Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kalimat Allah – Adakah Hanya Kalimat?

Posted by thinker on 20/03/2009

alquran

Isu berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh orang yang bukan islam nampaknya belum kunjung tiba. Pelbagai polemik dan perbincangan yang mana, masing-masing pihak mempunyai argumentasi sendiri. Yang terbaru, MAIS ingin menyaman Majlis Peguam kerana mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman web badan itu baru-baru ini. (Utusan Malaysia 20/3/2009)

Saya tidak berniat untuk mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MAIS dalam usahanya menjaga sensisitivit dan citra islam dalam penggunaan kalimat Allah. Tetapi, saya ingin menyeru kepada semua pihak, khususnya badan kerajaan yang terlibat agar membuka pandangan dan keilmuan kita terhadap isu ini dalam perspektif yang lebih luas lagi. Persoalan yang ingin saya munculkan cuma satu, iaitu:

Adakah Kalimat Sahaja Yang Kita Perhatikan?

Bagaimana dengan penerapan hukum sekular yang secara terang-terangan bertentangan dengan islam itu sendiri. Bahkan sekali gus menghina dan merendahkan agama suci islam itu sendiri. Bukankah Allah SWT berfirman di dalam secara jelas berkenaannya:

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (al-Maidah:44)

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (al-Maidah:45)

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik (al-Maidah:47)

Seharusnya, umat islam keseluruhannya tidak terpengaruh dengan polemik diskusi perbicangan mengenai kalimat Allah itu. Seharusnya kita sudah jelas dan maklum bahawa tuhan dalam agama Kristian bukanlah tuhan yang Maha Esa sepertimana yang disebutkan oleh Al-quranul karim. Lalu, tidak perlu timbul persepsi meleret-leret yang seolah-olah tidak kunjung tiba. Apa yang perlu difokuskan adalah, bagaimana seharusnya agama islam yang pernah dibawa oleh Sang Rasul utusan Allah SWT itu diamalkan di dalam kehidupan. Adakah cukup dengan menjaga kalimat Allah SWT? Bagaimana dengan hukum syariatnya? yang perlu diterapkan di tengah-tengan kehidupan. Jika tidak menerapkannya pula adalah suatu yang pasti adalah penghinaan besar kepada agama sekali gus kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh” (TQS An-Nisa'[4]: 60)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: