Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Adakah Mereka Tahu Tentang Palestin?

Posted by thinker on 02/02/2009


Pada 31 januari, saya telah menghadiri “Malam Suara Kemanusiaan Palestine” di Dataran Awam Petaling Jaya (Berhadapan Dengan Amcorp Mall) Anjuran: Jim, Karisma, & Pace. Penulis tiba seawal jam 20.00, walau forum dimulakan pada jam 21.00. Sekitar jam 20.45, orang ramai mulai mengisi ruang-ruang majlis. Di sekitar banner signature for Palestin pula, muda-mudi mula menulis signature dihiasi dengan slogan-slogan masing-masing. Slogan-slogan yang dapat saya tekap dalam memori yang rendah ni ialah seperti, “STOP ABSURDITIES, STOP HATING, Free Palestine”, “palestine is our country”, “palestin akan bebas satu hari nanti!”, “Hapuskan Kekejaman Israel”, dan banyak lagi. Sungguh, ia slogan yang beraneka ragam, ekspresi dari kekejaman Sang Yahudi. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengekspresikan apa yang terbuku di hati & sanubari (teka sendiri, apa yang saya tulis).

Tidak banyak perbezaan yang saya lihat. Majlis ini juga lebih kurang sama dengan majlis-majlis yang dianjurkan di mana-mana (kebanyakan). Dari riak wajah dan perwatakan pengunjung yang hadir, sepertinya tujuan mereka datang hendak enjoy atau berpesta (moga saja, andaian saya silap). Satu kumpulan, yang membuat satu bulatan kecil bersorak dengan beberapa slogan, yang tidak mencerminkan pemikiran sebuah solusi dari islam. Beberapa family datang, mundar-mandir di jejeran kedai-kedai yang ada di situ. Kelihatan beberapa muslimah (dalam kelompok) berborak-borak, seperti baru ditemukan setelah terpisah selama 10 tahun. AJK majlis sibuk berbincang, mengedar leaflet, mengurus pentas. Suasana yang biasa dan sudah boleh diagak.

Dalam kesesakan orang ramai, saya sempat menemu ramah salah seorang AJK majlis tentang isu yang berkait pada mala itu, iaitu isu Gaza & Palestin. Dengan lagak seperti seorang wartawan, memegang buku catatan, lalu saya perkenalkan diri saya dan bertanya terus kepadanya;

“Apakah pendapat adik (nampak lebih muda dari saya) tentang isu Gaza dan Palestin ni? Adakah cukup dengan memberi bantuan dana dan perubatan? Atau macam mana, solusi sebenar di sisi islam?”

“aaa… mmm… dana dan bantuan perubatan tu juga dapat membantu. Tapi, yang lebih penting adalah, kita harus mula daripada diri sendiri. kalau diri umat islam tu baik, insyaAllah sumernya akan jadi baik”

Begitulah, temu bual ringkas yang saya jalankan. Walau ia hanya jawapan dari seorang, namun ia sudah cukup menggambarkan tentang realiti masyarakat kini (yang majoriti) yang seolah-olah mengaku bahawa mereka prihatin terhadap isu umat islam, padahal tidak. Mereka berlagak seperti hero-hero umat islam, padahal mereka sebahagian dari umat yang mengecewakan. Mereka lantang berbicara sini dan sana, kiri dan kanan, atas dan bawah, malah mereka diperkukuh dengan segala macam aktiviti-aktiviti yang bersangkut tentang isu umat islam. Tapi, apa yang mereka hasilkan? Hanya fakta tanpa rasa. Hanya persoalan tanpa jawapan. Hanya masalah tanpa penyelesaian. Apakah ia bermakna? Fikirkan!

Guys and friends, cuba fikirkan. Jika ibu dan bapa kalian mati di hadapan kalian akibat dari serangan zionis, apakah perubatan yang kalian mahukan? Jika tanah halaman kalian dirampas oleh zionis, adakah dana yang kalian impikan? Jika agama suci kalian dicemarkan dan dihinakan oleh zionis, adakah hanya doa & solat hajat yang kalian pohonkan untuk menegakkan agama suci ini? Sedarlah dari mimpi-mimpi kalian itu. Bangunlah dari tidur nyenyak kalian itu. Insafilah tentang kefahaman yang kalian agungkan dan dambakan selama ini, yang justeru bukanlah hadir dari penyelesaian dari tuhanmu yang Maha Benar, lagi Maha Bijaksana.

Bukankah kita punya rasul sebagai suri dan teladan. Bukankah orang-orang soleh setelahnya, telah menunjukkan kepada kita tentang kemenangan yang diperoleh setelah mengambil penyelesaian dari tuhan yang maha esa. Umar Al-Khattab & Salehuddin Al-Aiyubi sebagai pembuka dan penakluk negara Palestin, adalah contoh kepada kita bahawa mereka tidak mengambil penyelesaian selain dari apa yang ditunjukkan oleh baginda nabi, iaitu dengan Jihad dan Daulah Islam! Bukan yang lainnya.

Wallahu’alam…

One Response to “Adakah Mereka Tahu Tentang Palestin?”

  1. lanterajiwa said

    salam….

    Tempahan T-Shirt KERANDA 152

    Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh akhir tempahan t-shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu) di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.

    Informasi t-shirt :

    * Saiz XS, S, M, L dan XL.
    * Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
    * T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.

    T-shirt warna putih

    * Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
    * Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

    T-shirt warna hitam

    * Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
    * Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

    Kos biaya hantar

    * RM 5.00 (semenanjung Malaysia)

    Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

    Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
    nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)…

    Tarikh akhir tempahan : 04 Februari 2009 (Rabu)

    T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009 (Khamis)

    http://lantera-jiwa.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: