Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Wilders (Laknatullah) Akan Membuat Filem Seumpama Filem Fitna

Posted by thinker on 16/04/2009

geert_wilders_laknatullahAmsterdam – Politikus sayap kanan Belanda, Geert wilders (laknatullah alaihi) saat ini sedang membuat sebuah filem tentang ‘islamisasi’ di barat, sebagai rentetan dari filem kontroversialnya Fitna tahun 2008 lalu, yang menimbulkan kemarahan umat islam seluruh dunia.

Dalam artikel surat khabar Belanda De Telegraaf, Wilders mengatakan bahawa dia bermaksud untuk menunjukkan bagaimana masyarakat barat Eropah telah terpengaruh dengan imigrasi yang berasal dari negeri-negeri islam.

“Kita harus lebih banyak menyerang, harus selalu ofensif. Kita harus memberikan perlawanan,” kenyataan beliau di dalam sebuah media tempatan. Wilders juga mengatakan bahawa filem yang baru ini merupakan adaptasi dari filem sebelumnya iaitu filem fitna.

Selain menjelaskan pandangannya tentang imigrasi penduduk dari negeri-negeri Muslim, dia juga mengatakan akan mengajukan beberapa kaedah penyelesaian terhadap masalah tersebut dalam filem terbarunya.

Sebagai pimpinan parti kebebasan (Party for Freedom), dia juga mendapat bantuan dari para profesional AS untuk menerbitkan filem terbarunya tersebut, yang akan ditayangkan pada tahun 2010.

Wilders pada saat ini sedang menunggu proses penghakiman terhadap dirinya atas dakwaan hasutan dan kebencian. Wilders mendakwa Islam sebagai ‘budaya yang terbelakang’ dan dia juga telah berulang kali mengulang pernyataannya dengan menyebut kitab suci Al-Quran sebagai “buku fasis”. Pada tanggal 9 April yang lalu, sebuah media dwi mingguan mengatakan jejak pendapat yang  mereka lakukan menunjukkan apabila dilakukan pemilihan umum hari ini maka partai kebebasannya Wilders akan mendapat kemenangan besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: