Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Panas Seorang Akhwat

Posted by thinker on 05/06/2009

Kebelakangan ini, cuaca lebih panas daripada sebelumnya. Entah isyarat apa dari tuhan. Adakah Dia sedang menguji hambanya-hambanya yang beriman, ataukah sedang memberi isyarat kepada para pelaku maksiat agar segera bertaubat dan mengingat bahawa panasnya api neraka itu jauh lebih panas dari ini.

Aduuuh…
Kenapa hari ni panas sangat ek?, lain pesen sket darjah kepanasannya!

aH, kau ni Alif, panas sket pon kecoh!

Eh, dah memang panas…. Takkan aku nak cakap sejuk plak. Apelah…. Ko ni!

Di seberang sana, terlihat mahasiswa-mahasiswi sedang bersukan dan olahraga. Bola Jaring, bola sepak dan ada yang sedang berjalan dalam keadaan ‘beruniform’ TEBAL di tengah panasnya terik mentari!

Diorang ni, tak panas ke? Pelik betol. Aku yang pakai t-shirt macam ni pun…. Aduhai… macam nak terbakar kulit!

Kau memanglah…. Sebab tak makan sayur, hAhA…

Merepeklah! Apa kena mengena plak dengan makan dan tidaknya si Sayur tu?

Entah! HAHA

Dasar, budak SASTERA! Nak cakap pasal Sains konon. Piiiiiiiiiiiigi Dah!

Kah kah kah…

Aduh, tengah-tengah panas macam ni… nasib baik ada hiburan sket dengan mencuci mata, kekeke. Sedikit nakal.

Wei Sani, cun lah awek yang tengah duduk kat hentian bas tu. Tergoda naluri kelelakian aKu ni…. ChewaH, hehe.

Ko memang. Yang seksi, putih melepak, lebih-lebih lagi…. Kalau anak orang kaya… Semua kata C.A.N.T.I.K! dASAR mata keranJanG. Kalau nak carik pompuan tu… cariklah yang macam tu beb…. Hah, baru sejuk mata memandang… bukan yang terdedah sana, terdedah sini, macam nangka kena gigit serangga. Eh serangga ek? Kikiki

Ok, kalau macam tu, aku pegi berkenalan dengan awek yang ko cakap tu….

Eh, Alif! Ko biar betol…. Aku main-main je wei! Alahai… budak sekor ni…

Alah, ko tunggu je kat situ dulu… aku pi ngorat jap.

***

“Assalamualaikum…”, seorang gadis berjubah dan berkerudung labuh masih berjalan tanpa memperdulikan.

“Assalamualaikum…, tak jawab dosa tau”, nada mengancam.

“Wa’alaikum Salam Warahmatullah Wab”, menjawab  dengan nada rendah, wajah tertunduk, riak manusia yang sudah tahu niat pemula.

“Eh, cik adik jalan sorang-sorang je ke?”. Diam, tidak dijawab.

“Cik adik tak panas ke, pakai kerudung dan jubah labuh tengah-tengah panas macam ni?”, masih mencuba.

….

“Kat AkHirat nanti Lebih PaNaS banG!”, jawapan spontan, sambil berlalu pergi.

Terpaku seketika… “Amacam lif?, apa respon?”

Aku dah kena main lah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: