Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Anti Stress Head Massager?

Posted by thinker on 27/04/2009

dsc00170

Sebuah Iklan Terpampang,

Stress, How Do U Cope? Tekanan, Bagaimana Anda Bertahan?

Mata saya tertarik pada sebuah iklan yang terpampang di bahagian hadapan sebuah kedai, ketika berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah. Kedai tersebut sedang mempromosikan sebuah alat yang dipasang khas di bahagian kepala, guna untuk menghilangkan tekanan para penghidap penyakit “STRESS”. Di situ disebutkan beberapa faktor yang boleh mengakibatkan seseorang itu boleh dihinggapi ‘virus’ STRESS.

Toll (tol), Petrol High (kenaikan harga minyak), Traffic Jam (kesesakan lau lintas), Demanding Bosses (desakan majikan), Loan (pinjaman), Inflation (inflasi), Tight Deadlines (himpitan masa akhir), Money Not Enought (duit tak cukup).

Persoalan…

Masalah tol, jika orang ramai merungut kerana perlu membayar tol yang semakin menaik untuk balik kampung, bagaimana pula dengan produk mesin ‘penghilang stress’ ni? yang harganya berkali-kali lipat lebih mahal daripada tol tersebut? menambah ke, mengurang stress ni? PELIK!

Kenaikan harga minyak, dapatkah mempengaruhi dasar kerajaan setelah membeli produk ini, agar kerajaan mengelola sendiri minyak yang ada tanpa diswastakan kepada sesiapa termasuklah Petronas, lalu memberi minyak yang percuma kepada rakyat? Ish, ish, ish… MUSTAHIL!

Kesesakan lalu lintas, cuba bayangkan jika anda sedang mengalami kesesakan lalu lintas dari Cheras menuju ke Gombak. Lalu anda menggunakan alat ini, dengan anggapan bahawa kesesakan lalu lintas tersebut akan berkurang dan kepala otak anda tidak tertekan kerananya. Dek kerana terlalu sedap dan khusyuk diurut oleh mesin ini, lalu anda pejamkan mata, dan…. TERTIDUR! Ton! Ton Ton! Kesesakan lalu lintas akan bertambah, dan bukan berkurang. Ajaib bin AJAIB!

Desakan dari pihak majikan (bos), bolehkah mengurangi sejumlah tuntutan dan ‘karenah’ majikan kita setelah menggunakan produk ini? Bos anda sedang melalui di depan anda, then nampak pekerjanya sedang khusyuk menggunakan produk ini semasa sedang kerja, dan kerja pula terbengkalai, alat tu pula mempengaruhi pekerja lain dek kerana sedapnya diletakkan di atas kepala yang kononnya boleh menghilangkan stress. Lalu, anda dipanggil ke dalam pejabatnya. Adakah stress akan berkurang? No, no, no! Stress akan bertambah, kerana akhirnya… Anda Dipecat! COBAAN…

Pinjaman, adakah ia formula tepat agar pinjaman yang dibuat oleh kita itu berjalan dengan lancar? Pinjaman riba? Wow, nak setel dengan hanya membeli alat canggih ni. DAHSYAT!

Inflasi, Kadar inflasi yang menimpa seseorang itu dapat diselesaikan setelah membeli produk ini? Dahlah, brader tu dah ‘pokai’ kehabisan duit, setelah itu diberi alternatif agar mencari duit untuk dibelanjakan dengan membeli alat mahal ini. Mana brader tu nak cari duit, kalau dah terjadi inflasi terjadi dalam kehidupannya? Haha. Memang satu penyelesaian yang ‘HEBAT’!

Tersempit dengan tarikh ‘deadline’, sepatutnya kita perlu disibukkan dengan kerja-kerja yang dapat menyelesaikan dengan cepat, agar sempat menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum tarikh ‘maut’ tiba. Tapi, bagaimana pula jika kita dok sibuk guna mesin canggih ni sepanjang hari? Dah tentu… hmm… KERJA TERBENGKALAI!

Duit tidak cukup, sepatutnya kita diberi alternatif agar dapat mencari satu punca pencarian nafkah, dan bukan mengeluarkan satu modal yang tidak boleh mengeluarkan sebarang duit, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila duit tidak cukup, lalu kita pula diberi alternatif yang merepek ni, lalu apa yang terjadi? Kena berhutang duitlah! Then? Hutang keliling pinggang! Mak Ai, Lagi SERAM! Lari… ada Along datang wo…

Wallahu’alam…

2 Responses to “Anti Stress Head Massager?”

  1. Fatimah Az Zahra said

    berapa ringgit benda alah nih?

  2. thinker said

    entahlah, terlepas pandang plak ttg tu. Nanti sy tgk, kalau sempat k sana lagi, dan inform ima k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: