Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Hormati undang-undang negara?

Posted by thinker on 16/05/2009

MELAKA 13 Mei – Pakatan pembangkang diminta menghormati undang-undang negara dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Mohammad Nizar sewajarnya bersikap gentleman seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir apabila beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

”Apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada Mohammad Nizar, pakatan pembangkang dapat menerima sistem kehakiman negara, tetapi apabila keputusan sebaliknya, pendirian mereka berubah.

”Kita ada kerukunan dalam negara iaitu peraturan dan kenapa mereka tidak dapat menerima dalam keadaan yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Zambry,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan berkelompok cawangan-cawangan UMNO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang di Dewan Japerun Sungai Udang di sini malam tadi.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Mengulas lanjut Razali berkata, adalah tidak wajar apabila moral cuba diketengahkan oleh pakatan pembangkang hingga menafikan undang-undang dan peraturan yang telah diterima pakai sejak dahulu.

”Moral tidak boleh dijadikan sebagai pegangan kita dalam membina kerukunan dalam negara. Dalam negara kita, masih ada undang-undang yang diterima pakai dan wajar kita semua menghormatinya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan pakatan pembangkang menghadapi situasi itu dengan bijaksana dan berhati-hati.

”Saya harap seluruh rakyat Perak termasuk penyokong dan pemimpin semua sekali yang terlibat agar mematuhi undang-undang kerana jika kita tidak tunjukkan teladan yang baik, siapa yang nak jaga negara kita selepas ini kalau ada rakyat mula mengambil tindakan dalam tangan masing-masing,” katanya.

(Utusan Malaysia : 14 Mei 2009)

Hormat Perlembagaan Manusia Atau Ketetapan Allah SWT?

Apabila sesuatu perselisihan tidak dikembalikan kepada yang hak, maka akan terjadilah berbagai-bagai masalah yang tidak dapat diselesaikan. Inilah yang terjadi di seluruh dunia, khususnya apa yang berlaku di negeri Perak sekarang ini. Bukankah Allah SWT telah memberi ‘standard’ yang tidak dapat dicipta oleh seluruh makhluk, baik yang ada di langit dan di bumi, iaitu berupa al-Quran dan as-Sunah? Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (TMQ an-Nisa’[59]: 4)

Inilah jalan yang sepatutnya ditempuh oleh sesiapa sahaja yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan RasulNya. Tapi malang sekali, segala apa yang dirumuskan dan diperdebatkan hanyalah berkisar pada siapa yang seharusnya mendapat pangkat dan takhta, dan bukan membincangkan tentang sistem apakah yang wajar mereka terapkan. Firman Allah SWT:

“dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.
[TMQ Al Ahzab (33) : 36].

Nabi SAW diutus ke dunia dengan membawa risalah wahyu yang lengkap dalam menyelesaikan segala permasalahan manusia. Sepanjang 1400 tahun Daulah Islamiyah telah menuntun manusia ke era peradaban yang manusiawi, yang sebelumnya adalah sistem jahiliyah, monarki, teokrasi dan sistem-sistem lain yang semuanya berasal daripada ciptaan akal-akal manusia semata.

Apakah kita masih mengharap pada sistem perlembagaan Lord Reid yang telah menjahanamkan kehidupan masyarakat Malaysia sehingga saat ini? Adakah tidak cukup segala fakta keburukan dan kenistaan yang menimpa pada saat ini adalah disebabkan diterapkannya sistem yang banyak cacat celanya ini? Jadi, bersegeralah menyahut seruan Alalh dan RasulNya untuk segera kembali kepada sistem yang datangnya dari Al-Khaliq yang tiada keraguannya. Ini pun, jika kit masih mempunyai iman dan takwa di dalam diri, serta tersemat ketakutan di dalam jiwa kita akan azab yang Allah SWT berikan kepada sesiapa sahaja yang mengabaikan segala perintahNya dan laranganNya. Adakah kita tergolong dalam golongan tersebut? Na’udzubillah Min Dzalik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: