Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

‘1Malaysia’ tak gugat kepentingan Melayu – Rais

Posted by thinker on 21/05/2009

SEREMBAN, 20 Mei – Konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menggugat kepentingan orang Melayu dan kedudukan bahasa kebangsaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata tidak ada sebab untuk rakyatterkeliru atau menolak dasar itu.

“Sebab dalam dasar itu, tidak ada satu pun perkara yang membawa kepada perkara yang tidak baik, ia mementingkan perpaduan, ia membawa keharmonian, ia membawa kepada produktiviti,” katanya kepada pemberita di Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan di Jalan Sungai Gadut hari ini.

Ada pihak mendakwa kononnya konsep 1Malaysia serupa dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP.

Rais berkata dasar itu tidak mengubah hak keistimewaan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan atau mengubah nasib bahasa Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 152.

“Ia cuma membawa kepada kesinambungan nilai-nilai perjuangan egara…sekarang terpulanglah sama Ada kita mahu menyumbang untuk menjayakannya atau sengaja mengelakkan diri,” katanya.

Mengenai satu perkara lain, Rais meminta rakyat “bersabar selama sebulan lebih lagi” untuk melihat pembaharuan yang dibawa oleh kementerian terhadap filem atau program televisyen dan radio.

“Program-program yang ditayangkan selepas ini akan lebih menyumbang kepada pembinaan negara bangsa tetapi ia tetap mempunyai nilai komersil dan menarik untuk ditonton,” katanya. – BERNAMA

[Sumber : Utusan Malaysia 21.5.2009)

Pentingkah Gugat Melayu Atau Tidak?

Orang-orang sekular sudah semakin menampakkan (menzahirkan) keprihatinannya bukan kepada islam. Mereka lebih cenderung menjaga survival bangsa-bangsa mereka, dan tidak melihat Islam sebagai agenda yang perlu dijaga, apatah lagi dimartabatkan sebagai sistem kehidupan mereka. Mereka lebih memilih untuk menjaga hati-hati manusia daripada menjaga kesucian agamanya sendiri. Tatkala diberi pilihan di antara maslahat dunia atau agama, mereka lebih memilih maslahat dunia. Ketika bangsa dan agama yang menjadi taruhan, mereka lebih memilih bangsa sebagai asas perjuangan mereka. Ashobiyah… ashobiyah! Firman Allah SWT:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (TMQ Al-Hujurat [49]: 13).

Islam datang tatkala orang-orang kafir Quraisy berada dalam rona-rona kehidupan yang sangat nista dan sangat hina. Di antara mereka, wujud puak-puak, kabilah-kabilah, suku-suku dan bangsa-bangsa yang berbeza-beza. Dengan kepelbagaian mereka, wujud kasta dan tingkatan derajat yang meninggikan satu golongan dan merendahkan golongan yang lain. Mereka tidak mempunyai sistem kehidupan yang dapat dibanggakan, sehingga empayar Parsi pun tidak berminat untuk menakluki mereka. Setelah itu, Islam datang dan memuliakan bagi sesiapa yang mengikut wahyu yang dibawa oleh baginda Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda:

“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (Al Quran) dan sunnah Rasulullah SAW”. (HR.Muslim)

Terlihat jelaslah ketika itu, di mana para sahabat dan orang-orang yang mengikut baginda Nabi SAW diangkat darjatnya oleh Allah SWT dengan pelbagai kemuliaan yang dimiliki oleh mereka. Mereka menjadi umat yang agung dan disegani oleh pihak kawan mahupun lawan. Futuhat demi futuhat demi menyebarkan risalah dakwah ke seluruh penjuru dunia diteruskan oleh para Khalifah sesudah itu. Malangnya, atmosfera yang berubah pada tanggal 3 Mac 1924 telah mengakibatkan seluruhnya berubah. Khilafah Turki Uthmaniyah diruntuhkan dan diganti dengan Sistem Republik Sekular oleh Mustafa Kamal At-Tartuk La’natullah Alaih (semoga Allah melaknatnya).

Oleh itu, apakah dengan perjuangan bangsa yang telah tercatat dalam sejarah sebagai perjuangan semu dan tidak membawa sebarang natijah yang baik kepada umat itu perlu diambil dan diterapkan semula? Oh, adakah orang yang mengatakan “ya” itu masih mempunyai iman di dalam dada mereka? ataukah mereka hanya sekadar bertopengkan iman dengan kata-kata, tetapi dalam hati dan perasaan mereka tidak ada sedikit pun rasa cinta dan kebanggaan kepada Agama Islam. Naudzubilah Min Dzalik. Semoga kita tergolong dari golongan yang berpegang teguh kepada tali Allah dan RasulNya. Ameen

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: