Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Antara Bersukan Dan Aurat

Posted by thinker on 26/05/2009

Salah satu kegiatan rutin saya pada waktu petang satu ketika dulu adalah bermain bola sepak di padang bersama teman-teman. Tetapi sekarang sudah tidak lagi seperti itu. Ketika masa dihimpit dengan pelbagai aktiviti yang sudah tersusun dengan jadual, masa untuk beriadah bersama teman-teman di padang juga sudah tiada. Teman-teman saya juga sekarang sudah sibuk dengan kerja masing-masing. Semoga sukses teman.

Suatu petang, seorang teman saya menimbulkan satu persoalan kepada saya berkenaan ‘uniform’ yang saya gunakan untuk bermain bola sepak. Saya memakai baju t-shirt (seperti yang lain) dan memakai seluar track (seluar yang panjang yang kebiasaannya digunakan untuk bersenam). Padahal, mengikut adat kebiasaan bermain bola sepak, pemain seharusnya memakai seluar pendek untuk memudahkan gerakan dan larian. Itulah yang dapat saya tangkap dari maksud penggunaan ‘uniform’ bola sepak tersebut. Atau mungkin itu adalah propaganda orang-orang kafir agar kita mengikut millah mereka.

Saya menjawab soalan tersebut dengan simple, “Orang Islam wajib menutup aurat”. Semua terdiam seketika. Dan ada teman saya yang beruniform seperti saya mencelah, “Itulah engkau Arif, dengar kata kawan kita tu, kena jaga AURAT beb!”.

***

Peristiwa di atas adalah secebis dari realiti yang lebih besar terjadi di mana-mana belahan bumi umat islam. Mereka sanggup membuka aurat dan menggadaikan seruan menutup aurat demi aktiviti sukan yang mereka jalankan.

Saya sengaja menulis berkenaan aktiviti bola sepak, disebabkan ada suatu kondisi yang membuat hati ini sedikit berdesir. Ada sebuah persoalan yang saya pendam sehingga saat saya menulis sekarang ini. Keinginan yang kuat dan rasa hairan yang mendalam, selintas kadang mengganggu. Apakah ia?

Aktiviti sukan memang bagus, kerana InsyaAllah akan membuat badan sehat. Menjaga kesihatan merupakan salah satu hal penting yang harus kita lakukan dalam kehidupan ini, agar ibadah kita kepada sang Pencipta tidak terganggu. Di sisi yang lain juga akan mempererat tali silaturahim sesama pemain. Maklum, mereka punya jadual harian yang berbeza-beza. Sehingga apabila bertemu pada saat bersukan itulah mereka dapat berbincang, mengeluarkan pendapat atau segala apa yang mereka anggap penting untuk dikongsikan. Pertemuan di antara teman yang sangat indah di senja hari.

Aktiviti sukan tersebut dilaksanakan di tempat yang terbuka (umum). Tepatnya di belakang masjid kawasan perumahan kami. Aktiviti sukan itu disepakati oleh kami bersama. Apa yang menjadi isu dan permasalahan adalah kerana kebanyakan mereka membuka aurat ketika bermain bola sepak, padahal mereka tahu benar tentang batas aurat lelaki, bahkan mereka adalah dari golongan remaja yang rajin ke masjid dan mendengarkan ceramah agama. Mereka memakai t-shirt, tetapi kadangkala t-shirt tersebut dibuka dengan alasan PANAS. Astagafirullah! Ini belum lagi membicarakan aurat lutunya dan pahanya yang terdedah kerana memakai seluar pendek.

Dari niat untuk sihat, tapi ternyata mengabaikan syariat. Padahal mereka telah istiqamah dalam menutup auratnya. Telah lama belajar Islam, dan mempunyai ilmu yang luas di berbanding orang-orang yang di luar sana (jangan salah faham). Mengapa hanya disebabkan ingin bersukan, mereka rela untuk ‘melonggarkan’ diri dalam berpakaian? Apakah mereka telah lupa, ataukah mereka mempunyai prinsip jika bersukan harus memakai pakaian yang sesuai? Atau mereka tidak menyedari kekeliruannya? Kerana manusia memang tempat salah dan khilaf. Sayangnya tidak seorang pun yang berani menegur, termasuk saya (secara langsung), dengan anggapan bahawa mereka semua sudah tentang kewajipan menutup aurat. Menyedihkan bukan?

Manusia pertama, Nabi Adam dengan isterinya Siti Hawa juga pernah tergoda oleh syaitan. Sehingga harus menjalani kehidupan di bumi ini. Maka hal yang manusiawi apabila seseorang yang kuat dalam memegang syariat, tetapi pada suatu ketika dia gagal mempertahankannya. Pada saat lupa itulah, seharusnya ada orang terdekat mahupun lingkungan tempat tinggalnya untuk mengingatkan. Tetapi bukan hanya sekadar melakukan bisik-bisik tetangga alias gosip, kerana ia akan menambahkan dosa bagi pelakunya. Padahal jelas sebagai saudara muslim, kita harus “Saling nasihat menasihati dalam kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran.”

Wallahu’alam…

3 Responses to “Antara Bersukan Dan Aurat”

  1. sufie said

    Pakai seluar pendek melepasi sedikit bawah lutut boleh juga kan?

  2. ummuhanah said

    seluar pendek bawah lutut tu boleh…..tapi kurang soleh !

  3. thinker said

    to Sufie:

    Yang menentukan boleh atau tidak adalah syarak. Jadi standardnya adalah jelas, jika melebihi lutut, maka ianya dibolehkan (mubah). Cuma…. istilah orang kita ni… kurang molek, lebih kurang gitulah…. tapi x HARAM ok. Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: