Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Daerah Ampang syurga kaki judi?

Posted by thinker on 24/05/2009

KUALA LUMPUR 18 Mei – ‘Syurga’ bagi kaki judi. Begitulah ibaratnya kawasan Ampang kini sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘mini Genting Highlands’.

Ia berikutan kegiatan judi Internet yang dikatakan begitu aktif di kawasan tersebut.

Sebut apa sahaja jenis permainan judi yang dikehendaki pelanggan, pasti impian mereka tidak dihampakan.

ASEAN Casino yang terdapat di premis-premis berkenaan menjadi tarikan kaki judi kerana menyediakan lebih 50 jenis permainan judi termasuk roulette, slot games, black jack, baccarat dan jackpot.

Premis-premis judi ini juga dikatakan mengaut kira-kira RM20,000 hingga RM25,000 sehari hasil daripada aktiviti judi tersebut.

Hasil tinjauan mendapati tuan-tuan punya pusat snuker dan kafe siber secara terbuka menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan permainan judi Internet kepada pelanggan-pelanggan.

Bagi melihat sendiri operasi judi Internet itu, penulis telah menyamar masuk sebagai pelanggan ke beberapa premis di Pandan Indah, Pandan Perdana dan Pandan Mewah, baru-baru ini.

Hasil tinjauan itu agak mengejutkan penulis apabila mendapati salah sebuah pusat snuker yang menjalankan aktiviti haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari Balai Polis Pandan Perdana.

Terdapat lima meja snuker di tingkat bawah premis tersebut manakala di tingkat atasnya pula terdapat 18 buah komputer yang digunakan untuk permainan judi Internet.

Setiap pelanggan yang masuk akan diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut.

Selain CCTV, premis berkenaan turut dikawal oleh bouncer-bouncer warga asing yang bertubuh tegap dan berwajah garang.

Hanya juruwang sahaja yang mesra dengan pelanggan-pelanggannya yang kebanyakannya berusia awal 20-an.

[Sumber : Utusan Malaysia]

Syurga Judi Dan Syurga Maksiat

Adakah sesuatu yang menghairankan apabila banyaknya kegiatan maksiat termasuklah kegiatan perjudian yang melambak dan tumbuh bagaikan cendawan di dalam sebuah negara sekular? Penulis pasti, semua boleh menjawabnya dengan jawapan yang sama. Malaysia adalah salah satu contoh sebuah negara yang menggunakan landasan akal dan perlembagaan lord Reid sebagai asas perundangannya. Jadi, sesuai dengan falsafah kapitalisme, segala tindakan yang dilakukan oleh pihak penguasa adalah berlandaskan maslahat semata.

Mengapa sehingga kini pihak penguasa tempatan dan persekutuan tidak pernah menimbulkan sebarang persoalan berkenaan status keharaman perjudian yang ada di Genting Highland? Dan mengapa pula tidak pernah ada fatwa yang keluar dari mulut-mulut sang mufti berkenaan keharamannya? Lebih dari itu, mengapa sistem sekular yang menjadi tunjang dan asas kepada sistem perundangan Malaysia tidak pernah dipertikaikan akan keharaman dan kemaksiatan bagi sesiapa sahaja yang membawa, menjaga dan mempropagandakannya? Firman Allah SWT:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَآ أَنْزَلَ اللهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (TQM. Al-Maa’idah[5]: 44)

Justeru itu, jika benar pihak penguasa menjalankan tugasnya secara ikhlas semata-mata kerana perintah Allah dan RusulNya, muhasabah dan nasihatilah pemimpin dan penguasa kaum muslim yang sedang bergelumang dengan maksiat terbesar kepada Allah SWT kerana tidak menerapkan Sistem Perundangan Islam. Bukanlah apa yang dilakukan di atas itu dipertikaikan, tetapi seharusnya tindakan itu seharusnya lebih kritis dan mendasar kepada punca permasalahannya.

Ini kerana masalah perjudian bukanlah satu-satunya masalah yang wujud pada saat ini. Tepatnya ialah ketika mana tiada penerapan syariat islam di tengah-tengah kehidupan manusia. Oleh itu, untuk menyelesaikan semua permasalahan yang timbul itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menjadikan Islam sebagai Deen yang menjadi landasan kepada sistem perundangan di dalam kehidupan. Buang Sekular! Tegakkan Syariah!

Wallahu’alam…

2 Responses to “Daerah Ampang syurga kaki judi?”

  1. SUDAH LAMA SAYE TUNGGU AWAK BILAS ISU INI..APATAH LAGI KIRANYA BOLEH BIDAS SEKALI BAWEAN AMPANG PANDAN MEWAH KG PANDAN YANG SUKA JUDI TU..AYO BUAT KERJA RUMAH SAYE TUNGGU

  2. thinker said

    ok, nanti ana cuba menulis satu penulisan khusus ttg fenomena yg anta maksudkan tersebut, dan dihantarkan terus ke bawean.net… OK, syukron di atas sarannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: