Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Gara-gara Tergesa-gesa

Posted by thinker on 16/05/2009

Malam itu,

Gara-gara kerana tergesa-gesa ingin berangkat keluar satu keluarga, keadaan yang tidak diinginkan berulang. Kami sekeluarga ingin berziarah. Ayah dan ibu sudah menunggu di luar. Abang tengah mempersiapkan barang-barang keperluan bayinya di bahagian depan ruang tamu, khawatir nanti Si Iqbal akan merengek di sana nanti. Kakak masih berada di dalam bilik, entah apa yang sedang dilakukannya. Aku maklum, jika seorang wanita terlalu lama berada di dalam bilik sebelum keluar ke mana-mana. Aku pula sedang memegang anak buah sambil membelai agar tidak menangis. “Aduh, lama betul kakak ipar aku ini”, keluhan hatiku.

Tiba-tiba… “TAP!”, suara pintu ditutup dengan nada yang sedikit keras. “Alhamdulillah”, dalam fikiranku. Abang bingkas bertanya, “Awak kunci YANG?”, “Iye”, jawab kakak iparku ringkas.

“Adui, kenapa awak kunci? Kunci pintu dan kereta saya masih ada di dalam”, keluh abangku.

“Manalah saya tahu, tadi awak jugak yang nak cepat. Jadi, saya pun cepat-cepatlah keluar dan kunci, sebab ingatkan awak dan ready semuanya”, nada kakak iparku ringkas mempertahankan diri.

“Benda macam ni, bukan sekali dua terjadi! Dah banyak kali awak buat macam ni. Lain kali, tanyalah dulu!”, sambil mengerutkan dahinya tanda tidak setuju dengan tindakan isterinya.

Mereka berdua pun akhirnya mencari benda-benda yang kebiasaannya digunakan untuk membuka pintu jika terjadi hal seperti ini. Seperti apa? Kad keras yang tidak digunakan!

Kedua-duanya, silih berganti mencuba untuk membuka pintu yang sedang membuat mereka berada dalam keadaan tegang tersebut. Ah, sudah lama mereka berusaha, sekitar 10 minit, tapi masih juga belum berjaya.

“Takpelah bang, pakai dulu kunci kereta yang ada pada adik ni. Lepas balik nanti, boleh suruh ayah tolong bukakan. Kesian, mak dan ayah dan tunggu lama kat luar tu”, tawarku pada mereka.

Mereka saling berpandangan tanda setuju.

Suasana tegang menjadi hening seketika. Kakak ipar melangkah keluar, tanpa menoleh ke belakang. Mungkin diseliputi sejuta rasa bersalah terhadap apa yang berlaku.

“Ah, itu biasa dan bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan dan boleh memecah belahkan rasa kasih dan sayang di antara suami isteri”, bisik hatiku.

Ketika, saya hendak keluar menuju ke pintu, tiba-tiba abang datang dengan senyuman sinis. Lalu menunjukkan serangkai kunci yang sedang dipegangnya sambil berkata,

“Abang lupa lah tadi, yang abang letak kat dapur kunci ni, hehe”

Dalam hatiku berbisik, “Aduhai, senang-senang je cakap wife dia, biasa sangat buat ‘macam n’, tapi dia plak yang memang seorang pelupa”, Sabar jelah.

***

Sering kali, keadaan seperti di atas menimpa kita. Sama ada sedar atau tidak, ketika kita dihimpit oleh masa, maka kita akan bertindak dan berkelakuan di luar dari keadaan normal yang kebiasaannya kita lakukan. Gerakan, tindakan, fikiran dan semuanya menjadi ‘rushing’, dek kerana… “Dah TERLAMBAT!”

Ketika kita sudah merasakan bahawa diri kita sudah siap dan hendak menuju ke luar rumah, kita masih merasa ragu… apakah aku sudah membawa semuanya? Berfikir dengan cepat dan ringkas! Ah, iya! Kunci kereta! Motor!, atau… Eh, jam tangan aku! cermin mata aku! beg aku!… Ah, semuanya menjadi kacau bilau. Niat ingin cepat, tetapi menjadi lambat kerana kelakuan yang ‘tidak normal’ yang telah kita lakukan tadi.

Ketika kita sedang mencari barang-barang yang terlupa untuk dibawa, maka ia bukan senang untuk dijumpai pula. Kita sering terlupa di mana letaknya barang tersebut. “Semalam… aku rasa, aku letak di sini”, “Lepas makan, aku rasa… aku letak kat situ”, dan… bla… bla… Akhirnya masa yang sepatutnya diambil untuk bersiap itu Cuma memakan masa 10 minit, menjadi double dan triple, hanya kerana kita berada dalam keadaan tergesa-gesa. Bahkan, lebih dari itu, kita boleh melupakan segala rencana yang kita fikirkan itu, kerana barang yang sedang kita cari itu tidak dijumpai. Misalnya kunci kereta!

Ketika seseorang berada dalam keadaan seperti ini (terhimpit dengan masa), seharusnya kita masih berfikir dengan keadaan yang normal dan teratur. Langkah dan pergerakan kita adalah sesuatu yang fitrah dan lazim jika berada dalam ‘posisi’ yang LAJU.

Jika barang yang penting tidak dijumpai seperti kunci, maka kita harus bersikap rasional dan tidak gopoh. Langkah-langkah yang boleh diikuti adalah:

Pertama, tenang dan tidak panik.

Kedua, berfikir dengan rasional, di mana sepatutnya kunci itu biasanya diletakkan. Jika tidak jumpa…

ketiga, fikirkan aktiviti terakhir sebelum kunci tersebut ‘ghaib’. Jika tidak jumpa…

Keempat, cuba bertanya kepada housemate lain yang tinggal di dalam rumah tersebut. Khawatir mereka menjumpainya di mana-mana, lalu menyimpankannya untuk kita, tetapi terlupa untuk memaklumkannya pada kita. Jika tidak jumpa…

Kelima, fikirkan alternatif lain, selain menggunakan kunci tersebut. Misalnya, mencari kunci ‘spare’ atau… gunakan kenderaan awam untuk beraktiviti, agar pekerjaan kita tidak terbantut di situ. Atau paling mudah ialah… call rakan kita yang boleh menghantarkan kita ke tempat destinasi yang hendak di tuju. Tapi… jangan lupa bagi upah! Minyak petrol bukan free bang oi!

Kesimpulannya, semua perkara ada hikmahnya. Jangan kita cepat melatah dan menjadi huru-hara hanya dek kerana perkara yang tidak sepatutnya dipertengkarkan atau diperselisihkan. Berfikirlah dengan tenang dan waras, sambil mencari jalan penyelesaian ketika menghadapi situasi yang seumpama di atas. Ingatlah bahawasanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kita bergantung dan meminta pertolongan. Dan yang paling penting adalah… Orang mukmin itu, tidak seharusnya masuk ke dalam biawak itu dua kali!

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: