Lautan Pemikiran

Berfikir Jalan Keimanan

Kempen pelekat, lencana antirasuah berkesan

Posted by thinker on 25/06/2009

KOTA KINABALU 24 Jun – Kempen pencegahan rasuah melalui pelekat kenderaan dan lencana antirasuah yang diperkenalkan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima tahun lalu, berjaya mengurangkan gejala rasuah di kalangan warganya kira-kira 45 peratus.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Tatatertib), Asisten Komisioner Hashim Abdul Jalil berkata, kempen tersebut terbukti berjaya meningkatkan kesedaran di kalangan anggota dan pegawainya berhubung salah laku rasuah. [Sumber : Utusan Malaysia 25/06/2009]

Dinilai dari sudut apa?

Begitulah perspektif orang-orang yang berfahaman sekularisme. Baik rasuah, kadar kemiskinan, statistik rogol, sumbang muhrim dan lain-lain kes, semuanya dikira sebagai berkesan apabila statistiknya menurun, baik sedikit ataupun banyak. Kalau turun sedikit statistiknya dikatakan perlu masa yang lebih, jika turun banyak (itu pun makan masa yang lama) akan dikira sebagai cara yang berkesan. Itu pun, statistik yang diketahui, dilaporkan dan dibongkar. Bagaimana dengan yang tidak? Kes yang terpencil? Kes profil tinggi? Kes yang melibatkan orang-orang kenamaan?

Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kita seharusnya sedar bahawa gerak geri kita bukanlah didasarkan kepada lencana atau hukuman dari sang pemerintah. Tetapi, keimananlah yang mencegah seseorang itu daripada melakukan sesuatu maksiat kepada Allah SWT. Tanpa kesedaran yang mendalam terhadap pahala dan dosa, mungkin saja seseorang melakukan sesuatu kerana takut, segan dan sebagainya. Tatkala ia berada di dalam kawasan yang memungkinkan untuk ia melakukannya (maksiat), maka tidak mustahil ia bakal melakukan hal-hal yang di luar jangkaan. Namanya juga manusia, tidak lepas daripada bisikan dan godaan syaitan. Apatah lagi nafsu yang membuak-buak yang menginginkan pemenuhan dan kelestarian.

Percayalah! Selagi mana sistem yang diguna pakai bukannya sistem pemerintahan Islam yang syumul, maka keharmonian dan kesejahteraan di dalam sesebuah negara tidak bakal dikecapi. Dan itu adalah keimanan kita sebagai seorang mukmin yang beriman kepada janji Allah di dalam al-Quran, dan janji sang Rasul di dalam as-Sunah.

Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: