Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Menjadi Da’e Cerdas Dan Cergas

Posted by thinker on 14/06/2009

capoera

“Menjadi da’e tu… bukan setakat cerdas akhi… Tapi harus juga cergas!”

Kata-kata teman saya, satu ketika dulu… tatkala melihat saya kurang memperhatikan hal-hal yang melibatkan sukan dan olahraga. Beliau menambah, “Bagaimana mungkin… seorang da’e itu bakal sukses, kalau kesihatannya tidak dijaga… kan tak logik!”

“Iya… anta benar akhi!”

Terbayang saat ketika waktu kecil dahulu… anak-anak seusia kami sering mengisi masa terluang dengan bersukan, selain belajar yang memang ada waktunya tersendiri. Bermain laying-layang, gasing, guli dan banyak permainan lainnya. Atau siapa yang tidak kenal dengan permainan ‘police entry’. Haha, sungguh nostalgia kenangan itu. Berbeza sekali dengan situasi pada saat ini. Budak-budak seusia dini, hanya asyik bermain permainan video game seperti play station, atau permainan komputer yang pernah famous dengan permainan “Counter Strike”. Budak-budak zaman sekarang tak macam budak-budak dulu. Dulu, budak-budak aktif, sihat, tapi, zaman sekarang, budak-budak nampak lembik, lemah, malas. Ini semua sebab mereka tak terdedah dengan permainan-permainan yang mengeluarkan peluh.

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah” (riwayat Muslim)

Memang tidak dinafikan bahawa dengan bersukan, kita akan dapat ,meningkatkan kecergasan tubuh badan kita. Tidaklah jadi anak-anak muda yang lembik. Paling kurang pun, peluh keluar, toksin pun keluar dari badan. Baru lah cergas. Sihat.”

Kadang-kadang, sewaktu menaiki motor hendak berangkat kerja, terlihat orang tua ke sana ke mari, dengan hanya berjalan kaki tanpa sebarang kenderaan. “Kuat jugak stamina orang lama”. Saya bermonolog di dalam hati.  Kalau saya, main badminton 1 set pun dah termengah-mengah, sehingga ditertawakan oleh teman-teman. Apatah lagi jika merentas desa 2 kilometer, mahu pengsan dibuatnya.

Teringat kepada satu pepatah arab “Al-Aqlus Salim fil Jismis Salim” dan Man Sanna En Corpore Sanno”, Akal yang cerdas itu datangnya dari badan yang cergas. Perkara ini penting, dalam usaha untuk menjana generasi pemuda Islam yang kuat dan hebat. Menonton filem perang zaman dulu, menyebabkan saya sedikit meragui stamina yang ada pada diri. Mereka, golongan kader tentera yang dilatih untuk bermain pedang, tombak, menghayun pedang yang berat di samping pemakaian baju besi yang menambah berat badan, tetapi mampu berlawan selama berbulan-bulan di medan pertarungan. Satu ketakjuban terhadap tahap stamina yang ditunjukkan oleh pahlawan kuno. Stamina sparring untuk silat atau taekwondo pun tak sampai satu jam, inikan nak dibandingkan dengan pertarungan gelanggang Gladiator. Ah, jauh sekali!

Saya teringat ketika membaca buku tentang Salahudin Al-Ayubi. Kekaguman saya pada ketahanan fizikal di samping kecerdasan mentalnya mengatur strategi dan dalam masa yang sama, kekuatan ubudiyahnya melonjak tinggi. Cukup hebat, sehingga mampu menewaskan tentera Salib. Beliau adalah pendekar yang dilatih jasmani dan rohaninya untuk menjadi pahlawan Islam yang terbilang.

Masih lagi berkisar tentang cerita-cerita kehebatan umat Islam terdahulu. Saya cukup teruja untuk mengenali siapakah Ibnu Taimiyah, tokoh yang menimbulkan satu kontroversi dengan fatwanya dan menyebabkan terpalit pada namanya cakap-cakap daripada golongan-golongan yang tertentu. Tapi, saya tertarik, ketika mana mendengar sejarahnya, saat tentera Monggol menyerang Baghdad, menyebabkan satu keadaan yang cukup teruk berlaku, dan pada waktu itu, golongan Abid (golongan yang beribadat di tempat ibadat semata-mata tanpa mencampurkan diri dengan urusan dunia), sekadar berlepas tangan dan berserah. Lantas kata-kata Ibnu Taimiyah kepada golongan ini, “ Sesungguhnya debu-debu yang berterbangan dari tapak kaki kuda di medan perang itu adalah lebih mulia daripada kamu yang sekadar bersimpuh di tikar sejadah.”

Untuk mempertahankan maruah agama, bukan sekadar kita berdoa. Tetapi perlu dengan usaha. Dan salah satu caranya ialah dengan meningkatkan stamina melalui riadah. Belajar untuk bersukan seperti bermain bola sepak, bola jarring (ni 4 girls lah besenya), taekwondo, karate-do, capoera, badminton… dan apa pun namanya, tak kisah. Tapi, kecergasan jasmanilah yang menjadi salah satu asbab untuk melonjakkan daya intelek berfikir kita.

Tetapi harus diingat, bahawa bersukan juga harus senantiasa kena dengan caranya. Sepertimana yang dituturkan dalam satu kaedah syara’, “Asal setiap perbuatan itu, senantiasa terikat dengan hukum syara’. Begitu juga riadah. Ia adalah satu perkara yang mubah tetapi, akan mendapat pahala, bagi sesiapa yang betul-betul mengikut syaratnya:

1) Niat mesti diutamakan (Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat)

Apa sebab beriadah? Adakah sekadar untuk sihat? Atau untuk cergas dan seterusnya dapat melaksanakan perintah Allah dengan sempurna?

2) Pemakaian mestilah sempurna menutup bahagian yang menjadi keharaman bagi orang yang melihatnya.

3) Semestinya percampuran antara lelaki dan perempuan dielakkan semaksimal mungkin.

4) Tiada unsur pertaruhan atau perjudian dalam berriadah sama ada berbentuk wang atau benda.

5) Tiada unsur-unsur haram dibabitkan.

6) Tidak menyebabkan perkara-perkara yang wajib diabaikan.

7) Tidak menimbulkan unsur pergaduhan dan perpecahan.

8 ) Tidak memudaratkan diri dan orang lain secara sengaja.

IYA! Stamina, stamina jugak. Tapi, jangan sampai hal-hal yang lebih penting kita abaikan dan lalaikan. Bukan bererti kita perlu untuk meningkatkan kualiti stamina dan mengabaikan kualiti sahsiyah, tsaqofiyah, fikriyah dan ruhiyah kita. Kesimpulannya adalah… seorang mukmin itu haruslah lebih bagus, kuat, bijak, berpenampilan baik dan apa-apa yang berstatus “baik” itu melekat pada diri orang-orang beriman. Jangan sampai orang-orang kafir mentertawakan dan mengejek-ngejek kaum muslimin lantaran kelemahan dan lembiknya stamina mereka. Walhal, Islam mengajar agar kita senantiasa menjaga kualiti kesihatan alias stamina kita selalu.

So, JOM kita menjadi Da’e yang Cerdas alias Cergas…

Wallahu’alam…

2 Responses to “Menjadi Da’e Cerdas Dan Cergas”

  1. Assalamualaikum, pak..

    Benar kata akhi..Seorang da’ie itu perlu cerdas dan juga cergas. Kerana minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas..

    Ana nak tanya, bagaimana seorang wanita itu hendak cergas?? Apakah aktiviti yang boleh dilakukan memandangkan pergerakan seorang muslimah adalah terbatas (dari segi pakaian dan tingkah laku)?

    Mohon diberi penerangan yang jelas.(^_^)

    Wallahua’lam..

  2. thinker said

    w’salam…

    Bagaimana seorang wanita hendak cergas? Sebenarnya Anti sendiri telah menjawab soalan tersebut. Jawapannya, sama sahaja seperti manusia lainnya. Perlu ada gerakan, perlu ada senaman dan perlu ada pernafasan. Cuma yang berbedanya adalah skopnya. Ia uslub sahaja. Samaada seorang wanita itu hendak melaksanakannya secara natural, seperti berjalan kaki ketika hendak kerja, kuliyah atau lainnya. Atau, senaman yang dirancang, seperti membuat gerakan senaman di dalam bilik seorang diri atau dgn teman. Itu terpulang.

    Jadi, kesimpulannya adalah… tiada pengkhususan gimana caranya, kerana ia masih dlm ruang lingkup mubah. Tetapi dgn catatan, ia tidak melanggar syariat. Kerana, yg mubah blh menjadi HARAM ketika mana yg mubah itu tadi… menghantarkan kpd perkara2 yg haram.

    Wallahu’alam…

    (p/s: pemakanan pon kena jaga, jgn terlalu bernafsu ketika makan dan kuat tido)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: