Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Slumdog Millionaire – Antara Hiburan & Realiti

Posted by thinker on 24/03/2009

slumdog_millionaire

Slumdog Millionaire merupakan filem yang bagus pernah saya tonton, sebaris dengan filem-filem yang menceritakan realiti kehidupan di sebuah negara kapitalis yang memang menyengsarakan. Antara filem yang tak kalah tanding dengannya yang pernah saya tonton adalah filem ‘Daun Di Atas bantal’ (Indonesia) dan ‘Children Of Heaven’ (Iran). Semua cerita tersebut memaparkan kultur masyarakat yang sudah sinonim dengan kesengsaraan di atas penindasan sistem yang diterapkan ke atas mereka.

slumdog_millionaire2

Slumdog Millionaire, merupakan filem bajet rendah yang sangat profesional dalam susunan skripnya. Baik ketika adegan ‘flashback’, atau ketika adegan yang suspend. Semuanya masuk akal, dan tidak seperti filem-filem Hindustan yang memaparkan ‘karenah’ Hero yang selalu dimanjakan, atau seperti filem-filem Hollywood yang tak kalah seperti Bollywood. Lihat saja filem Mr & Mrs Smith, lakonan Brad Pitt dengan pasangannya Angelina Joliey ang mengisahkan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai ajen perisik. Adegannya mantap, aksinya mengagumkan. Tapi, itu semua karut! Atau anda pernah menonton filem Baadshah, filem favourite saya satu ketika dulu (but not now) lakonan Shah Rukh Khan dengan aktresnya yang seksi dan jelita. Aduh, tidak perlu saya komen, kerana lumrah filem bollywood memang semuanya karut belaka. Bak kata kawan saya yang mengungkapkan satu anekdot lucu ketika dia kalah dalam permainan, “Ala, hero Hindustan biasalah, kalah dulu”. Ceh, Pigi Dah!

Persoalan yang ingin saya ketengahkan adalah, apakah filem-filem yang bagus tersebut, seperti Slumdog Millionaire yang telah memenangi 8 anugerah Oscar (UM 24/2/09), hanyalah dijadikan sebagai tontonan dan hiburan alias fakta yang tiada makna? Realiti yang dipaparkan di dalam filem tersebut, haruslah dijadikan fakta yang menunjukkan bukti, betapa peradaban manusia kini akan selamanya jauh dari rahmat, ketika mana diterapkannya sistem yang selain daripada islam. Sistem yang tidak menjamin kesejahteraan dari seluruh aspek. Namun hanya memberi manfaat pada segelintir individu yang mendominasi kekayaan dan pengaruh dalam sebuah negara Kapitalis di mana-mana.

Kontra

Maaf, saya bukanlah hendak memuji setinggi gunung filem SM ini, kerana jika kita teliti dan peka terhadap perjalanan filem ini, ada adegan yang tidak disenangi oleh saya. Adegan tersebut adalah tatkala ibu Jamal Malek (watak utama filem ini) terbunuh dalam satu rusuhan antara 2 agama iaitu Islam dan Hindu. Si jamal Malek, berkata; “kalaulah bukan kerana RAMA dan Allah, tentu aku masih mempunyai seorang ibu” (lebih kurang begitu). Kalimat tersebut nampak sederhana bagi orang yang tiada punya sensitiviti dan pemikiran islam yang jitu. Tapi, bagi saya tidak. Bagi teman-teman seperjuangan juga tidak. Kalimat tersebut sangat mendalam dan mempunyai maksud menghina AGAMA secara langsung. Saya berasa getaran kalimat tersebut, yang sangat-sangat menghinakan AGAMA. Termasuklah TUHAN yang Maha Esa. Apakah benar demikian? sepertimana dakwaan Jamal Malek? Tentu saja tidak! Allah SWT adalah zat yang maha agung dan Maha adil terhadap hamba-hambanya. Kalaulah benar, si Jamal Malek seorang yang beriman dan bertakwa kepada ajaran agamanya (Islam), tentu dia tahu bahawa ucapannya itu akan mengundang padah di sisi allah SWT. Bahkan, jika wujud Negara Islam, dia bakal dihukum sesuai dengan ketentuan syara’, dan filem tersebut juga tidak akan berjaya tembus ke dalam pasaran filem setelah diharamkan oleh Negara Islam (Khilafah Islamiyah)

Oleh dari itu, sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, seharusnya kita memulai langkah untuk menyedarkan umat manusia, baik yang muslim atau non-muslim agar kembali semua kepada syariat islam yang sememangnya sistem yang menjadi dambaan umat manusia yang inginkan rahmat di dalam hidupnya. Menjadikan islam sebagai sistem yang utuh dalam penerapannya. Bukan separuh-separuh seperti mana yang dilakukan oleh penyeleweng-penyeleweng ahli kitab yahudi dan nasrani.

Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu,” (TQS Al-Baqarah[2]: 208)

“Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (TQS Al-Anbiya[21]: 107)

Ibnu Abbas radliyallahu `anhu berkata tentang ayat ini: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka Allah tuliskan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka pun mendapat rahmat dengan datangnya Rasul yaitu keselamatan dari adzab di dunia, seperti ditenggelamkannya ke dalam bumi atau dihujani dengan batu.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/222)

Maka dari itu, takutlah kita kepada Allah SWT. Kita bakal berdepan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Jawapan apa yang bakal kita berikan kepadaNya, padahal kita di dunia tidak sesekali memperjuangkan wahyu yang disampaikan oleh Rasul tercinta. Mulailah niat dan langkah untuk kita segera kembali kepada ajaran islam secara syumul dan kaffah dalam kehidupan.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: