Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Coretan Sang Penulis

Posted by thinker on 19/03/2009

dsc04296

Assalamualaikum War. Wab.

Segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pemilik seluruh jagat raya semesta alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, Rasul tercinta yang telah menumpahkan segenap usaha dan tenaganya atas jalur dakwah dan perjuangan islam. Bagi mereka yang telah mengecapi nikmatnya iman,  dan bernafas dalam udara taqwa dan perjuangan islami, tiada kata yang lebih pantas melainkan rasa syukur sebesarnya ke hadrat ilahi di atas limpah kurnia hidayah yang diberikan ke atas kita. Sikap tawaddhu’ dan qanaah seharusnya membingkai sahsiyah keperibadian hamba yang bergelar muslim di muka bumi, dan bukan kesombongan yang diselingi rasa ria’ dan ‘ujub, Naudzubillah Min Syarri Dzalik.

Di atas situasi yang kurang enak berlaku semenjak kebelakangan ini di dalam blog-blog ikhwan, iaitu terjadinya saling balas membalas pelbagai permasalahan dan khilaf (perselisihan) yang berakibat terjadinya sesuatu yang tidak sepatutnya diinginkan, seperti tuduh menuduh, fitnah memfitnah, caci mencaci dan yang senada dengannya. Jadi, saya melihat ia merupakan satu nuansa yang tidak sihat sekali gus menciptakan atmosfera yang dilarang di dalam islam, dan saya perlu untuk menuliskan beberapa point tentang tatacara ketika memberi komen di dalam blog ini, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Secara peribadi, saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja, tanpa melihat status antum jika sudi berbahagi rasa dan citra, ketika berkomentar ataupun tatkala memberi saran. Saya merasa bahagia, jika diberi kepercayaan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dihadapi para pengunjung. Semoga apa yang saya nukilkan benar-benar bermanfaat dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Berkenaan dengan hal ini, saya ingin menegaskan beberapa point penting berkenaan tentang kapasiti blog ini dan fungsinya secara langsung.

Pertama, perlu saya tegaskan bahawa blog ini bukan milik Hizbut Tahrir. Saya adalah sebahagian dari kaum muslimin yang berjuang untuk menegakkan syariah dan khilafah. Oleh karena itu, berbagai pertanyaan dan komentar tentang Hizbut Tahrir kurang tepat jika dikirimkan di dalam blog ini. Pertanyaan yang sesuai untuk dikirimkan kepada saya adalah berupa apa-apa yang bersifat umum, atau secara spesifik berkenaan tentang segala problematika kehidupan. Ia boleh terus di emailkan kepada saya di email peribadi saya besz_thinker@yahoo.com, atau boleh post secara terus di dalam posting blog yang berkenaan dengan tajuknya. Jawapan-jawapan saya pula, tidak mewakili mana-mana jemaah islam atau Hizbut Tahrir, melainkan pendapat peribadi saya, yang saya garap dari pemahaman yang saya fikir paling kuat dari sumber hukum dan kekuatan dalilnya.

Namun, saya sebagai manusia biasa yang masih merangkak dalam cahaya kebenaran, adalah amat dimaklumi bahawa saya bukanlah seorang Ustaz yang mempunyai gagasan ilmu setinggi langit, atau mempunyai pemikiran sedalam keraknya bumi. Saya manusia biasa, yang sudah barang pasti banyak kelemahan dan khilaf dalam mengeluarkan pendapat. Jadi, dalam hal ini, saya mohon teguran dari sesiapa yang mengesan kesalahan tersebut, dengan teguran yang paling baik dan berhikmah. Jika saya tidak mampu menjawab, mohon pula bagi sesiapa yang layak, untuk menjawabnya sesuai dengan kapasiti ilmu yang dimilikinya.

Kedua, saya berharap pengunjung menjaga etika selama bersosialisasi di dalam blog ini dan ketika memberi email. Dimohon untuk tidak mengirimkan komentar yang sama sekali tidak berkaitan cakupan perbincangan, agar perbincangan masih terjaga citranya. Sebarang cemuh mencemuh pergerakan islam lainnya, amatlah dilarang. yang dibolehkan ketika mengkritik adalah sebarang pemahaman (fikrah) yang sememangnya bertentangan dengan islam. Dan ia juga, perlu disertakan dengan hujah dan argumentasi syar’e, agar diskusi masih boleh berjalan dengan nuansa islami, tanpa berbau permusuhan dan berbasis bias yang mengundang murka Allah SWT. Posting yang berisi muatan bisnes saya izinkan, namun dengan catatan “tidak bertentangan dengan syariah Islam, baik produknya mahupun sistem jual-belinya”. Iklan bisnis Forex, money game, MLM, saham, dan lain-lain tidak saya izinkan sama sekali di sini.

Ketiga, sesuai dengan falsafah keilmuan islam, bahawa tiada hak cipta di dalam Islam (No Copyright In Islam). Jadi, para pengguna dibolehkan untuk copy-paste sebarang artikel yang ada di dalam blog ini, tanpa perlu adanya izin dari saya. Tapi, jika pengguna meletakkan sumbernya sekali, amatlah saya hargai sebesarnya. Dan, jika bloggers atau pengelola website lain ingin meletakkan alamat blog saya (link) di dalam link kalian, adalah amat saya alu-alukan sebesarnya. Sebarang perkongsian amat saya hargai dan alu-alukan. Semoga ukhwah islamiyah tetap kuat di antara kita sesama muslim.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih sebesarnya di atas sedikit waktu untuk membaca tulisan saya ini. Mohon jangan disalah erti atau ditafsir dengan penafsiran yang berbasis bias. Semoga dengan sekecil-sekecil amal kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, dinilai sebagai ibadah sekali gus amal soleh oleh Allah SWT. Saya berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua ditunjukkan dengan jalan yang lurus, dan dihindarkan dari segala macam bisikan syaitan. Ameen

Saudaramu, Thinker @ Ibnu Ma’ruf

Wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: