Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Satu Malaysia, Apa Ertinya?

Posted by thinker on 17/04/2009

najib2

KUALA LUMPUR 14 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat di Malaysia tanpa mengambil kira faktor agama dan kaum.

Menurutnya, tugas utama beliau ialah untuk menyatupadukan seluruh rakyat berasaskan konsep Satu Malaysia yang menekankan prinsip saling percaya-mempercayai di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Vaisakhi di Kuil Tatt Khalsa Chow Kit di sini hari ini. – UM

Sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Mungkin peribahasa tersebut agak tepat menggambarkan wacana yang sudah mula dipropagandakan oleh PM Malaysia yang baru. Jika dahulu, Islam Hadhari menjadi tema polemik yang tidak kunjung sudahnya hingga kini, lalu Malaysia dikejutkan pula dengan motto alias tema yang sangat mengelirukan pemikiran rakyat Malaysia khususnya. Apa tu? Satu Malaysia!

Tidak sengaja 3 hari yang lalu, saya menonton rancangan di luar lingkungan, di TV1 bersama Sayed Munawar, yang menghadirkan 3 panel undangan untuk membincangkannya. Dengan tajuk yang sama, saya meminjamnya untuk dijadikan tajuk untuk artikel ringkas ini. Satu Malaysia, Apa Ertinya? Demikian panjang lebar dibahaskan, dari aspek bahasa, perundangan, perlembagaan, kultur sosial, pengaruh politik, kerjasama dan keharmonian antara kaum yang semuanya senada menjurus ke arah “Negara Bangsa” alias Negara Perkauman. Apakah boleh bersatu dalam satu negara yang majmuk atas dasar perkauman? Fakta dan realiti sudah menterjemah segala-galanya. Sebelum, sedang dan sesudah merdeka, rakyat di Tanah Melayu tidak pernah sunyi dengan krisis bangsa dan perkauman. Bangsa Melayu sebagai bangsa yang dominan sering mempertahankan hak-haknya sebagai rakyat peribumi. Manakala, kaum yang lain pula diklasifikasikan sebagai kaum ‘level 2’. Lihat saja buktinya di peringkat pendidikan misalnya. Kuota dan kemudahan yang diberikan kepada pelajar dan mahasiswa Melayu dilebihkan. Atas nama BANGSA!!! Lalu, di mana keadilan Negara Bangsa?

Secara faktanya pula, wacana perpaduan ini bukanlah pertama kali dilaungkan dengan slogan kata yang indah. Telah berlalu berbagai-bagai dendangan lagu dan laungan falsafah dan cogan kata yang ingin menebar ruh perpaduan. Tetapi, tidak pernah mendatangkan hasil yang diharapkan. Ini kerana, wacana perpaduan yang diinginkan itu diikat dengan kepentingan kelompok dan individu. Apabila kepentingan dan masalahat itu tiada, maka asas perpaduan itu tidak akan muncul dan terbit lagi. Begitulah hakikat perpaduan di dalam sistem sekular kini.

Islam Menjawab Masalah Bangsa Dengan Tuntas

‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).’ (TQS al-Hujurat: 13)

Agama Islam tidak pernah mengenal kemuliaan bangsa. Justeru semangat asobiyah adalah ikatan semu yang sangat hina dalam kaca mata islam. Dulu, bangsa arab terkenal dengan semangat suku, bangsa, kabilah, keturunan dan yang seumpamanya. Lalu, datanglah islam membawa cahaya persaudaraan yang berakar dari akidah islamiyah. Ayat di atas, menterjemah segala-galanya. Sesungguhnya kemuliaan di sisi Allah SWT bukanlah pada status bangsa seseorang, masyarakat ataupun kelompok. Apakah bangsa Arab lebih mulia dibandingkan bangsa Turki? Apakah Bangsa Indonesia lebih hina dibandingkan dengan Melayu? Ataukah Bangsa Bangladesh sangat dipandang rendah oleh semua kasta tingkat atas? Justeru Rasulullah saw, bersabda:

Sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bermaksud, “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada ashobiyyah, berperang atas dasar ashobiyyah dan mati kerana (mempertahankan) ashobiyyah” [HR Abu Dawud]

Oleh itu, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunah wahai penyeru-penyeru ikatan asobiyah! Tinggalkan segala kepentingan yang bersifat duniawi itu. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya dunia yang fana ini akan kita tinggalkan buat selamanya. Dan alam akhiratlah yang bakal kita jalani kelak. Apakah kita akan menjalani kehidupan akhirat itu dengan penuh bahagian, ataukah sebaliknya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”. (TQS At Taubah[9]: 24)

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: