Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Bolehkah Menerima Hibah Dari Negara Kafir?

Posted by thinker on 01/04/2009

donate

Soalan:

Apakah perbezaan hibah, sedekah dan wakaf? Adakah status hukum harta hibah yang diberikan oleh negara, perusahaan atau organisasi sama dengan hukum hibah dari milik peribadi?

Jawapan:

Berbagai bantuan yang diberikan tanpa imbalan, termasuk tabarru’at yang merupakan bentuk hibah (pemberian secara percuma). Hanya saja, jika pemberian tersebut dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah maka bantuan tersebut termasuk kategori sedekah dan wakaf. Kepadanya juga berlaku hukum sedekah dan wakaf, walaupun antara sedekah dan wakaf itu sendiri ada perbezaan dalam konteks tasharrufnya.

Pihak pemberi hibah, sedekah dan wakaf itu ada kalanya individu, negara, perusahaan, organisasi tertentu. Dalam hal ini, hukum hibah, sedekah dan wakaf yang diberikan individu jelas berbeza dengan yang diberikan oleh negara, perusahaan atau organisasi tertentu. Ini kerana masing-masing faktanya jelas berbeza.

Hibah dari individu, secara syar‘i hukumnya mubah meski pihak pemberi hibahnya adalah orang kafir sekalipun. Nabi saw. sendiri pernah menerima hadiah dari orang kafir.

Adapun hukum hibah dari negara, perusahaan, organisasi atau badan hukum bisa dikeluarkan dari statusnya sebagai hibah, dan berubah menjadi barter (mubâdalah). Sebab, umumnya sebuah badan hukum (perusahaan dan organisasi, termasuk di dalamnya negara) tidak akan memberikan harta kepada seseorang murni sebagai pemberian sehingga layak dikategorikan sebagai hibah. Sebaliknya, negara, perusahaan atau organisasi umumnya memberikan hartanya tidak lain adalah untuk merealisasikan salah satu tujuannya. Harta tersebut tidak pernah diberikan, kecuali pasti ada maksud tertentu; apakah tujuan tersebut dikemukakan, atau dijadikan syarat secara tertulis maupun lisan, yang dilakukan secara terbuka; atau tidak pernah dikemukakan, namun tetap disembunyikan dan juga tidak pernah dinyatakan sebagai syarat, tetapi realisasinya dibungkus melalui hibah dan tabarru‘ât tersebut.

Negara, perusahaan atau sesuatu organisasi hanya akan memberikan hartanya sebagai sebuah kompensasi dan ia tidak berstatus sebagai hibah, tetapi harus dilihat sesuatu yang ada di sebalik pemberian harta tersebut. Jika maksud di sebalik pemberian tersebut adalah untuk menguasai atau mengendalikan pihak yang diberi itu, maka status harta pemberian tersebut haram. Sebab, hal itu merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh syariah. Namun, jika maksud di sebalik pemberian tersebut adalah untuk melakukan sejumlah aktiviti tertentu maka statusnya sama dengan akad ijarah (kontrak kerja) sehingga berlaku hukum ijarah, baik yang dibolehkan mahupun yang diharamkan. Jika selain semua itu, maka harus dilihat hukum yang relevan dengan statusnya, baik pihak yang menerima hibah tersebut individu, organisasi, perusahaan, negara atau yang lazim disebut badan hukum (syakhshiyyah ma‘nawiyah). Sebab, hukum yang berkaitan dengan penerima tidak ada perbezaan, tetapi yang berbeza adalah hukum yang berkaitan dengan pihak pemberinya.

Semuanya ini berlaku dalam konteks hibah yang tidak termasuk kategori sedekah atau wakaf. Adapun hibah yang merupakan bentuk sedekah atau wakaf, iaitu hibah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, seperti hibah untuk pembangunan masjid, pembelian sejadah, pendidikan anak-anak kaum Muslim, memberi makan fakir miskin, mengerjakan dakwah atau yang sejenis, maka hibah seperti ini tidak boleh diperoleh dari orang kafir, dengan alasan apa pun, baik milik individu mahupun badan hukum. Sebab, semua perbuatan orang kafir yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dinilai tidak sah kerana syaratnya harus Muslim. Dalam hal ini, statusnya sama dengan ibadah sehingga hibah dari orang non-Muslim tersebut hukumnya tidak sah, dan orang Islam haram mengambil hibah tersebut.

Orang kafir tidak boleh dipungut sedekahnya, juga wakafnya, dalam keadaan apa pun. Sekalipun sedekah dan wakaf mereka bukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan bukan untuk salah satu aktiviti untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sebab, sedekah dan wakaf itu sendiri, termasuk bantuan untuk mengerjakan dakwah, pendidikan anak-anak kaum Muslim (termasuk yang sejenis) merupakan bentuk aktiviti untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga secara mutlak tidak boleh diambil dari orang kafir.

Namun, sedekah dan wakaf tersebut boleh diambil dari orang Muslim jika dia memang layak memberikan sedekah. Namun, jika dia tidak layak memberikan sedekah maka sedekah tersebut haram diambil darinya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ اِلاَّ لِخَمْسَةٍ: لِعَامِلٍ عَلَيْهِ، أَوْ رَجُلٍ اِشْتَرَاهَا بِمَالِهِ، أَوْ غَارِمٍ، ‎أَوْ غَازٍ فيِ سَبِيْلِ اللهِ، أوْ مِسْكِيْنٍ تَصَدَّقَ عَلَيْهِ مِنْهَا فَاُهْدِيَ مِنْهَا لِغَنِيٍّ

Sedekah itu diharamkan untuk orang kaya, kecuali lima: amil yang mengurusnya; orang yang membeli sedekah tersebut dengan hartanya; orang yang berhutang; orang yang berperang di jalan Allah; atau orang miskin mendapatkan sedekah, kemudian sedekah tersebut diberikan kepada orang kaya.

Nabi saw. juga bersabda tentang sedekah:

وَلاَ حَظَّ فِيْهَا لِغَنِيٍّ وَلاَ لِقَوِيٍّ مُكْتَسِبٍ

Tidak ada bahagian di dalam sedekah itu bagi orang kaya serta orang yang masih kuat dan mempunyai penghasilan.

Walaupun yang dimaksudkan dalam kedua-dua hadis tersebut adalah zakat, tetapi lafaznya berbentuk umum, sehingga boleh meliputi semua bentuk sedekah. Ini sebagaimana sabda Nabi saw. yang menyatakan:

اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى

Tangan di atas (tangan pemberi) lebih baik daripada tangan di bawah (tangan peminta-minta).

مَنْ يَسْأَلِ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثَّرَا فَاِنَّمَا يَسْأَلِ جَمْرًا

Siapa saja yang meminta harta kepada orang, kemudian harta itu menjadi sama-sama banyak, maka orang tersebut tak lain hanya meminta bara api.

Ini terkait dengan individu. Namun, jika sedekah tersebut diperoleh dari seorang Muslim, sebagai individu, maka sedekah tersebut boleh diambil jika orang tersebut memang layak memberikan sedekah, dan sebaliknya; tidak boleh diambil jika orang tersebut memang tidak layak memberikannya.

Adapun yang berkaitan dengan badan hukum, iaitu negara atau organisasi tertentu, maka badan hukum tersebut tidak boleh menerima tabarru‘at, yang dalam rangka untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana, tabarru‘at tersebut merupakan sebahagian daripada sedekah. Sementara badan hukum tidak boleh menerima sedekah, kerana badan hukum bukan dalam kategori fakir miskin. Menurut syariah, fakir miskin itu berlaku untuk orang atau individu. Kefakiran atau kemiskinan itu sinonim dengan keperluan sesuatu hajat dalam kehidupan yang sesuai dengan kondisi dan padanannya. Sama ada seseorang yang dikatakan fakir tersebut didefinisikan sebagai orang yang tidak memiliki sesuatu, atau orang yang memiliki sesuatu tetapi tidak cukup untuk bagi kehidupannya, tetap saja fakir ia simbolik dengan ketidakcukupannya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan tersebut hanya terjadi untuk orang atau individu, atau sesuatu badan, dan bukan badan hukum, yang sememangnya tidak wujud status fakir baginya. Adanya badan hukum itu sendiri bukan sesuatu yang menuntut sesuatu untuk memenuhi keperluan hidup, jadi bagaimana mungkin ia memerlukan sesuatu untuk memenuhi keperluan hidup baginya?

Negara sendiri tidak layak wujud jika memang negara tersebut tidak memiliki apa yang menjadi keperluan keberadaannya. Demikian pula organisasi dan perusahaan, kerana ia didirikan demi meraih keuntungan. Maka dari itu, badan hukum haram mengambil jenis tabarru‘at yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, iaitu sedekah atau wakaf.

Oleh kerana itu, dalam keadaan apa pun, haram hukumnya menerima bantuan dari negaranya sendiri (negara yang didiami), negara asing, perusahaan atau individu. Mengenai wujudnya sesuatu pensyaratan, sebenarnya ketentuan tidaklah bererti sama sekali. Sebab, pensyaratan adalah sesuatu yang terselubung, yang dapat difahami melalui pemberian, atau secara umumnya menjadi konsekuensi dari pemberian. Kadangkala justeru ia lebih dahsyat berbanding pensyaratan yang dinyatakan secara terbuka. Oleh kerana itu, sama ada sesuatu pemberian tersebut bersyarat atau tidak, sebenarnya tidaklah bererti sama sekali untuk dibahaskan. Namun, yang tetap menjadi pembahasan utama adalah apa yang diberikan kepada sesuatu organisasi seperti ini tidak lain adalah pemberian yang diberikan untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga secara mutlak tidak boleh diperoleh dari orang kafir. Secara mutlak, organisasi pun tidak boleh mengambilnya. Inilah hukum syariah yang berkaitan dengan masalah hibah, sedekah dan wakaf ini.

Sumber : Majalah Al Waie edisi Januari 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: