Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Sedia hiburan halal untuk umat Islam – Jamil Khir

Posted by thinker on 01/06/2009

KUALA LUMPUR 31 Mei – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Islam di negara ini diminta supaya bersikap lebih kreatif untuk menyediakan pelbagai hiburan yang halal dari segi agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, langkah itu penting bagi memastikan umat Islam mempunyai alternatif untuk menghiburkan diri mereka.

”Umat Islam khususnya generasi muda kini banyak terpengaruh dengan konsert hiburan yang melalaikan kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk berhibur,” katanya.

[Sumber : Utusan Malaysia 1 Jun 2009]

Sediakan Yang Halal? Jadi Selama ini Yang Haram lah!

“Astaghfirullah…”, Datuk Jamil Khir mungkin tidak sedar di mana kesilapannya. Atau memang dia sengaja membuat tidak faham terhadap komen dan ucapannya. Bagi orang-orang yang peka dan berilmu sudah tentu mengerti tentang permasalahan realiti hiburan tanah air Malaysia. Saran Jamil Khir kelihatan agak baik dari sudut teorinya, tapi bagaimana realiti dan faktanya?

Dari sudut teorinya saja, Jamil Khir sudah salah. Ini kerana, hiburan adalah berbentuk amalan/perbuatan, dan bukannya materi/benda yang dinilai dari 2 aspek iaitu halal atau haram. Jika perbuatan ia harus melibatkan 5 aspek, sama ada wajib, haram, makruh, mandub/sunat dan mubah/harus. Ini mungkin tidak difahami dengan baik oleh Jamil Khir, seorang yang berpengetahuan agama yang terlibat secara langsung di dalam kerajaan Malaysia.

Di sisi lain, seharusnya para ulama’, majlis fatwa, badan dakwah dan seluruhnya yang mengatas namakan Islam termasuklah Jamil Khir menyedari bahawasanya maksiat terbesar yang sedang berlaku adalah tidak diterapkannya Islam secara kaffah di dalam kehidupan umat Islam, tetapi di sisi lain mengambil undang-undang perlembagaan sekular sebagai pemutus hukum. Adakah ia tidak disedari oleh Jamil Khir dan para ulama’ su’ yang tidak pernah sama sekali mengkritik ‘agama thagut’ yang sedang diterapkan kepada kita?

Sedarlah bahawasanya penghulu syuhada itu adalah Sayidina Hamzah R.A dan juga orang yang menasihati pemimpin lalu ia dibunuh lantaran ia menegur pemimpin itu tadi. Hiburan yang jelas-jelas mendatangkan banyak kemudaratan kepada umat manusia saat ini tidaklah datang dengan sendirinya, melainkan akibat dari diterapkannya Sistem Kapitalis yang menjadikan maslahat sebagai asas bagi setiap perbuatan dan tindakan. Hukum syariat diketepikan, manakala akal dikedepankan.

Justeru itu, jika memang Jamil Khir ikhlas dalam bertutur bicara, ayuhlah sahut seruan untuk memartabatkan segala yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada makhluk-makhluknya dengan menerapkan Islam secara kaffah di dalam kehidupan, dan meninggalkan segala larangannya dengan membuang dan mencampakkan sistem sekular yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada kita semua. Apakah kemuliaan di sisi manusia lebih penting daripada kemuliaan di sisi Allah SWT? Sedarlah wahai mereka-mereka yang menyeru dan sayang kepada sistem thagut yang menyengsarakan ini. AllahuAkbar, saksikanlah Ya Allah, bahawa hambamu ini telah menyerukan.

Wallahu’alam…

One Response to “Sedia hiburan halal untuk umat Islam – Jamil Khir”

  1. wuzara said

    Orang Islam kalau tak mahu guna Islam sebagai cara fikir dan bertindaknya, maka akan jadi bodoh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: