Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Trilogi Makrifat Cinta (Part 3 Final)

Posted by thinker on 20/03/2009

makrifat-cinta

Adat menjadi penulis, pasti ada yang mengkritik. Kali ini, teman saya mengkritik akibat penulisan saya yang agak panjang lebar, dan mengungkap segala isi sinopsis dalam 2 resensi novel Makrifat Cinta sebelum ini. Ok, sori friend. Alur ceritanya sangat enak dan melingkari sayap-sayap perenungan, sehingga saya tidak menemukan jalan untuk meringkaskannya, melainkan menuliskannya dengan panjang lebar, agar kalian juga dapat mafhum yang saya dapatkan. Semuanya adalah untuk mencari makna sebuah hikmah di dalam kehidupan kita.

=================<>===================

Novel Ketiga – Makrifat Cinta

Sinopsis akhir,

Setelah genap 3 tahun Iqbal Maulana meninggalkan Pondok Tegal Jadin, dia kemudiannya telah kembali ke pusat pengajian tersebut sebagaimana yang telah dijanjikannya dengan Kiai Sepuh sewaktu dia diarahkan untuk keluar dari pondok tersebut 3 tahun lalu.

Iqbal yang diiringi bersama kumpulan Ashabul Kahfi, penyanyi jalanan yang telah mendapat hidayah Allah SWT ditemani oleh Tuan Burhan, Puan Lela, makcik Jamilah, Fatimah, Firman dan Indri meninggalkan Banjarnegara demi memenuhi janji Iqbal serta menyatukan jiwa di atas nama cinta Tuhan.

Ketibaan Iqbal ke pondok Tegal Jadin bersama rombongannya telah memberikan kejutan kepada Kiai Subadar, Kiai Sepuh dan seluruh isi pondok tersebut. Namun Iqbal juga turut menerima kejutan apabila diberitahu oleh Ihsan bahawa Rakhmat menderita sakit yang tidak diketahui sebabnya semenjak Iqbal meninggalkan pondok tersebut 3 tahun yang lalu.

Ihsan memberitahu, Rahkmat menderita sakit akibat penyesalan terhadap perbuatannya kepada Iqbal 3 tahun dulu yang menyebabkan Iqbal diarah meninggalkan pusat pengajian tersebut. Iqbal turut bersedih melihat keadaan Rahkmat, seorang yang dihormati suatu ketika dahulu kini terlantar kurus di pembaringan. Namun begitu, Rakhmat sempat mendengar sendiri perkataan maaf dari Iqbal sebagai membuktikan Iqbal telah memaafkannya. Rakhmat kemudiannya menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan Iqbal sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci dari Iqbal.

Bukan sekadar pemergian Rakhmat yang mendukacitakan Iqbal, namun wasiatnya supaya Iqbal menjaga A’isyah puteri Kiai Subadar juga turut membebankan fikirannya. Sebelum ini Kiai Sepuh telah menyarankan supaya Iqbal mengahwini tiga orang gadis serentak iaitu Zaenab, Priscilla dan Khaura. Wasiat Rakhmat itu menjadi salah satu penyebab pernikahan Iqbal dengan ketiga-tiga gadis itu tertangguh kerana mencari jalan penyelesaian terhadap wasiat tersebut. Sehinggalah perbincangannya dengan Irsyad, pemuda yang bertanggungjawab membimbingnya ke jalan mencari Tuhan yang telah lama ditinggalkannya. Bagi Irsyad, menjaga A’isyah sebagaimana wasiat Rahkmat tidak bererti menikahinya tapi ia juga membawa maksud menjaga imannya dan akhlaknya. Bagi Irsyad, mencari lelaki untuk menggantikan Rahkmat sebagai cinta hati A’isyah juga termasuk dalam menjaga A’isyah.

Setelah mendapat jawapan tersebut, perasaan Iqbal menjadi sedikit tenang kerana satu dari masalahnya telah selesai. Namun begitu, timbul masalah lain pula iaitu mengenai siapakah lelaki yang layak menggantikan Rahkmat di hati A’isyah. Tapi persoalan itu tidak lama menghantui fikirannya bila tiba-tiba dia teringatkan Ihsan, satu-satunya pemuda yang bersimpati dengannya dalam kejadian 3 tahun yang lalu. Baginya, Ihsan hampir-hampir menyamai sifat dan sikap yang ada pada Rahkmat dan dia memang layak untuk mendiami hati A’isyah.

Jiwa dan perasaan Iqbal terus menjadi nanar untuk membuat pilihan di antara ketiga-tiga gadis tersebut. Mestikah dia menikahi ketiga-tiga gadis itu serentak ataupun memilih salah seorang dari mereka itu? Sehinggalah dia menyerahkan urusan tersebut kepada Kiai Sepuh untuk memilih calon isteri dari kalangan ketiga-tiga gadis tersebut. Manakala Kiai Sepuh telah memberikan tempoh selama dua hari kepada Iqbal untuk mencari mahar bagi pernikahannya nanti.

Siapakah yang bakal dinikahi oleh Iqbal Maulana? Adakah Zaenab, gadis bertudung biru yang sangat luhur budinya pekertinya? ataukah Khaura, gadis lugu yang pernah dipaksa untuk menikah dengan lelaki yang tidak dicintainya? ataukah …. Priscilia, gadis kristian, lalu masuk islam dengan penuh derita dan air mata, lantaran cubaan yang kuat dari keluarganya yang kuat beragama kristian. Jadi, silakan baca sendiri klimaks novel tersebut, hehe.

Wallahu’alam…

Resensi terdahulu:

Novel Syahadat Cinta

Novel Musafir Cinta

3 Responses to “Trilogi Makrifat Cinta (Part 3 Final)”

  1. […] Trilogi Makrifat Cinta (Part 3 Final) […]

    • Rizki said

      akhi . , makrifat cinta part 3 sudah keluar apa belum.
      sukron jazakillah..

      • thinker said

        ya sudah dhong…. kan udah ditulis resensinya di atas… bererti novelnya juga sudah keluar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: