Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Mini Library Yang Ternoda

Posted by thinker on 25/04/2009

Intro

Sebuah mesej dicipta:

“Rahman, buku yang kau pinjam tu, dah habis baca tak? Sebab aku nak pakai untuk buat rujukan. Kalau boleh, aku nak ambil malam ni”. SEND

Mesej hadir setelah 3 minit menanti:

“Sori Aliff, buku yang mana ek? Aku lupa lah pasal buku tu. Aku ada pinjam buku engkau ek? Tak perasan lah plak”. Membaca dengan perasaan hampa dan kecewa.

Dibalas:

“Buku yang setahun lalu engkau pinjam tu… Tajuknya, Islam, Politik & Spiritual. Hafidz AbdurRahman. Cuba cek btol2, aku pasti buku tu, ada pada engkau!”

Balasan:

“OK, nanti aku carik buku tu. Aku terlupa lah, sebab aku pun tak baca lagi, hehe. Harap-harap tak hilang”.

=================== < > ===================

Hampir beberapa waktu, situasi begini sering menjelma dalam diari hidup saya. Timbunan buku-buku di baris rak-rak saya menjadi hampir sepi, dek kerana telah dipinjam oleh teman-teman yang datang silih berganti, tanpa memulangkannya kembali, kecuali jika ditagih. Ah, capek menagih dan menuntutnya, apalagi jika meminta daripada sahabat akrab. Akhirnya, karisma sebuah mini library ternoda dengan pembacanya yang tidak ‘disiplin’ meletakkan kembali ke tempat asalnya semula.

Ada yang telah meminjam, tapi belum memulangkannya sehingga sekarang, setelah sekian lama dan waktu. Saya bersangka baik, mungkin ia terlupa atau memang masih memerlukan buku tersebut untuk dijadikan sebagai rujukan.

Lebih ‘dahsyat’ lagi, tatkal buku yang telah dipinjam itu, dipinjamkan kepada orang lain sebelum meminta izin kepada pemiliknya. Iya, mungkin setelah itu ia akan mengkhabarkan kepada pemiliknya, iaitu sejurus selepas buku itu telah berpindah tangan dari peminjam asalnya.

Sebuah Kekhuatiran

Pada mulanya, saya jadi teragak-agak sama ada hendak menulis atau tidak, artikel yang berbasis luahan yang ada dalam diri saya ini. Saya khuatir, bahawa artikel ini, akan menjadi buah mulut atau herdikan bagi orang yang terlibat. Namun, saya mengetepikan kekhuatiran tersebut. Ini kerana, saya ingin menyampaikan satu mesej yang bersifat umum kepada sesiapa sahaja yang sedang meminjam. Dengan kata lain, mereka senantiasa terikat dengan hukum syara’ yang seharusnya dipandang secara serius dalam kehidupan kita.

Sepupu-sepupu yang datang ke rumah saya, kadang-kadang terus mengambil novel-novel, lalu ‘meminjamnya’ tanpa pengetahuan saya. Mungkin benar, novel adalah buku yang hanya dibaca sekali, setelah kita mengetahui jalan dan sinopsis ceritanya, kita tidak akan membacanya berulang-ulang. Kecuali buku-buku yang bersifat ilmiyah lainnya. Tetapi, bagaimana jika ada sahabat lain yang ingin meminjamnya? Tentu sahaja, aliran pengetahuan itu tidak berkembang dan hanya tertumpah pada individu-individu tertentu sahaja.

Manusia adalah makhluk yang serba lemah dan banyak melakukan khilaf. Cuba bayangkan, tatkala buku-buku yang dipinjam itu melalui masa yang terlalu lama. Apa yang terjadi adalah sebuah ‘keterlupaan’. Bahkan, buku-buku tersebut sudah tidak terjaga dan terabai, seperti mana yang berlaku pada buku-buku sayang yang tercarik-carik muka suratnya. Maaf, bukan saya ingin mengungkitnya. Kerana saya telah meredai dan memaafkan pelakunya. Namun, saya berdoa kepada Allah SWT agar pelakunya diberi kesedaran supaya tidak mengulanginya kembali.

Nasihat Penulis

Jadi, nasihat penulis kepada sesiapa yang menghadapi situasi yang sama seperti di atas, saya punya saran dan metode yang perlu dilakukan untuk pembaikan:

1) Sediakan Buku Log – senarai daftar peminjam dan perincian tarikhnya

2) Terhadkan pinjaman kepada peminjam, sama ada 1, 2 atau 3 buku dalam satu-satu masa seperti yang dilaksanakan oleh perpustakaan

3) Buang rasa segan, untuk meminta buku daripada si peminjam ketika mana kita memerlukannya atau sudah melewati masa yang terlalu lama (Ia berlaku pada penulis).

4) DLL

Kepada semua peminjam, penulis berharap timbul kesedaran untuk berlaku amanah, ketika meminjam buku-buku orang lain, dan menjadikan mua’amalat islam sebagai asas kepada transaksi pinjam tersebut. Saya khuatir jika orang yang ‘dizalimi’ itu tidak redha terhadap apa yang kalian lakukan. Kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua menjadi hamba-hambanya yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (TQS Al-Zalzalah[99]: 8)

Kepada yang mempunyai mini library pula, janganlah bersifat bakhil a.k.a KEDEKUT. Yakinlah, bahawa setiap apa yang kalian pinjamkan kepada orang lain itu akan mengalir kebaikannya sebagai amal soleh, dan mendapat pahal bagi pelakunya. Dengan catatan, harus ikhlas kerana Allah SWT, sekali gus mengharap redha Allah SWT.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya” (TQS Al-Zalzalah[99]: 7)

Wallahu’alam…

p/s: Teman saya pernah berkata, “Ko ni… asik merancang nak buat buku log je, tapi tak buat jugak sampai sekarang.” Haha. OK, i’ll do it right NOW! Penulis hanya menggunakan samaran pada Intro awal, dan tidak menyertakan nama-nama yang terlibat secara langsung dalam diari hidup saya. Tulisan ini, hanya coretan umum penulis untuk renungan bersama, tanpa hendak membuka aib sesiapa. Diharap tiada apa-apa polemik yang dipercebatkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: