Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Noda Sebuah Majlis

Posted by thinker on 17/04/2009

Beberapa hari yang lalu, saya menghadiri jemputan dari teman saya ke majlis mencukur jambul seorang bayi yang baru dilahirkan. Seperti kebiasaannya, majlis dimulakan dengan bacaan barzanji. Lalu, diikuti dengan lantunan marhaban beramai-ramai. Selama membaca marhaban, para jemaah berada dalam keadaan berdiri yang akhirnya menanti bayi yang ingin dipotong rambutnya itu dibawa kepada pemotong rambut yang telah ditugaskan sebanyak beberapa orang (saya agak 3 orang).

Namun, saya kaget seketika apabila ada satu pemandangan yang tidak enak pada pandangan mata. Saya sempat berbisik pada adik sepupu saya berkenaannya. Apakah ia? Seorang wanita dalam keadaan berpakaian jarang dan tidak berkhimar. Menampakkan bentuk tubuhnya yang gebu sambil memegang kamera digital. Ah, sekali lagi pemandangan membuat saya berfikir sejenak.

Bukankah ini adalah acara agama? Dimulakan dengan bacaan berzanji yang isinya berkenaan riwayat Nabi saw. Lalu, bacaan marhaban yang isinya adalah berupa puji-pujian dan tasyakkuran. Lalu, apakah erti upacara keagamaan ini, jika ia telah dinodai dengan persekitaran yang menyalahi hukum syara’? AH, ini bukan pertama kali saya mengalaminya. Majlis di luar sana juga seumpama ini. Muqaddimah majlis dimulakan dengan al-quran, doa’ atau selawat. Tapi bagaimana pula yang menghadirinya? Pengisian programnya? Sajian makanan dan minumannya? Semua itu langsung tidak diambil peduli oleh pengatur cara majlis. Doa dan ritual keagamaan itu hanya dijadikan simbolik adat yang langsung tidak memberi satu pengertian khusus bagi mereka. Naudzubillah Min Dzalik.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: