Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Perangi ah long – Hishammuddin

Posted by thinker on 22/06/2009

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pinjam RM3,000 bayar balik RM35,000. Faedah yang dikenakan ah long tidak boleh diterima akal. [Sumber : Utusan Malaysia 23 Jun 2009]

Kini, klasifikasi riba sudah ditukar dengan kaedah yang berubah-ubah. Para penguasa kaum muslimin sudah tidak menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai penentu halal dan haram. Riba yang jelas-jelas haram, ditukar istilahnya dengan istilah yang lebih relevan dan secara langsung dianggap bukan riba. Kalau dulu istilah bunga digunakan. Tetapi, kini istilah dividen dan faedah digunapakai, semata-mata untuk mengelirukan makna riba.

Kegiatan ah long sememangnya tidak benar dari perspektif umum masyarakat. Apatahlagi di sisi syara’ yang jelas haram. Cuma persoalannya adalah, mengapa ia berlaku dan muncul di tengah-tengah masyarakat kita? Dan jika benar ia salah, mengapa masih ada orang yang mahu menjadi peminjam kepada ah long? Tidakkah ia difikirkan oleh kita semua tentang hal ini? Dan… bagaimana dengan sistem perbankan konvensional yang selama ini membuat kehidupan manusia porak peranda disebabkan pinjaman yang diberikannya itu?

Tidak cukupkah dengan kadar kemiskinan, penindasan, kerosakan dan kebejatan masyarakat akibat diterapkannya sistem yang membawa padah di tengah-tengah masyarakat kita ini sekarang. Jika benar kerajaan dan penguasa kaum muslimin sekarang mengambil berat terhadap nasib rakyatnya, maka seharusnya mereka mengambil tauladan dari penerapan sistem Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Zaman kegemilangan Islam pada masa Rasulullah SAW dan Khulafa ar_Rasyidin, dan diikuiti oleh khalifah-khalifah setelah itu, hanyalah dengan menerapkan sistem Islam secara kaffah (total) di dalam kehidupan dan bukan yang lain, seperti kerajaan sekular, kerajaan demokrasi, kerajaan berperlembagaan atau kerajaan perpaduan. Ingatlah, bahawasanya Negara Islam hanyalah Khilafah. Mari tegakkannya bersama. ALlahuAkbar!

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: