Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

‘Sanggup gadai agama, bangsa’

Posted by thinker on 15/06/2009

IPOH 14 Jun – Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjual dan menggadai apa sahaja termasuk maruah agama, bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia juga jelas menunjukkan bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin yang sudah tenggelam punca apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang.

“Kalau boleh kita tafsir kenyataan itu jelas dan nyata ia adalah untuk kepentingan politik peribadinya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khasnya kaum Cina.

“Dia tahu seluruh orang Melayu menentang kemasukan Chin Peng dan tahu perasaan bekas-bekas perajurit negara, tetapi dia tetap juga buat kenyataan seumpama itu.

“Anwar adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik peribadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

[Sumber : Utusan Malaysia 15 Jun 2009]

Sama je… 2 kali 5

Kalau menggadaikan maruah bangsa atau Negara, lantak pi lah! Kerana ia terlalu subjektif dan relative ukurannya. Tergantung macam mana corak pandang seseorang itu terhadap definisi menggadaikan atau tidaknya terhadap sesuatu bangsa dan Negara itu. Akan tetapi, jika isu yang melibatkan penggadaian agama (Islam) ini, ia tidak subjektif kerana ia perlu kita rujuk kepada standard al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, bagaimana seseorang itu boleh dikatakan menggadaikan agamanya atau tidak.

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

Kalau nak diikutkan, semua manusia yang berjuang atas landasan selain Islam di dunia ini, khususnya para penguasa kaum muslimin sekarang adalah termasuk orang-orang yang menggadaikan agamanya. Mereka sanggup menerapkan aturan selain Islam, tetapi menolak sejau-jauhnya ajaran Islam itu secara kaffah dan syumul. Malah, mereka menjadi tali barut kepada kaum kuffar untuk menyiksa dan menyekat kebangkitan para pejuang Islam yang ikhlas untuk mengembalikan semula syariah islam di tengah-tengah kehidupan ini.

Polemik dan pertelingkahan antara puak-puak pembangkang dan pro kerajaan di dalam system sekular adalah suatu yang lumrah di mana-mana di seluruh dunia. Ini kerana, mereka bukanlah pejuang agama! Melainkan mereka berjuang untuk kekuasaan, kemewahan dan kekayaan. Mereka sanggup menggunakan apa jalan sekali pun, atas nama Demokrasi. Mereka menggadaikan agama, atas laungan maqosid syar’iyah. Mereka berjuang atas nama bangsa, padahal Islam tidak pernah mengiktira perjuangan semu tersebut. Inilah contoh warna warni para pejuang yang meniti jalan kebathilan di dalam sistem sekular demokrasi. Mereka sama sahaja! Dua kali lima, tak ada bezanya.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui” [TMQ al-Baqarah (2):42].

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: