Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Tiada kompromi!

Posted by thinker on 14/06/2009

KLUANG 13 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang cuba menggugat keselamatan negara menerusi penyelewangan agama termasuk menggerakkan semula ajaran Al-Arqam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, ini kerana aspek keselamatan merupakan agenda utama kerajaan dalam memastikan kehidupan rakyat tidak tergugat.

Katanya, KDN konsisten terhadap dasar keselamatan dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang cuba menggugatnya.

”Dalam isu keselamatan termasuk konteks ajaran agama yang memesongkan sama ada ia Islam, Kristian atau agama lain kita tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

[Sumber : Utusan Malaysia 14/6/2009]


Berkompromi Dengan Perlembagaan Kufur

Agama apa yang dibela oleh kerajaan selama ini?

Keselamatan siapa yang dijaga oleh pihak berkuasa sehingga kini?

Tiada kompromi dengan apa yang dimaksudkan oleh KDN di atas?

Jika ditanya kepada penulis dan seluruh rakyat Malaysia, majoritinya akan memberi jawapan dan gambaran yang sama. Sememangnya perlembagaan sekular Malaysia sama sekali tidak membela dan menjaga keselamatan rakyatnya. Lihat saja realitinya. Peningkatan statistik dari PDRM tentang peningkatan kadar jenayah rogol, kecurian, kes buang bayi, pembunuhan, rompakan dan sejuta kes lain-lainnya yang semakin hari, semakin menggerunkan bagi sesiapa yang hidup di dalam Negara tersebut (Negara sekular).

Golongan penguasa hanya mementingkan periuk nasi mereka sendiri. Projek-projek yang dikeluarkan oleh kerajaan, sememangnya hanya mengenyangkan pihak-pihak pemodal selaras dengan falsafah Negara Kapitalisma. Peningkatan kadar keuntungan yang digembar-gemburkan kepada rakyat seperti keuntungan yang diraih oleh Petronas dan Sime Darby sebelum ini hanyalah retorik semata. Mereka ingin mengaburkan mata-mata golongan yang tertindas. Padahal, keuntungan dan kekayaan tersebut tidak pernah tertumpah sama sekali kepada rakyat yang selama ini hidup dalam kesusahan.

Projek mega yang selama ini dilaksanakan oleh kerajaan seperti Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Sepang International Circuit, KLCC dan lainnya hanya merupakan penumpahan kekayaan yang selama ini ditumpuk oleh mereka dan tidak dalirkan kepada rakyat yang semamangnya satu bentuk pembaziran dan tidak menguntungkan rakyat. Justeru itu, satu persoalan yang timbul daripada semua bentuk sandiwara kerajaan ini ialah, apakah sebenarnya yang dibela oleh golongan penguasa selama ini?

Maslahat perut-perut mereka!

Kepentingan golongan pemodal!

Poket kerabat-kerabat mereka (penguasa)!

Adakah mereka pernah berfikir untuk melaksanakan syariat islam secara sepenuhnya?

Apakah mereka pernah berfikir untuk berada dalam kemuliaan yang sebenarnya seperti yang dikecapi oleh kaum muslimin seperti dahulu?

Bagaimana dengan kepentingan Islam? Kepentingan Allah dan rasulnya?

Wahai kaum muslimin, sesungguhnya mulut-mulut para penguasa kalian selama ini tidak pernah berkata-kata dalam konteks kepentingan rakyatnya. Apatah lagi kepentingan Allah dan rasulnya. Lihat saja Negara Amerika yang menjadi tunjang kepada Negara-negara kapitalisma, yang selama ini menjunjung falsafah demokrasi. Justeru Negara merekalah yang menjadi Negara yang terbesar sekali kadar dan statistik jenayahnya.

Apakah kita masih mahu mengikut jejak langkah kaum kuffar tersebut? Yang jelas sama sekali tidak dapat memberi keadilan dan kesejahteraan kepada manusia.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Justeru dengan terus-terusan pihak penguasa menerapkan dan ‘melanggengkan’ perlembagaan sekular adalah satu bentuk kompromi yang terbesar kepada Allah dan RasulNya. Marilah kita kembali kepada syariah dan Islam. Nescaya kemuliaan dan kesejahteraan akan menimpa kita. Buang dan runtuhkanlah falsafah sekular yang selama ini membungkam potensi umat. Yakin dan bersegeralah kepada seruan Allah SWT, yang menguasi langit dan bumi serta seluruh alam semesta ini. DariNya kita datang, dan kepadaNya lah kita kembali. Semoga kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik (khusnul khotimah), Ameen.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: