Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Saling Memudahkan

Posted by thinker on 16/05/2009

“Dah  makan ke belum?”, itu merupakan pertanyaan kawan saya pada malam itu semasa bersembang di ruangan YM. Kebetulan pula, saya memang sedang lapar ketika itu. Menu yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu hanyalah Burger.

Di kawasan perumahan saya, sememangnya tidak susah untuk mencari menu yang pelbagai, kerana di sini banyak peniaga yang menyajikan menu yang berbeza-beza. Terdapat 4 buah restoran Melayu dan 2 buah restoran nasi kandar (mamak), dan lebih dari 8 buah gerai yang menjual makanan yang berbeza-beza. Jadi, adalah satu bonus bagi sesiapa tinggal di sini.

Entah kenapa, burger merupakan menu yang menjadi pilihan saya ketika itu. Mungkin kerana harganya yang tidaklah mahal dan simple.

“Burger daging spesial satu dik”, pinta saya kepada 2 orang remaja yang menjual burger di situ.

Gerai burger ni, baru sahaja dibuka pada minggu lepas. Jadi, saya ingin mencuba rasa burger yang ingin bersaing dengan lebih 10 gerai burger di kawasan sini. Memang mencabar dan satu persaingan yang sihat bagi sesiapa yang ingin menjual burger di sini. Budak-budak asrama memberitahu saya, bahawasanya burger yang dijual di sini, agak pelik kerana kandungan yang ditambah di dalamnya agak aneh. Ah, itu sesuatu yang lucu bagi saya. Saya tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, melainkan saya sendiri yang mencubanya.

Sewaktu adik tu masak, saya perasan yang dia sedang memasak satu patty ayam. Saya melihat kiri dan kanan, tiada pembeli lain selain saya. Dalam fikiran saya, “Budak ni salah masak ke???”

5 minit kemudian, burger dah siap. “Eh, memang untuk saya lah burger ni”. Bisik hati. “Dik, saya order burger daging spesial tadi. Ni burger apa?”. Tanya saya ringkas.

“Eh, rasanya abang oder burger ayam tadi”, bersikap defensif.

“Tidak, saya order burger daging tadi”, jawab saya kembali.

Kedua mereka saling memperhatikan di antara satu sama lain. “Sebab saya dengar tadi, rasanya burger ayam. Takpelah bang, saya masak sekali lagi”.

“Takpelah, burger ni pun dah masak, dan takkan lah nak biar macam tu je, dan sia-sia nanti. Jadi, tak mengapalah, saya tak kisah dengan burger ayam ni. Cuma lain kali… FOKUS!”

“OK, terima kasih bang”, mereka senyum tanda lega.

Setelah itu, kami bersembang-sembang tentang hal-hal perniagaan mereka, yang tanpa disedari, kami sedikit akrab dan ramah di antara satu sama lain.

Hari berikutnya,

“Daging spesial satu”

(Saling berpandangan di antara satu sama lain). “Eh, abang ni, mmm…. OK, saya ingat bang. Burger daging spesial satu kan? hehe”

“Pandai pun”

“Saya takkan lupa kata-kata abang… FOKUS. Sekarang saya fokus”, terang penjual burger tersebut dengan riak bersemangat dan ghairah.

“OK, bagus”

***

Sering kali, ketika terjadinya kesalahan dan kesilapan yang bersifat tidak disengajakan, tetapi kita mudah melatah dan cepat naik angin. Walhal, apa yang berlaku sebenarnya tidak lepas daripada sifat-sifat manusia yang lemah dan sering melakukan khilaf itu sendiri. Kadang-kadang, terjadinya tawar-menawar yang sangat menyulitkan, dan memakan waktu yang agak lama. Memang benar, tawar menawar itu adalah sunah di dalam islam, tetapi apa yang berlaku adalah di luar dari skop apa yang dianjurkan oleh syariat islam. Islam itu memudahkan, dan bukan menyulitkan.

Di sisi lain, kadang-kadang penjual ketika berniaga tidak ‘siap’ menyediakan wang baki, dan ini menyukarkan ketika pembeli membayar dengan wang yang ‘besar’, misalnya RM50, manakala barang jualannya hanya berharga RM15. Pembeli pula, kadang-kadang sengaja membayar dengan wang yang agak tinggi, dengan tujuan untuk ‘memecahkan’ wangnya yang besar itu, dan itu juga akan menyukarkan sesuatu transaksi. Misalnya Pembeli menggunakan wang RM50 ketika membayar, walhal barang beliannya hanya berharga RM2. Ah, Pelik sikap sebegini. Rasulullah SAW bersabda:

“Orang mukmin yang paling utama (baik) ialah orang yang memudahkan penjualan, memudahkan pembelian, memudahkan membayar hutang, dan memudahkan memberikan pinjaman” (HR. Thabrani)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: