Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Hukum : Bekerja Menjual Pakaian Seksi

Posted by thinker on 20/03/2009

fesyen

Pertanyaan:

Assalamualaikum, Saya bekerja di sebuah syarikat yang menjual pakaian seksi wanita di ibu kota. Saya seorang wanita yang menjaga adab dan kesopanan termasuklah dalam bab bertudung. Jadi, saya ingin bertanya kepada saudara thinker berkenaan hukum menjual pakaian seksi bagi saya. Adakah ianya suatu perkejaan yang haram, atau diperbolehkan dalam keadaan tertentu. Mohon diperjelaskan.

Terima kasih, Hamba Allah

Jawapan:

Dalam hal ini, hukum pekerjaan adalah bergantung pada hukum perkhidmatan (service) yang kita berikan kepada  sesuatu perusahaan/perniagaan, iaitu menjual pakaian seksi untuk perempuan. Dalam hal ini terdapat satu kaidah fiqih yang menyatakan :

Laa tajuuzu ijaratul ajiir fiimaa manfa’utuhu muharramah

Tidak boleh membuat kontrak (akad) tenaga kerja pada perkhidmatan (manfaat) yang diharamkan.” (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Iqtishadi fi Al-Islam, [Beirut : Darul Ummah], 1990, hal. 93).

Untuk menerapkan kaidah fiqih itu pada situasi yang diperbicangkan, harus diketahui lebih dahulu hukum menjual pakaian seksi bagi perempuan. Apakah jual beli itu boleh atau memang telah diharamkan syara’?

Untuk menjawabnya ada satu kaidah fiqih lain yang khusus berkaitan dengan jual beli, iaitu :

Kullu bai’in a’aana ‘ala ma’shiyatin haraam

“Setiap-tiap jual beli yang menolong kemaksiatan, hukumnya haram” (Lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, [Beirut : Dar Ibn Hazm], 2000, hal. 1035-1036)

Berdasarkan kaedah itu, haram hukumnya menjual anggur kepada orang yang akan membuatnya menjadi khamr. Contoh yang lain adalah, haram juga hukumnya menjual pisau kepada orang yang akan menggunakannya untuk membunuh atau merompak. Sebaliknya, tidaklah haram menjual anggur kepada orang yang akan memakannya secara langsung, dan tidak dibuat menjadi khamr. Tidak haram pula menjual pisau kepada orang yang akan menjadikannya sebagai alat memasak, bukan sebagai alat kejahatan. Demikian seterusnya.

Maka dari itu, hukum menjual baju seksi perempuan mempunyai perincian (tafshiil) seperti berikut :

  1. Haram, jika akan menjerumuskan perempuan ke dalam kemaksiatan, misalnya dipakai (digunakan) di tempat umum, seperti di pasar, kampus, dan lain sebagainya.
  2. Mubah, jika tidak menjerumuskan perempuan ke dalam kemaksiatan, misalnya ia tidak dipakai (digunakan) kecuali di hadapan suaminya di rumah atau kamar.

Dalam hal ini cukup ada dugaan kuat (ghalabat azh-zhann), apakah seorang pembeli perempuan akan memakainya dalam kemaksiatan atau ketaatan. Sebab dalam istinbath dan tahthbiq (penerapan) hukum syara’ dalam realiti tidaklah diwajibkan adanya kepastian (qath’i), melainkan cukup dengan dugaan (zhann) saja (Imam Izzuddin bin Abdis Salam, Qawa’id Al-Ahkam fi Mashalih Al-Anam, [Beirut : Darul Kutub Al-Ilmiyah], 1999, Juz I hal. 7).

Oleh karena itu, jika pembelinya wanita muslimah yang berbusana muslimah, iaitu jilbab [jubah] dan khimar [kerudung], bererti sangat diduga kuat dia tidak akan menggunakan baju seksi yang dibelinya di tempat umum. Tapi jika pembelinya adalah seorang wanita yang cara berbusananya saja sudah tidak benar menurut syara’, misalnya mengenakan t-shirt dan seluar jeans ketat, serta tidak memakai khimar, maka diduga kuat dia akan memakai baju seksi yang dibelinya dalam kemaksiatan.

Namun mengingat masyarakat sekarang adalah masyarakat yang rosak, iaitu lebih banyak perempuan muslimah yang tidak taat daripada yang taat, maka sangat kuat digaan saya untuk menyatakan bahwa hukum menjual baju seksi perempuan akan lebih banyak haramnya daripada halalnya. Sebab akan lebih banyak yang memakainya dalam kemaksiatan daripada ketaatan.

Jika hukum haram dan halal berkumpul dalam satu keadaan (dalam hal ini menjual baju seksi perempuan), dan ada dugaan kuat lebih banyak haramnya daripada halalnya, maka adalah ditegaskan bahawa menjual baju seksi perempuan saat ini adalah haram hukumnya secara syar’i. Kaidah fiqih menyebutkan :

Idza ijtama’a al-halal wa al-haram ghalaba al-haramu

“Jika halal dan haram bertemu, maka yang haram itu yang menang [lebih kuat].” (Imam As-Suyuthi, Al-Asybah wa An-Nazha`ir fi Al-Furu`, [Semarang : Maktabah Usaha Keluarga], hal. 74).

Jika hukum menjual baju seksi perempuan saat ini hukumnya haram, maka dengan sendirinya menjadi jelas bahawa tidak sah akad ijarah (perkhidmatan) yang kita lakukan dengan setiap perniagaan yang seumpamanya. Ini kerana, perkhidmatan yang kita berikan kepada sesuatu perniagaan adalah perkhidmatan yang diharamkan oleh syara’, bukan perkhidmatan yang dihalalkan syara’.

Kesimpulannya secara umum, bekerja di factory outlet yang menjual pakaian seksi perempuan hukumnya adalah haram. Gaji yang diperolehinya pula tidak halal, tidak barakah, dan bahkan hanya menjadi dosa di sisi Allah jika dibelanjakan. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa mengumpulkan harta dari jalan yang haram, kemudian dia sedekahkan harta itu, maka dia tidak akan mendapat pahala dan bahkan dia mendapat dosanya.” (HR Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan al-Hakim).

Wallahu a’lam

7 Responses to “Hukum : Bekerja Menjual Pakaian Seksi”

  1. wuzara said

    Salam…

    Pandangan ringkas saya.

    Hukum bagi pakaian seksi———-> hukum benda, halal
    Menjual benda yang halal ———> halal

    Kaedah syara’ yang ditabanni Hizbut Tahrir dalam muqadimat dustur

    Wasilah yang membawa perkara yang haram adalah haram

    Digunanakan dengan 2 ketetapan

    a) Yang memang haram
    b) Secara pasti membawa keharaman

    Menjual pakaian seksi kepada seseorang, tetapi tanpa pasti ia digunakan secara yang haram, hukumnya adalah haram. Contoh ‘pasti’ adalah apabila pembeli tersebut memberitahu sendiri baju ini nak digunakan untuk majlis hari jadi yang ada lelaki bukan mahram. Ia tidak boleh berdasarkan dzan.

  2. wuzara said

    Terdapat kesalahan typing pada posting yang sebelum ini pada perenggan yang terakhir. Pembetulannya begini.

    Salam…

    Pandangan ringkas saya.

    Hukum bagi pakaian seksi———-> hukum benda, halal
    Menjual benda yang halal ———> halal

    Kaedah syara’ yang ditabanni Hizbut Tahrir dalam muqadimat dustur

    Wasilah yang membawa perkara yang haram adalah haram

    Digunanakan dengan 2 ketetapan

    a) Yang memang haram
    b) Secara pasti membawa keharaman

    Menjual pakaian seksi kepada seseorang, tetapi tanpa pasti ia digunakan secara yang haram(mendedah aurat), hukumnya adalah halal. Contoh ‘pasti’ adalah apabila pembeli tersebut memberitahu sendiri baju ini nak digunakan untuk majlis hari jadi yang ada lelaki bukan mahram. Ia tidak boleh berdasarkan dzan.

  3. cinta indonesia said

    bagai mana dengan hukum menjual baju yang tidak menutup aurat, tapi tidak ketat

    • Ana said

      dah jelas jwpn ada pd soalan nye…”tidak menutup aurat” ketat tu salah 1 ciri2 pkaian yg tdk menutup aurat…

  4. オテモニャン said

    5n26jjk

    すっごいよ!
    オナニー
    オナニー
    逆援助
    SEX
    フェラチオ
    ソープ
    逆援助
    出張ホスト
    手コキ
    おっぱい
    フェラチオ
    中出し
    セックス
    デリヘル
    包茎
    逆援
    性欲

  5. hensa said

    bagaimana hukum mendesign sebuah mobile app yang dimana mobile app tersebut bertujuan untuk menjual baju yg tidak syar’i? dan apakah akan terkena dosa yg berkelanjutan? mohon pencerahannya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: