Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Konsep 1Malaysia tidak menyimpang

Posted by thinker on 06/06/2009

KUALA LUMPUR 6 Jun – Konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau secara tersirat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir konsep 1Malaysia iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

[Sumber : Utusan Malaysia 7/6/2009]

… Tapi Menyimpang Di Sisi Islam

Firman Allah SWT:

“Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kau mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” [TMQ Al Maidah (5) : 48]

Sememangnya, secara kasarnya, seseorang yang memang dididik dengan sekularisma, dan setelah itu berada di dalam parti sekularisma apabila memberi komen dan mengeluarkan kenyataan tidaklah dihairankan apabila kenyataan yang dibuatnya itu bertentangan dengan prinsip ‘keterikatan setiap individu muslim dengan syariat islam”. Ini kerana, mereka memang sudah sedemikian rupa. Cuma, di sisi kita (muslim yang sedar), kita haruslah senantiasa terus menerus menasihati dan memuhasabah para pemimpin tersebut, agar tidak berterusan bergelumang dengan maksiat kepada Allah SWT.

Tetapi, adalah sangat mendukacitakan, apabila kelompok-kelompok yang mengatasnamakan islam, tetapi masih tetap percaya dan membela perlembagaan yang jelas kufur dan bertolak belakang dengan syariat islam. Malah, menjadi kesalahan besar jika mereka menghormati dan berlapang dada dengan kelompok yang memperjuangkan perlembagaan ini. Mereka (kelompok yang mengaku memperjuangkan islam) tidak akan berlapang dada pula dengan parti yang membelakangkan perlembagaan ‘suci’ ciptaan si kafir penjajah. Apakah mereka masih waras? Ataukah hati-hati mereka telah ditutupi oleh kemegahan dan fatamorgana kesenangan dunia.

Oleh itu, tidak ada yang lebih layak bagi setiap individu muslim, jika ingin mencapai kemuliaan dan derajat yang tinggi di dunia dan akhirat melainkan kembali semula kepada al-quran dan as-sunnah. Berpedomanlah kepada wahyu Sang Ilahi, nescaya kita akan menjadi umat yang terbaik, dan itu adalah janji Sang Pencipta. Ingatlah, bahawasanya Allah SWT mengetahui setiap amalan dan kata-kata yang terucap dan terdetik di dalam hati hamba-hambanya. Tidak ada yang terlepas dari kekuasaanNya.

Wallahu’alam…

KUALA LUMPUR 6 Jun – Konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau secara tersirat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir konsep 1Malaysia iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

[Sumber : Utusan Malaysia 7/6/2009]

… Tapi Menyimpang Di Sisi Islam

Firman Allah SWT:

”Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kau mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” [TMQ Al Maidah (5) : 48]

Sememangnya, secara kasarnya, seseorang yang memang dididik dengan sekularisma, dan setelah itu berada di dalam parti sekularisma apabila memberi komen dan mengeluarkan kenyataan tidaklah dihairankan apabila kenyataan yang dibuatnya itu bertentangan dengan prinsip ‘keterikatan setiap individu muslim dengan syariat islam”. Ini kerana, mereka memang sudah sedemikian rupa. Cuma, di sisi kita (muslim yang sedar), kita haruslah senantiasa terus menerus menasihati dan memuhasabah para pemimpin tersebut, agar tidak berterusan bergelumang dengan maksiat kepada Allah SWT.

Tetapi, adalah sangat mendukacitakan, apabila kelompok-kelompok yang mengatasnamakan islam, tetapi masih tetap percaya dan membela perlembagaan yang jelas kufur dan bertolak belakang dengan syariat islam. Malah, menjadi kesalahan besar jika mereka menghormati dan berlapang dada dengan kelompok yang memperjuangkan perlembagaan ini. Mereka (kelompok yang mengaku memperjuangkan islam) tidak akan berlapang dada pula dengan parti yang membelakangkan perlembagaan ‘suci’ ciptaan si kafir penjajah. Apakah mereka masih waras? Ataukah hati-hati mereka telah ditutupi oleh kemegahan dan fatamorgana kesenangan dunia.

Oleh itu, tidak ada yang lebih layak bagi, jika ingin mencapai kemuliaan dan derajat yang tinggi di dunia dan akhirat melainkan kembali semula kepada al-quran dan as-sunnah. Berpedomanlah kepada wahyu Sang Ilahi, nescaya kita akan menjadi umat yang terbaik, dan itu adalah janji Sang Pencipta. Ingatlah, bahawasanya Allah SWT mengetahui setiap amalan dan kata-kata yang terucap dan terdetik di dalam hati hamba-hambanya. Tidak ada yang terlepas dari kekuasaanNya.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: