hari yang lain pula, ketika Fatimah berlari pulang, pen yang diberikan abangnya tercicir dan dijumpai oleh perempuan sama diekorinya pada hari sebelumnya. Pada hari berikutnya, mereka berjalan bersama ketika hendak ke sekolah. Namun, Fatimah berasa terkejut apabila perempuan kasutnya sudah tidak dipakai oleh perempuan itu, tetapi ia telah dibuang kerana ayahnya telah membelikan kasut yang baru. Sangat sedih, tetapi Fatimah tidak dapat berkata apa-apa.

Musim peperiksaan telah berakhir, dan sekolah Ali mengadakan saringan bagi pemilihan untuk peserta lumba lari bagi mewakili sekolahnya (entahlah, peringkat daerah, negeri atau negara). Pada mulanya Ali tidaklah tertarik untuk mengikuti pemilihan tersebut, namun setelah melihat hadiah bagi pemenang ke-3 adalah sepasang kasut, lalu dia mengubah niat untuk menyertainya. Walau ia sudah terlewat, dan guru sukan tersebut menghalaunya, Ali merayu dan menangis agar diberi peluang untuk diuji kepantasannya. Akhirnya Ali diuji, dan hasilnya sangat menakjubkan guru sukan itu, yang melayakkannya antara 6 pelajar di sekolah tersebut.

Anda nak tahu, aneh kan bagi seorang yang menyertai mana-mana pertandingan tetapi ingin tempat ke-3, tidak pertama. Haha. Ia semata-mata kerana sepasang kasut. Ali berlari sekuatnya sehingga mendahului, namun ia memperlahankan lariannya semata-mata untuk menempatkan dirinya di posisi ke-3, dan tidak pertama. Perkara yang dramatik sekali lagi berlaku. Ali terjatuh kerana ditolak oleh pelari di belakangnya. Namun, dia cuba bangkit dan mengejar peserta lainnya tanpa memandang kiri dan kanan, depan atau belakang, kerana ia teringatkan adiknya dan khuatir tidak menang posisi ke-3. Tetapi apa yang berlaku? Tidak disangka, Ali telah menjuarai posisi pertama di dalam pertandingan tersebut.

Ia pulang dengan perasaan hampa, dan dilihat oleh adiknya Fatimah. Ia membuka kasutnya, dan melihat kakinya yang luka hampir di seluruh bahagian. Direndam kakinya di dalam kolam depan rumahnya yang dipenuhi oleh ikan-ikan peliharaannya. And then… TAMAT!

Kelihatannya, filem ini seperti tergantung. Tetapi saya yakin, ia mempunyai motif tersendiri. Diharap filem seperti dapat dihasilkan lagi oleh pengkarya filem di seluruh dunia, sekali gus mengalahkan lambakan filem-filem ‘kosong’ yang memenuhi kaca-kaca televisyen masa kini. sekadar perkongsian.

Wallahu’alam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: