Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Sabar kecoh, yang lain macam mana?

Posted by thinker on 10/06/2009

Contohi sikap penyabar PM

KUALA LUMPUR 9 Jun – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan suami supaya mencontohi kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kebahagiaan rumah tangga. (Utusan Malaysia 10 Jun 2009)

Kekaguman seorang isteri kepada suaminya adalah suatu hal wajar, jika ia menepati dengan kehendak dan karenah sang empunya diri (sang isteri). Namun, adakah islam meletakkan kesabaran itu pada satu ketetapan yang perlu dilaksanakan pada setiap tempat?

Bagaimana jika sang isteri melanggar hukum syara? Isteri bertabarruj? Membuka aurat? Dan bla… bla… lainnya yang menyalahi standard syariat islam? Adakah benar tindakan sabar sang suami dalam hal ini?

Di dalam al-quran terdapat 70 ayat yang menyebut tentang sifat sabar. Manakala Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”

Seharusnya, Rosmah sedar, bahawasanya tindakan sabar sang suaminya yang membiarkan dirinya terus menerus tidak berhijab dan bertabarruj adalah dilarang di dalam islam. Dan dia (Najib) akan dipersoalkan oleh Allah SWT sebagai ketua keluarga di akhirat kelak. Bagi Rosmah (sang isteri) pula, dia tidak boleh bersabar jika sang suami terus-terusan bergelumang dengan maksiat terbesar kepada Allah SWT, iaitu dengan terus memperjuangkan perjuangan Negara bangsa (nation state) yang sememangnya diharamkan oleh Allah SWT. Di sisi lain, najib tidak pula menerapkan hukum Allah SWT secara kaffah (keseluruhan) dalam tampuk pemerintahannya. Malah, lebih teruk jika dia menyekat, menghina dan bahkan menyiksa para pejuang yang ikhlas untuk memperjuangkan syariah islam di muka bumi ini.

Oleh itu, jika benar Rosmah ingin mendapatkan contoh terbaik bagi kehidupannya, dan ingin mendapatkan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat, seharusnya dia mengikuti tauladan sebenar bagi umat islam, iaitu baginda Nabi Muhammad SAW, dan bukan yang lainnya. Meletakkan sifat sabar pada tempat yang tidak sepatutnya bukanlah ciri orang-orang beriman, melainkan ciri orang-orang yang fasiq dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: