Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Universiti Amerika Di Kairo Menjadi Pusat Pengintipan?

Posted by thinker on 05/04/2009

universiti-beirutBeberapa sumber media menyatakan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) pada tahun 2007 mengesahkan sebuah kontrak (perjanjian) dengan Universiti Amerika di Kairo bernilai 600 ribu dolar untuk penelitian dan pertukaran informasi di Mesir. Hal itu disahkan oleh Angkatan Tentera Laut Amerika.

Seorang pegawai pejabat Berita dan Informasi di Jabatan Pertahanan Maritim, Laurie Toole berkata: Kontrak telah ditandatangani oleh pembuat kesepakatan daerah di Pusat Angkatan Laut Amerika yang berpangkalan di kota Naples, Florida, Amerika.

Toole menjelaskan bahawa Jabatan dan pegawai-pegawai pemerintah Amerika memberikan kontrak tahunan bernilai 200 juta dolar kepada para agen dan kelompok yang membuat kontrak ke atas barang dan khidmat yang mereka berikan kepada pemerintah AS.

Penegasan rasmi itu datang setelah terbongkarnya sebuah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Rumah Putih (White House), yang diperoleh secara eksklusif dari pejabat berita Amerika tentang pengesahan kontrak antara Pentagon dan Universiti Amerika.

Dalam dokumen itu disebutkan bahawa Pentagon memberikan kontrak tahun anggaran 2007 bernilai 600 ribu dolar (3,4 juta dolar) untuk Universiti Amerika di Kairo untuk melakukan penelitian terhadap kepentingan Angkatan Tentera Laut Amerika tentang “gejala penyakit” dan “penelitian penerapan dan pengembangan” di Mesir.

Rumah Putih mengatakan bahawa kontrak telah ditandatangani dengan dua tahap. Tahap pertama pada tanggal 26 Jun 2007, dan tahap kedua pada tanggal 22 Ogos 2007. Universiti Amerika harus memulai kontrak tahap pertama pada tangan 1 Julai 2007 dan berakhir pada tanggal 21 September 2007 (81 hari sahaja).

universiti-beirut2

Kontrak tersebut menetapkan Mesir sebagai tempat untuk melakukan pengkajian. Sebagaimana pemberian tugas yang diberikan kepada militer untuk melakukan kontrak dengan Universiti Amerika di Kairo melalui deklarasi langsung tanpa adanya pilihan.

Semua ini terungkap setelah ditemukannya oleh pejabat berita Amerika menemui dokumen-dokumen (dalam bentuk tulisan Arab), yang merujuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Rektor Universiti Amerika di Kairo, David Arnold di New York pada bulan Maret 2007. Dalam kenyataannya itu dia berkata: “Sesungguhnya Universiti menerima ilmuwan dan akademis dari Israel selagi mereka memperoleh visa secara sah untuk masuk ke Mesir.

Arnold juga menjelaskan di depan Dewan Hubungan Luar Negeri di New York bahawa Universiti bekerja untuk mengubah apa yang disebut wilayah “di luar radar” kekuasaan Mesir.

Dia menegaskan bahawa pemerintah Mesir menyedari dengan baik bahawa Universiti beroperasi di bawah undang-undang yang berbeza daripada undang-undang yang dijalankan oleh masyarakat Mesir. Bahkan dengan mudah dia mengatakan: “Saya fikir kami memiliki banyak sekali kebebasan di Mesir dalam aspek pelaksanaan tugas yang kita lakukan”.

Sumber : HTI Website

Leave a comment