Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Jemputan Terbuka Dari Hizbut Tahrir Kepada Intelektual Seluruh Dunia Untuk Menolak Kapitalisme

Posted by thinker on 01/04/2009

info-conf-en

Terdapat pandangan yang kuat di kalangan ahli politik, pakar ekonomi dan para pemikir di seluruh dunia bahawa sebab di sebalik malapetaka ekonomi yang berterusan ini adalah kerana Ideologi Kapitalisme itu sendiri.  Kapitalisme hanya melindungi kepentingan para Kapitalis (pemilik modal) sahaja, yang mana poket-poket mereka dipenuhkan hasil keringat orang lain.  Kapitalisme telah meruntuhkan standard asas hidup jutaan manusia semata-mata bagi memastikan para Kapitalis hidup dalam keadaan selesa dan penuh kemewahan dan para Kapitalis ini telah membahagikan dunia kepada dua golongan: Pertama, 5% manusia yang memiliki 80% kekayaan dan sumber-sumber dunia dan kedua, 95% manusia lain yang berkongsi lebihan 20%  sumber-sumber dunia.

Pemimpin-pemimpin politik dan pakar ekonomi nampaknya telah hilang keyakinan bahawa mereka boleh menyelamatkan malapetaka ekonomi yang serius ini. Malah mereka nampaknya sudah yakin bahawa Ideologi Kapitalis tidak akan mampu menyelesaikan krisis ini. Keyakinan yang sama telah diluahkan oleh ahli politik kanan seperti Nicholas Sarkozy, Gordon Brown dan lain-lain. Kesemua mereka telah mencadangkan langkah-langkah kecemasan sementara (temporary emergency measures) walaupun mereka sedar langkah-langkah ini tidak akan berjaya, seperti menyuntik modal ke dalam bank-bank, pasaran dan syarikat-syarikat yang merudum . Mereka telah membiayai semua ini dari wang para pembayar cukai, yakni dengan mengambil dari golongan miskin untuk membantu golongan kaya yang semakin rebah. Mereka masih melakukan cara lama yang korup ini demi menjaga para Kapitalis dengan hasil keringat golongan miskin!

Langkah-langkah sementara yang diambil untuk menangani  keruntuhan ekonomi secara global ini telah gagal kerana masalahnya adalah dengan ideologi Kapitalisme itu sendiri, sebuah ideologi yang korup pastinya akan menyebabkan kemusnahan dan membawa kesengsaraan serta kesusahan kepada pengamalnya. Apa jua penyelesaian yang keluar dari ideologi rosak akan pasti membawa kerosakan yang sama. Inilah apa yang telah dibuktikan oleh ideologi ini di sepanjang penerapannya ke atas umat manusia. Dengan ini, sesungguhnya negara-negara Kapitalis telah terpaksa menggunapakai penyelesaian dari ideologi Sosialis yang telah lapuk seperti ‘nasionalisation’ dan mereka terpaksa menyalahi kepercayaan mereka sendiri dengan dengan mewajibkan dasar perlindungan (protectionism) dan dasar isolasi ekonomi (economic isolationism), yang hakikatnya menyalahi kesepakatan-kesepakatan GATT dan penghapusan tarif yang terpancar dari ideologi mereka.

Para pemimpin politik, ahli-ahli ekonomi dan para intelektual mestilah mencampakkan ideologi ini dan tidak perlu lagi mencari alternatif kerana telah berabad-abad lamanya Hizbut Tahrir telah menggagaskan penyelesaian sebenar kepada semua masalah manusia yakni Islam dan sistem ekonominya.  Sistem ini telah diwahyukan dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan telah pun dilaksanakan sekian lama di seluruh pelusuk dunia ke atas semua bangsa. Sistem ini telah memberikan kejayaan dan kegembiraan kepada semua manusia di semua wilayah yang dimasukinya sehingga tidak ada seorang pun yang layak menerima zakat kesan dari pelaksanaannya.

Pada bulan Januari 2009 di Khartoum, Sudan, Hizbut Tahrir telah pun menganjurkan Konferens Ekonomi Global yang membincangkan krisis ekonomi global, menjelaskan realitinya, mengkaji simptomnya secara mendalam, menjelaskan dengan rinci penyebabnya dan kemudian menawarakan satu-satunya penyelesaian hakiki kepada permasalahan tersebut.

Kini, Hizbut Tahrir akan menganjurkan sidang akhbar bersama di Beirut dan London untuk melancarkan buku baru hasil pembentangan yang dilakukan di Konferens tersebut, di mana Hizbut Tahrir menegaskan penyelesaian sebenar kepada krisis ekonomi global ini dan cara-cara praktikal untuk melaksanakannya yang dengan itu keselamatan, kegembiraan dan kesejahteraan akan dicapai oleh umat manusia.

Kami dengan ini menjemput anda mengambil bahagian di dalam kedua-dua Sidang Akhbar yang mana anda berpeluang secara terbuka untuk bertanya soalan dan berbincang mengenai penyelesaian yang dicadangkan oleh Hizbut Tahrir.

Hizbut Tahrir juga dengan ini menjemput anda untuk menonton secara langsung kedua-dua Sidang Akhbar tersebut di Internet dan anda boleh menghantar soalan dan komen kepada pejabat media Hizbut Tahrir melalui laman web rasmi www.hizb-ut-tahrir.info.

Berikut adalah maklumat mengenai Sidang Akhbar yang akan dilangsungkan:-

SIDANG AKHBAR

BEIRUT

Jumaat 8 Rabi`ul Akhir 1430 Hijriah / 3 April 2009

10:30 a.m. waktu Medina dan Beirut

As-Safir Hotel, al-Rawsha, Beirut, Lebanon

LONDON

Jumaat 8 Rabi`ul-Akhir 1430 Hijriah / 3 April 2009

6:30 p.m. BST (8:30 p.m. waktu Medina dan Beirut)

The London Continental Hotel, 88 Gloucester Place, London,

W1U 6HR, United Kingdom

Sidang Akhbar akan dijalankan di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di kedua-dua tempat

LIPUTAN SECARA LANGSUNG

Kedua-dua sidang boleh ditonton/dengar secara langsung di:

http://kstreamvideo.blogspot.com/ – untuk video stream
http://kstreamaudio.blogspot.com/ – untuk audio stream sahaja

The Media Office of Hizb ut-Tahrir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: