Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Contohi Parti Cina?

Posted by thinker on 25/06/2009

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. [Sumber : Utusan Malaysia 25/06/2009]

Kenapa Perlu Contohi Parti Cina?

Kenapa tidak contohi Parti Rasul (Hizbur Rasul)? Bukankah meniru teladan selain baginda Nabi SAW bukan ciri orang-orang beriman. Rasulullah telah meninggalkan kepada kita dua perkara, yang mana kita tidak akan sesat selama mana kita mengikutinya dan tidak mengabaikannya.

Berkata Jabir bin ‘Abd Allah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah berkhutbah “:Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”

Berharap kepada sesuatu yang relatif untuk sebuah perpaduan tidak mungkin akan mendatangkan pencapaian yang diinginkan. Perpaduan apa yang diinginkan oleh kita dan sang ulama’ serta mufti? Perpaduan bangsa? Perpaduan kaum? Perpaduan Melayu? Ketahuilah bahawa ia adalah perjuangan semu yang diharamkan di dalam Islam. Perjuangkanlah apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW, nescaya kita bakal menjadi umat yang bersatu dan terkedepan dalam segala sisi, bidang dan pencapaian. Runtuhkan perlembagaan sekular, tegakkanlah syariat Islam! AllahuAkbar!!!

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: