Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Zon Larangan Membuka Aurat

Posted by thinker on 25/05/2009

Sebuah papan tanda tertulis, “Zon Larangan Membuka Aurat” terpampang. Saya melihat papan tanda tersebut sambil menggelengkan kepala seraya… Astaghfirullah…!!!

Mungkin papan tanda ini tidak asing bagi sesiapa yang sering berkunjung ke mana-mana masjid atau surau di sekitar ibu kota. Di luar kota, saya tidak pasti.

Sekilas pandang, amaran tersebut amatlah baik. Saya juga tidak mengatakan sebaliknya. Tetapi jika kita mengambil mafhum mukhalafah daripada kalimat tersebut, maka sesiapa sahaja boleh membuka aurat ketika berada di luar kawasan papan tanda amaran itu. Wallahi, itu salah dan bertentangan dengan hukum islam.

Realiti seperti ini memang sah dan tidak aneh di dalam sebuah negara sekular. Masjid-masjid dan surau-surau hanya dianggap tempat suci, yang digunakan untuk aktiviti ibadah sahaja. Sama persis dengan tempat ibadah agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lainnya. Agama-agama selain Islam itu hanya berfungsi sebagai tempat melampiaskan naluri spiritual dan seputar akhlak (baca : moral) sahaja, dan tidak mencakup hal-hal yang lebih besar skopnya seperti islam yang mempunyai Sistem politik dan Sistem Pemerintahan yang lengkap dalam semua aspek.

Seperti yang diketahui secara umumnya di dalam agama (Ma’lum Minad Deen), bahawa setiap orang wajib menutup auratnya ketika berada di tempat awam (makanul am). Tidak mengira apa sahaja status seseorang itu, maka dia wajib menutup aurat. Bahkan, di dalam Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir dzimmi juga wajib menutup aurat seperti mana orang-orang muslim. Tidak ada pengecualian dalam hal ini. Tetapi, di dalam sebuah sistem sekular, agama itu tidak berhak mengatur sepenuhnya manusia di dalam kehidupan. Kalaupun ada yang diambil, mereka mengambilnya hanya atas dasar kepentingan dan maslahat semata. Aktiviti tampal sulam itu sudah biasa. Memberi ‘jenama-jenama’ islam kepada produk-produk yang tidak islami sudah menjadi rutin aktiviti mereka. Topeng demokrasi menghiasi wacana kehidupan yang mengatas namakan bahawa Islam mengiktiraf Demokrasi. Padahal, mereka yang mengatakan sedemikian itu tidak mengenal antara Syura dan Demokrasi, Thariqah dan Uslub, Mubah dan wajib. Walhasil, umat yang bertaklid buta menjadi mangsa sarang jahiliyah.

Di sisi lain, segelintir golongan yang ikhlas berjuang dan berdakwah dengan tatacara yang asli seperti mana yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW dianggap kolot dan syadid. Golongan yang kecil ini terasing dan dipinggirkan. Daripada Kathir bin ‘Abdullah dari ayahnya dari datuknya berkata:

“Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kembali (menjadi) asing pula, maka berbahagialah bagi orang-orang yang (dipandang) asing (al-Ghuraba’) , iaitu mereka yang memperbaiki apa-apa yang telah dirosakkan manusia di masa sesudah (kewafatan) aku daripada sunnahku” [HR at-Tirmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih]

Namun, berkat kesabaran dan keikhlasan dalam berjuang menegakkan agama Allah, mereka teguh dalam perjuangan dan tidak memandang apa yang berlaku terhadap mereka itu melemahkan semangat dan cita-cita untuk mendapat redha Robbul Alamin. Allah SWT pasti akan menolong dan memperkuat serta memperteguh hati-hati mereka. Firman Allah SWT:

“…Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (TQM al-Hajj[22]: 40)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: