Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Lebih 60 Aktivis HT Ditangkap kerana Mengecam Persekongkolan Rejim Pakistan Dengan Amerika

Posted by thinker on 02/06/2009

Sekitar 60 orang aktivis Hizbut Tahrir ditangkap polis ketika berdemonstrasi secara damai di Pejabat Setiausaha Awam kerana mengecam Amerika Syarikat pada 31/05/09, Ahad. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan lelaki. Rejim pemerintah Pakistan telah memaksa para aktivis HT untuk menghentikan demonstrasi aman tersebut, dan akhirnya pihak polis yang mengikut arahan rejim Pakistan itu telah melayan secara keras demonstrasi secara damai itu.

Mengikut perancangan, demonstrasi secara damai tersebut bakal dilakukan mengikut jadual, di Nasir Bagh. Namun para peserta demonstrasi memulakan demonstrasi aman dengan berjalan kaki dari Chouburji Chowk menuju ke pejabat Setiausaha Awam di mana para pemimpin mereka berbicara kepada para peserta. Pihak polis ketika itu membubarkan demonstrasi yang mengungkap persekongkolan keji rejim Pakistan yang telah membiarkan Amerika menyuruh Zardari untuk membunuh kaum Muslim.

Petugas dan pegawai polis, perwakilan di Nasir Bagh dan The Mall, diarahkan menuju ke Pejabat Setiausaha Awam ketika demonstrasi akan berakhir. Para pemimpin HT meminta agar para peserta demonstrasi membubarkan diri secara damai.

Namun, pihak polis telah menangkap seramai 60 orang termasuk orang awam yang tidak menyertai perhimpunan tersebut. Pihak polis telah menangkap setiap orang yang berjanggut yang diduga sebagai aktivis HT.

Ratusan aktivis HT, membawa bendera hitam, iaitu bendera Rasulullah SAW yang bertulis kalimat syahadah dan sepanduk yang mengecam Amerika. Para peserta juga menyuarakan penentangannya terhadap Obama dan menuntut agar Amerika mengakhiri segala campur tangan terhadap negeri-negeri Muslim.

Mereka juga mengkritik para penguasa yang telah mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

Setelah berhimpun sekitar setengah jam di Pejabat Setiausaha Awam, para pemimpin HT mengakhiri ucapan bantahannya dan meminta para peserta membubarkan diri secara damai.

Pihak polis yang telah menunggu berjam-jam untuk membubarkan demonstrasi aman tersebut segera bergegas ke Nasih Bagh, di mana demonstrasi aman tersebut telah berakhir.

Pihak polis akhirnya mengambil tindakan keras terhadap para aktivis HT yang masih berada di situ, dan mulai menyerang para aktivis HT serta masyarakat umum yang melewati kawasan tersebut.

Sebahagian besar konsumen yang membeli barang di kedai-kedai sekitar lokasi juga menjadi sasaran serangan dan penangkapan polis kerana mencurigai sebagai aktivis HT.

Tindakan rejim Pakistan dengan menghantar pihak polis untuk menangkap aktiviti HT menunjukkan bahawa mereka ketakutan terhadap HT. Mereka memerintahkan untuk menghentikan demonstrasi tersebut. Mereka mengatakan bahawa lebih daripada 60 aktivis HT telah ditangkap dan dihantar ke Pejabat Polis Islampura.

translated from : syabab.com

 

alt

 

alt

 

 

alt

alt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: