Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Laman Web Hina Nabi Dikecam Keras

Posted by thinker on 04/04/2009

ketiklaptop

JAKARTA – Indonesia semalam dihebohkan oleh sebuah laman web yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Kontroversi kali ini bukan disebabkan oleh pengendali blog asing tetapi oleh seseorang yang menggunakan nama laman web dalam bahasa Batak, satu daripada bahasa tempatan Indonesia.

Penghinaan itu mencetuskan reaksi beberapa pertubuhan Islam tempatan termasuk Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) dan Majlis Ulama Indonesia Jawa Barat yang mengecam keras penghinaan itu.

Polis turut didesak supaya menangkap dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengendali blog tersebut.

Jurucakap HTI, Muhammad Ismail Yusanto berkata, pembuat komik itu wajar dihukum mati apatah lagi pembuatan komik kartun itu disengajakan dan terancang oleh seseorang yang kelihatan sangat profesional.

“Penghinaan ini juga menunjukkan bahawa kebencian terhadap Nabi Muhammad yang sebelumnya muncul di beberapa negara Barat kini menular ke dalam negara,” kata Muhammad Ismail seperti dipetik oleh agensi berita Antara.

Sebaik berita itu menjadi heboh, pihak polis Indonesia merayu umat Islam di negara itu supaya tidak mengikut emosi sehingga mengambil tindakan sendiri dan melakukan tindak balas.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: