Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Virus Mat Rempit

Posted by thinker on 19/05/2009

IMG

Intro

Pelanggan : Makin banyak plak virus-virus yang timbul! Belum habis virus Influenza A timbul plak virus Meningitis! Lepas tu plak timbul virus Leptospirosis, ni ada kes jangkitan demam viral.

Pelanggan : Tapi virus yang paling bahaya sekali yang susah dibendung virus merempit! Dari dulu sampai sekarang tak dapat jumpa penawarnya!

Mamak : Itu Virus tarak payah kasi penawar, elok kasi penampar je!

***

Entah kenapa hari ini saya tergerak untuk membeli surat khabar Utusan Malaysia. Kebiasaannya, saya hanya membaca di dalam internet sahaja. Saya akan menghabiskan masa berjam-jam untuk membaca info-info terbaru di dalam internet termasuklah membaca email. Mungkin kerana kesibukan yang melanda saya semenjak kebelakangan ini, saya selalu lewat membaca berita-berita terbaru di dalam internet yang sedang bergerak pesat.

Seperti kebiasaannya, salah satu ruangan yang menjadi pembuka selera dan mukaddimah awal ketika hendak membaca surat khabar Utusan Malaysia ialah ruangan kartun, Hello Boss & Mamak Cyber. Ternyata kartunis yang menulis dialog Mamak Cyber tersebut, adalah tepat ketika mereka-reka dialog cerita di dalamnya. Ia mampu membuat saya tergelak seketika, sambil mengenangkan realiti yang sememangnya berlaku di arena kehidupan kita masa kini.

Isu yang diborakkan (baca : dibincangkan) adalah berkenaan virus Mat Rempit, yang sememangnya sehingga kini tiada kunjung sudahnya. Pelbagai slogan dan tema diusahakan oleh pelbagai badan NGO dan kerajaan bagi membanteras gejala yang semakin menjadi-jadi ini. Namun, realiti yang terjadi adalah virus Mat Rempit semakin bermaharajalela. Segala harapan, hanya tinggal harapan. Dimulai dari institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan, semuanya menyedari akan hakikat keburukan virus Mat Rempit ini. Tetapi, fakta menunjukkan bahawasanya virus ini tidak dapat disembuhkan dan dihapuskan dengan hanya keinginan, pengetahuan dan dogmatik semata. Tetapi, apa yang perlu adalah usaha yang bersifat praktikal dan mendasar ke peringkat akar umbinya. Persoalannya adalah, penyelesaian manakah yang patut kita pilih? Adakah dengan terus menerus menjadikan sistem sekular yang ada sekarang ini sebagai pemutus kata bicara tentang penyelesaian bagi virus ini? Tentu sekali tidak!

Sesungguhnya Islam datang dengan sejumlah peraturan yang mampu menyelesaikan seluruh permasalahan umat manusia, dari sekecil-kecil masalah sehinggalah ke permasalahan yang terbesar. Tidak percaya? Silakan pilih masalah yang terbesar yang ada di dalam hidup anda, lalu jawablah dengan Islam, pasti ia memuaskan dan sesuai dengan fitrah manusia.

Masalah Mat Rempit

Virus Mat Rempit bukanlah suatu masalah yang wujud dengan sendirinya. Ia wujud hasil daripada sebab akibat yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat itu sendiri. Masalah Mat Rempit ini perlulah dilihat dari 2 faktor, iaitu faktor internal dan faktor eksternal.

Faktor internal (dalaman) ialah aspek individu itu sendiri yang bergelar sebagai Mat Rempit. Antara sebab-sebab internal yang mempengaruhi seseorang itu menjadi Mat Rempit adalah:

  1. Ketidakfahamannya tentang agama (islam), dan lemahnya iman di dalam diri seorang Mat Rempit.
  2. Tidak mempunyai status pekerjaan yang stabil, sehingga memilih ‘merempit’ untuk berjudi (tidak mustahil, kalau tak percaya tengok filem “KL Menjerit”)
  3. Cintakan hiburan dunia dan tidak takut akan azab hari akhirat. Dll.

Faktor eksternal (luaran) yang mempengaruhi menularnya penyakit Mat Rempit ini pula adalah:

  1. Tiadanya penguatkuasaan undang-undang yang mapan dan tegas.
  2. Pendidikan agama (islam)  yang diberikan kepada masyarakat tidak cukup dan tidak membekas ke dalam diri masyarakat.
  3. Penguasa tidak menyediakan pekerjaan yang menjamin kualiti hidup rakyatnya, sehingga perlu berjudi dengan ‘merempit’.
  4. Tiadanya penerapan islam, yang di dalamnya ada sistem sosial islam, yang tidak memungkinkan seorang wanita keluar dengan orang yang bukan mahramnya, sehingga tidak wujud pula masalah lain seperti bohsia.
  5. Pengaruh media massa dari pelbagai sudut seperti televisyen, majalah, radio, internet dan sebaginya, yang mendorong seseorang itu untuk ‘mencuba’ lagak seorang Mat Rempit. Dll.

Kedua-dua faktor di atas, dan banyak senarai lain yang boleh kita timbulkan adalah di antara faktor-faktor atau punca-punca yang menyebabkan gejala Mat Rempit muncul.

Islam Sebagai Penawar

Jika saya diberi tanggungjawab untuk menulis dialog Mamak Cyber, tentu saya akan mengatakan bahawasanya penawar kepada virus Mat Rempit telah ada sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Penyelesaiannya adalah dengan mengambil islam sebagai sistem kehidupan. Islam dijadikan wadah dan rujukan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam segala aspek. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. [TMQ ar-Ra’d (13) :11].

Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan pemikiran dan perasaan manusia ataupun masyarakat terhadap Islam. Untuk itu, kita seharusnya jelas bahawasanya virus Mat Rempit adalah salah satu daripada sejuta virus lainnya yang muncul akibat daripada penerapan sistem thagut ciptaan akal-akal manusia. Oleh itu, jika kita ingin menyelesaikannya, tidak perlu susah-susah untuk mencari penawarnya. Ini kerana, penawarnya telah ada, dan kita Cuma perlu menggunakan dan menerapkannya sahaja, iaitu dengan menjadikan Islam sebagai Sistem Bernegara, iaitu Sistem Khilafah Islamiyyah. Firman Allah SWT:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Taha (20) :124].

Wallahu’alam…

2 Responses to “Virus Mat Rempit”

  1. Salam

    Sudah terang dan nyata ada penawarnya. Sayang tak ada pemimpin yang sanggup melaksanakannya. Kehidupan mereka sendiri tidak berlandaskan Islam. Hanya Allah sahaja yang Tahu.😦

  2. EZSBIEN said

    rempit xkan abez….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: