Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Jalan-jalan Ke Pesta Buku Antarabangsa 2009

Posted by thinker on 20/04/2009

pba-20091Seperti yang dirancang, semalam dan kelmarin, saya sempat singgah ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. 4-5 tahun sebelum ini, saya tidak pernah ‘miss’ untuk mengunjungi PBA di PWTC. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengunjunginya sekali lagi. PBA bermula pada hari Jumaat lalu (17/4/2009), namun saya baru sempat mengunjunginya kelmarin (18/4/200).

Saya mengunjungi hampir semua sudut pameran buku dan gerai-gerai yang ada di situ, Namun masih belum ada yang mampu menarik perhatian saya. Padat, sesak dan panas! Ah, datang salah waktu dan hari lah! Bisik hati mengeluh. Nasib baiklah, datang seorang diri. Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Saya tidak perlu bergantung pada hala tuju orang lain. Saya hanya perlu fokus mencari buku-buku yang menarik dan berbaloi dengan harganya.

Hari Pertama (Sabtu, 18 April 2009)

2.30 petang, Ini adalah acara ‘Pesta Buku’. Di mana-mana acara yang seakannya, maka yang menjadi fokus dan tumpuan pengunjung adalah: 1) Harga yang lebih murah berbanding harga sebenar (pasaran). 2) Bahan-bahan (baca : buku-buku) yang dijual, mestilah melibatkan semua aspek, baik yang terkini, terbaru, terhangat, terpopular, mudah dan sukar ditemui dan yang seumpamanya. 3) Pengguna mencari sesuatu yang berlainan dari apa yang ada di pasaran, misalnya CD multimedia bagi yang tidak gemar membaca buku, permainan interaktif bagi memudahkan kanak-kanak bawah umur meningkatkan lagi daya imaginasi mereka. Adakah ketiga-tiga kriteria tersebut ada di Pesta Buku?

3.30 petang, sedang menahan penat dan lenguh di kaki, dan masih tercari-cari apakah buku yang menambat di hati. Kalau setakat novel-novel yang terpampang, nampaknya ia bukanlah yang saya cari. Ini kerana, saya boleh membelinya dengan mudah di kedai buku Popular. Siap ada diskaun 10% , dengan kad keahlian yang saya ada. Dengan harga yang sama, tidak mungkin saya membelinya di sini.

4.30 petang, saya sampai di rumah, sambil membawa 5 buah buku yang saya beli dari PBA. Saya terus ke meja komputer, dan online. Kawan online saya bertanya, “Baru nak pergi ke PBA ke?”. Dia penasaran dengan status YM saya – “Pesta Buku Antarabangsa”. Dia tertanya-tanya pada saya, kenapa beli buku tersebut? haha. Saya membeli 5 buah buku. Buku Teks Pengajian Am STPM (Fajar Bakti, 2005-2007), Tamadun Islam, Edisi Semakan (fajar Bakti, 2006), Tamadun Dunia, Edisi Semakan (Oxford Fajar, 2005), Geografi Alam Sekitar, Edisi Semakan (Fajar Bakti, 2005), Buku Tatabahasa (lupa plak penerbit dan cetakannya, sebab sekarang ada di sekolah).

Yang dipersoalkan oleh teman saya adalah berkenaan buku Geografi yang saya beli. “Kenapa beli buku tu? Macam tak ada kena-mengena je”. Ya, mungkin lucu memikirkannya. Sambil tersenyum saya mengatakan kepadanya… “Sekadar sebagai ilmu pengetahuan.” Sebenarnya, bukan itu sebab utama saya membeli kelima-lima buku tersebut. Itu memang salah satunya. Tapi, sebab yang paling utama adalah kerana harganya. Saya hanya perlu membayar RM5 untuk setiap satu buku-buku tersebut yang mempunyai ketebalan 500-700 muka surat. Manakala buku geografi tersebut, saya hanya perlu membayar RM2 dengan ketebalan 416 muka surat. Jadi, keseluruhan buku-buku tersebut saya hanya perlu membayar sebanyak RM22 (RM5x4 + RM2x1). Tapi, adakah kerana harganya murah, lalu ia berbaloi untuk dibeli?

Hari Kedua (Ahad, 19 April 2009)

2.00 petang, saya menuju ke PWTC bersama adik sepupu. Terus menelusuri pesta keramaian manusia. Penat tapi semangat. Sesak menembusi rintangan-rintangan manusia yang sedang lalu lalang. Astaghfirullah, bisik hatiku. Belum solat zuhur, sebab tadi hantar mak ke tempat kerja sebelum waktu zuhur. Di mana agaknya surau di sini. Selalu singgah di PWTC (bukan selalu, tapi setahun 1 atau 2 kali je), tapi suraunya tidak pernah singgah walau sekali pun. Kelakar betul. Hampir semua orang yang saya tanya, tidak tahu di mana letaknya surau di sini. Ah, berprasangka baik je. Mungkin mereka adalah musafir atau sudah solat di rumah. “Adik jalan terus, hujung tu belok kanan, pastu naik tangga”, terang akak di kaunter penerangan. Hah, kan senang, tanya terus kepada yang berkenaan. Aduhai…

2.20 petang, sudah menghampiri surau yang dituju. MashaAllah. Beginikah pemandangannya? Sedih bercampur gembira. Sedih kerana kedudukan surau dan lelaki adalah sejajar dan bersebelahan. Bayangkan, hampir 200 manusia, lelaki dan wanita melalui lorong yang sama, yang lebarnya hanya 1 setengah meter! Ah, tidak perlu beritahu saya apa-apa. Kerana imaginasi anda, tidak seperti fakta di depan mata. Sangat menyedihkan. Melalui lorong ‘sempit’ itu dengan banyak istighfar. Moga terhindar dari segala macam bisikan syaitan yang ‘kaki penghasut’.

2.45 petang, selesai solat. Rasa haus yang tajam. Anak tekak seperti sakit tidak terperi. Ditambah pula, menahan kesakitan perit, disebabkan lidah terkena ulcer. Aduhai… Cobaann…. bak kata Pendekar Bujang Lapok. Menuju ke gerai minuman berhadapan pintu masuk utama ke PBA. Mata terlirik ke satu papan tanda, “Air Cordial RM 1”. Ah, lebih baik beli air mineral je, bisik hati. “Berapa ni bang?” “RM3”. WOW. Lepas bayar, adik sepupu berkata pada saya, “Bang, lagi murah air yang sedap dari air mineral ni, 3 kali ganda, PELIK!” No Comment, adikku. Kalau nak kata murah, dalam sana pun ada buku-buku latihan yang cuma berharga RM 1 je. Dah beli, tak payah nak complain. So, lets go!

3.00 petang, dahaga dah hilang. Terus menuju ke dewan utama PBA. Pusing dan pusing. Jalan dan jalan. Lihat dan lihat. Belek dan belek. Astaghfirullah, dah 1 jam setengah di sini. Namun, belum ada apa-apa yang dibeli. Jujur, tiada buku-buku yang menarik perhatian. Kalau ada pun, tapi tidak berbaloi dengan harganya yang terlalu mahal, especially kitab-kitab arab yang mencecah harga ratusan ringgit. Bayangkan kitab Al-I’tisham karya Imam As-Syatibi, dalam versi arab berharga RM 360. Mak ai, sapa sanggup. Beli yang versi indon pun, hanya berharga RM 80 je. So, lupakan.

4.30, terus pulang dengan perasaan yang…. NOTHING! Mungkin akan kembali semula, atau tidak. Sebab PBA masih ada seminggu lagi. 2 jam setengah di sana, hanya ‘mampu’ beli 2 peta (map) dan 2 majalah.

Wallahu’alam…

p/s: sekadar diary dan nota teka teki bagi Sang Pembaca, sekali gus menjawab soalan yang ditujukan oleh seorang teman, mengapa beli buku tu? Buku-buku tersebut, saya beli di Kedai Banggol, berhadapan Kedai Menjual Buku-buku LAW. Sekian!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: