Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Jangan khuatir perpaduan Melayu

Posted by thinker on 14/06/2009

PETALING JAYA 13 Jun – Rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama tidak harus khuatir dengan cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah baik untuk kestabilan negara.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perpaduan antara dua parti Melayu yang terbesar di negara ini tidak akan mengancam kaum-kaum lain.

‘‘Sejarah negara ini membuktikan bahawa apabila kaum Melayu bersatu dan mentadbir negara ini, mereka akan menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira kaum dan ajaran agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat PJS8 di sini hari ini.

[Sumber : Utusan Malaysia 14 Jun 2009]

Perpaduan Apa Yang Diinginkan?

Perpaduan apa yang ingin dikecapi jika asasnya ashobiyah? Perpaduan apa yang ingin dibangunkan jika perlembagaan Negara adalah sekular? Perpaduan apa yang ingin dicapai jika yang selalu dijaga adalah maslahat golongan kapital (pemodal).

Isu perpaduan tidak pernah asing dalam kamus perlembagaan Malaysia semenjak Negara kita merdeka sehinggalah hari ini. Tragedi 13 Mei hanyalah secebis riwayat perpaduan yang tidak pernah harmoni yang tertulis di dalam diari sejarah. Sebenarnya, banyak lagi kes-kes yang menunjukkan betapa sesebuah Negara sekular tidak pernah kering dengan isu perpaduan. Semuanya menjurus kepada perpecahan dan pertelagahan, khususnya di antara kaum-kaum dan puak-puak yang berbeza.

Tukarlah bagaimana pun. Twistlah macam mana pun. Bincanglah dengan cara apa pun. Dan fikirlah dengan pemikiran apa pun. Jika dasarnya bukan atas dasar yang benar, maka sudah tentu semuanya bakal tidak benar. Itulah kamus dan perspektif seseorang beriman yang sesungguhnya.

Jika memang benar pihak penguasa inginkan keharmonian, perpaduan, kesejahteraan dan akhirnya menjurus kepada kemuliaan dan keredhaan Allah SWT, maka pihak penguasa wajib menegakkan dan menerapkan syariat Islam, bukan yang lainnya. Bukankah sirah telah menunjukkan hal yang sedemikian? Tidak cukupkah kegemilangan umat islam terdahulu yang mengamalkan syariat islam secara sepenuhnya dan hidup dalam keadaan yang mulia dan agung di mata dunia? Ayuh berfikirlah secara benar dan hakiki wahai para penguasa kaum muslimin. Sedarlah bahawa perpaduan yang sebenar hanya bakal dikecapi tatkala akidah Islam yang menjadi dasar bagi setiap perbuatan dan amalan kita di dunia. Kepada rakyat jelata, tingkatkanlah taraf berfikir kita semua dengan memahami Islam itu secara hakiki dan tidak mengambil Islam itu dengan perspektif kaum kuffar yang akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah SWT. Wahai Dzat yang Agung, saksikanlah bahawa hambaMu telah menyerukan…

Wallahu’alam…

One Response to “Jangan khuatir perpaduan Melayu”

  1. fikru1mustanir said

    Salam,

    Semangat kebangsaan ini sebenarnya masuk ke pemikiran Melayu akibat dari penjajahan. Jika kita lihat pantun perjuangan orang melayu pada zaman dahulu tiada pun penggaruh kebangsaan.

    Cuba kita perhatikan pantun di bawah ini:-

    Jika roboh kota Melaka,
    Mari di Jawa kita dirikan,
    Jika sungguh bagai dikata,
    Badan dan nyawa saya serahkan.

    Pantun ini menjadi buah mulut orang melayu apabila ada ura-ura dari Kerajaan Islam Demak yang berpusat di Jawa ingin membebaskan mereka dari penjajahan Portugis, di awal-awal pendudukan Portugis di Melaka. Tiada pun disebutkan pasal kebangsaan melayu dan yang tergambar dari pantun tersebut ialah semangat ukhwah Islamiyyah diantara penduduk Jawa (Demak) dengan Melayu Melaka.

    Tapi penggaruh semangat kebangsaan ini mula tergambar secara jelas dipantun berikut, yang juga menjadikan ‘kota Melaka’ sebagai inspirasi karya. Ia adalah karya Dr. Burhanuddin al Helmy ditahun 1946 untuk menyemarakkan perjuangan menuntut ‘kemerdekaan’ dari penjajah Inggeris:-

    Di atas runtuhan kota Melaka,
    Kita bangungkan jiwa merdeka,
    Bersatulah Melayu seluruh baka,
    Membela hak keadilan pusaka.

    Wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: