Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Hanya Warna Dan Haruman Musim Bunga

Posted by thinker on 01/04/2009

Dirilis dari http://nowwhytwo.wordpress.com

bunga

Assalamualaikum War. Wab.

Semoga semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Tulisan seorang teman, moga dapat dimanfaatkan bersama.

(Tulisan ini ditulis, atas dasar soalan dari teman yang bertanyakan soalan – “Kenapa orang yang belum islam lebih berjaya dari orang islam?”)

Mengimbas masa lalu…

“Pernah dengar cerita tikus kampung dan tikus bandar? “

“Tak pernah. Mak tau ke?”

“Mestilah mak tau. Biar mak cerita, Amir dengar betul-betul ya..,”

“Ada seekor tikus yang tinggal di kawasan kampung…,”

“Mak..tikus cuma ada dekat Malaysia je ke?,”

“Taklah, semua negara ada tikus,”

“Dekat negara musim sejuk?,”

“Pun ada tikus juga..,”

“Macam mana tikus tu hidup?,”

“Setiap kali sebelum musim sejuk tiba, tikus-tikus ni akan keluar mencari makanan dan diorang cari banyak-banyak supaya masa musim sejuk diorang tak kelaparan,”

“Oo jadi masa musim sejuk dia dah tak keluar la?,”

“Tak, sebab dia dah bersedia. Nanti kalau keluar nanti dia akan mati kesejukan,”

“Wah, pandainya tikus tu,”

“Sebab tu masa Amir senang kena beringat untuk masa susah akan datang,”

  • **

Dan cerita tentang tikus kampung dan tikus bandar tidak sempat diceritakan. Saya cuma mengetahuinya dari sebuah buku yang dipinjam dari kawan.

Musim cuti sudah bermula,dan musim periksa sudah berakhir. Dan musim cuti ini bakal berakhir dan digantikan dengan musim semester baru yang juga akan berakhir dengan musim peperiksaan dan seterusnya. Ya, inilah hidup seorang pelajar. Sehinggalah apabila belum ada segulung ijazah di tangan, musim periksa belum berakhir lagi, ya, tidak berakhir. Mungkin tidak diduduki secara ‘formal’ tetapi ‘periksa’ dan ‘ujian’ tersebut datang dari kehidupan sebenar kita pula. Dan cabaran ini lebih hebat. Kerana ia yang akan menentukan kegagalan dan kejayaan dalam kehidupan dan lingkungan masyarakat.

Dan musim periksa yang berakhir memperlihatkan saya dengan pelbagai reaksi dari rakan-rakan. Ada yang gembira, ada yang sedih, tidak kurang juga ada yang tidak rasa apa-apa, sekadar lepas sudah kira beruntung.

Bagi mereka yang benar-benar berusaha dan tidak berjaya, tidak mengapa. Masanya belum tiba. Percayalah, dan yakini DIA. Hidup bukan di sini sahaja, dan Dia lebih tahu dari kita. Dan bagi yang rasa cukup dengan markah yang ada, dan berasa selesa di takuk lama, sampai bila mahu begitu? Sudah tiba masa untuk berusaha lebih sedikit, untuk korbankan masa bermain. Dan bagi mereka yang berjaya, tahniah, dan ingatlah bahawa kejayaan bukan sekadar satu nikmat untuk disyukuri, tetapi juga ujian untuk diingati.

Kata seorang rakan, ini Rusia, tidak boleh diukur melalui tinggi rendahnya nilai markah, sekadar bergantung nasib soalan yang baik, guru yang pemurah. Bagi yang bernasib baik sedikit, mudahnya mereka melalui, dan bagi yang kurang bernasib baik, terkena guru yang lurus, dewan peperiksaan akan terasa sungguh gelap.

Kata seorang rakan lain, ini Rusia, pasti akan ‘pass’ dalam exam. Sekali mungkin tidak lepas, atau dua kali, tapi masuk kali ketiga ‘confirm’ markah 3 diberi percuma. Ya, saya pernah juga dengar dari senior.

Memang tiada tekanan di sini. Di sini bukan ‘exam oriented’. Kamu mahu atau tidak mahu belajar sahaja. Markah di buku sekadar penilaian mata kasar, tapi yang perlu, ilmu itu, ilmu yang kamu pelajari itu, masukkah di dalam dada?, berkatkah untuk bertahan lama untuk dibawa ke ‘peperiksaan sebenar’ nanti?

Nah, semua orang mahu berjaya. Tapi bukan semua yang berjaya betul-betul mahu berusaha.

Dan musim cuti yang bermula ini, tidak salah kiranya, dibelek dibawa bersama nota-nota lecture. Musim cuti bukan bermakna berhenti dan bercuti dari membaca, tetapi bermakna adalah musim untuk bersedia, bersedia untuk periksa yang seterusnya.

Dan bila semester baru dibuka, sebelum rasa sengsara dan tekanan membaca ketika masa periksa apa lah salahnya jika masa hujung minggu itu, digunakan untuk membaca dan membuat nota-nota. Bukankah antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang meninggalkan perkara sia-sia?

Dan ALLAH menciptakan makhluknya bukanlah sekadar untuk bermain-main.

  • **

Ayuh kawan-kawan,
jangan terpedaya dengan warna dan haruman musim bunga,
kerana kau harus mengutip bekalan
untuk musim dingin,
Agar nanti bila angin kencang bertiup
kau dapat berdiri teguh merentang angin.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu”.(TQS Muhammad[47]: 36)

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: