Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Jaga-jaga Dengan Haruman Itu

Posted by thinker on 16/05/2009

Petang itu,

“Delima, awak pakai minyak wangi ye? Ustaz terasa wangi semacam je”

“Hehe, pakai sikit je ustaz”, sambil tersipu-sipu.

‘Mana boleh seorang muslimah memakai wangi-wangian di tempat-tempat umum Delima!”, nada tegas dan jelas.

“Alaa… sikit je ustaz, bukannya banyak pun”, justifikasi seorang murid kepada gurunya.

“Ingat pesan ustaz ni Delima. Awak tu seorang muslimah, dan dah hampir mencapai aqil baligh. Jadi, lepas ni ustaz tak mahu kejadian ni berulang, sebab ia dilarang bagi muslimah seperti awak, faham tak?”

“Faham ustaz!”, tersenyum-senyum sambil berlalu pergi.

Keesokannya,

“Assalamualaikum ustaz!”

“Wa’alaikum Salam War. Wab.”, sunah nabi menjawab salam dengan memanjangkannya. Itu yang diberitahu oleh ustaz saya sebelum ni.

“Eh ustaz! Ustaz larang kami pakai minyak wangi, tapi ustaz pakai minyak wangi”. Nada menyerang.

“Haah la ustaz, wangi semacam je ustaz!”, meraih sokongan dari temannya yang seorang lagi.

“Aduhai, kamu ni… larangan tu bagi wanita, tapi bukan untuk lelaki…”, jawabku ringkas.

“Owhh…”

***

Wanita dan Minyak Wangi

Sebahagian dari Anda mungkin akan menganggap ini adalah perkara yang sangat sederhana, bahkan mungkin akan terucap dari bibir anda sebuah kalimat “kenapa perlu sibuk dan’busy body’ dalam hal-hal yang sedemikian, asalkan melaksanakan solat dan puasa, cukupla!”, “Janganlah terlalu ketat dalam menjalankan hukum agama, yang sedang-sedang sahaja cukuplah.” Dan kalimat-kalimat lainnya yang sejenis. Adalah sangat wajar jika kalimat-kalimat yang sedemikian muncul kerana sejak kita lahir, lingkungan kita telah mendidik kita untuk mengenal materi yang bernama minyak wangi. Namun sayang, kebanyakan dari kita sering berlaku tidak adil baik dengan diri kita sendiri mahupun dengan orang di sekeliling kita. Kita lebih condong untuk menjelaskan sisi duniawinya saja tanpa memberikan penjelasan tentang bagaimana syariat Islam memandangnya. Padahal Allah telah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan) …”
(TQM Al-Baqarah[2]: 208)

Di dalam Islam, semua syariat adalah sama dalam makna sebuah tuntutan yang perlu dilaksanakan, tanpa mengabaikan sedikit pun isi kandungannya. Islam adalah sebuah agama yang memberi jawapan dan penyelesaian terhadap manusia dalam segala aspek, Adalah menjadi kewajiban sebagai seorang individu muslim untuk menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Kembali kepada minyak wangi,

Bagaimana pandangan Islam terhadap penggunaan minyak wangi? Terutama bagi kaum wanita?

Berikut beberapa penjelasan yang diambil dari buku al-Masaail Jilid 2 hal. 151 karya Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat. Semoga dapat kita ambil hikmahnya dan tentunya dapat diamalkan oleh kaum muslimah.

1. Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).

2. Nabi SAW bersabda “Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman/wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam solat.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).

3. Nabi SAWbersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

4. Nabi SAW bersabda “Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (solat) ‘Isya (di masjid) maka janganlah ia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’i dari jalan Zainab).

5. Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah ia menghadiri (solat) ‘Isya (di masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, dan Nasa’i dari Abu Hurairah).

6. Nabi SAW bersabda “ Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari Abu Hurairah).

7. Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).

8. Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).
Keterangan :

1. Hadis 1, 2, dan 3 dengan jelas telah mengatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni terkena kepada kaum lelaki dan wanita, kerana di hadis itu tidak dibezakan sama sekali di antara lelaki dan wanita. Bahkan dalam hadis pertama itu, ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadis ke-2 menunjukkan bahawa Nabi SAW amat menyukai wangi-wangian. Padahal kita maklum dari firman Allah SWT, bahawa Nabi SAW menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadis ke-3 menyatakan bahawa ‘misk’ (minyak kasturi) adalah harum-haruman yang paling baik untuk kita pakai. Demikian keterangan Nabi SAW

2. Hadis ke-4 & 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri solat Isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya lafaz Isya’ di sini tidak bererti menghadiri solat-solat lainnya adalah dibolehkan. Tidak sama sekali! Ini kerana, hadis ke-6 dan 7 itu bersifat umum mencakup seluruh aktiviti solat, baik solat fardhu mahupun solat-solat sunat (seperti solat tarawih dan solat hari raya). Disebutnya solat Isya’ dalam hadis ke-4 & 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana solat Isya’ itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadis ke-6 itu menunjukkan : wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar masjid membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebagaimana halnya ia mandi janabat (mandi hadas besar).

4. Hadis ke-7 itu mengandung hukum : Siapa saja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka solatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Demikianlah secara zahirnya sabda Nabi SAW. Hendaklah hadis ini jadi perhatian betul-betul, kerana telah kita saksikan, umumnya kaum wanita pada zaman ini, jika mereka keluar ke kawasan yang lapang untuk solat hari raya atau aktiviti lainnya, maka kebanyakan mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar ke mana-mana.

5. Dari hadis 4, 5, 6, & 7 serta keterangan-keterangannya dapatlah dengan mudah kita ketahui : Jika keluar ke tempat-tempat ibadah saja telah dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apatah lagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain sebagainya. Sudah barang tentu larangannya bersifat lebih keras lagi.

6. Hadis ke-8 mengandung hukum : Kaum wanita telah dilarang keluar dari rumahnya dengan memakai wangi-wangian, meskipun bukan untuk atas niat menunjuk-nunjuk, tetapi sudah barang tentu orang di sekeliling akan mencium dan tertarik akannya. Jika perempuan tetap saja melanggar larangan tersebut, nabi SAW menegaskan bahawa mereka adalah perempuan zina.


Kesimpulan :

  1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian di dalam rumahnya khususnya untuk suaminya (jika ada).
  2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya dari wangi-wangian sebersih mungkin.
  3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apatah lagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: